Thursday, January 12, 2012

Garlic Rolls

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni nak kongsikan resepi Garlic Rolls yg saya buat utk di makan bersama mushroom soup tu. Makan time suam2 mmng sedap betul..terasa lembut dan harum je roti ni walau tak menggunakan telur, b.softener/b.improver. Roti ni mmng lembut je walaupun dah semalaman. Roti mcm inilah yg saya suka, ringkas tapi sedap sangat. Betul kata Kak Madihah,mmng kena buat lagi bila dah merasa roti yg sedap ni. Bertambah2 sedap lagi bila di makan bersama Mushroom Soup. Pada sapa2 yg belum buat dan teringin nak merasa tu bolehlah mencubanya. Terima kasih pada penyumbang resepi asal Suhaina dan saya kopipes dari Ita dan Ita kopipes dari Umm Mymoonah....boleh juga tengok di blog Nieza. Jom kita semak resepinya.





Bahan2 Utk Garlic Rolls
  • 3 cawan tepung gandum ~ Yatie guna tepung roti
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu besar yeast
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar olive oil ~
Cara-Caranya
  1. Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
  2. Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik
  3. Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit
  4. Doh akan naik sekali ganda
  5. Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread
  6. Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap
  7. Kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.
  8. Gelek doh dengan kayu pencanai 1/2 inc tebal berbentuk empat segi memanjang.
  9. Sapukan 1 sudu Garlic Spread di atasnya dan gulung.
  10. Buat kaedah yang sama pada doh yang kedua juga
  11. Potong doh sama lebar sebanyak 4 potongan.
  12. Kita akan mendapat 8 potongan doh.
  13. Susun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habis.
  14. Tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
  15. Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di doh tadi.
  16. Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka.
  17. Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit.
Panduan

Untuk mengetahui sama ada roti sudah masak betul atau belum, jentik bahagian bawah roti. Jika bunyinya seperti kosong, tandanya roti telah di masak dengan sempurna ~ Chef Wan

Garlic Spread
  • 50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
  • 3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
  • 2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
  • sedikit lada hitam kisar ~ ita tambah, Yatie pun sama
  1. Gaulkan semua bahan
  2. Siap digunakan.

19 comments:

  1. kak yatie..
    sedapnya garlic roll mkn dgn sop cendawankan ..sebelum pandai buat roti
    mkn yg kat pizza je lah..skrg bole bikin sndiri ;)

    ReplyDelete
  2. Teringinnya nak berjiran dgn Yatie. Hari@ blh mkn sedap2 sbb kita hulur sepinggan.

    ReplyDelete
  3. mmg sedap ni yatie.. akak pun dah 2 kali buat.. second time buat... uli 2 adunan terus.. hehe.. ni pun anak2 dok order lagi... tp sebenarnya akak pun terasa nak mkn lagi ni.. bukan anak2 je.. mmg betul cicah ngan sup2 gitu bertambah sedap.. 2nd time akak buat aritu cicah ngan creamy chicken sup.. mmg best!

    ReplyDelete
  4. sedap!! tun dh 3 kali buat.. tiap2 kali buat pun, kejap je licin.

    ReplyDelete
  5. Memang ada dalam list untuk mencuba..namapak sedap

    ReplyDelete
  6. Sedapkan Yatie roti ni.. macam nak buat lagi dan lagi aje..
    bau dia tu yag tak tahan.. menusuk dan menyelerakan
    kalau cicah dgn asam pedas atau kari pon sedap ni.. alahai dah menjijis2 dah ayak liur.. uiik! lapor laaa..

    ReplyDelete
  7. Yatie...
    Nampak lembut menggebu je garlic rolls ni..mkn lak cecah ngan mushroom soup...Walllaa.....sedapnya...:)

    ReplyDelete
  8. Banyak blog yang dah tayang menu garlic rolls ni.. Memang tergoda, mesti sedap sangat.

    ReplyDelete
  9. Kombinasi dengan mashroom soup memang meletop kan Kak Yatie. Tapi nak membuatnya aduiii... perlukan kudrat yang tinggi. Bilalah nak menyinsing tangan nak menguli roti ni...tolongggg

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum kak Yatie, dah sampai dapur akak dah yer garlic roll ni.sedap kan.nieza pun suka roti yg simple dan sedap ni.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaykumwbh kak Yatie....

    Alahaiii kak...kita pun merotiiii....mmm sedap tol....:) boleh tukar2 ye.....:)

    ReplyDelete
  12. salam yatie.selamat pagi...nampak gebu roti garlic roll tu,lg sedap bila dicicah ngan sup kat n3 bawah ni.
    Atie minya izin yer copy resepi nasi lemak hijau dr blog yatie ni.Terima kasih brkongsi resepi yg 'wangi' nie..cyg diaaaaa

    ReplyDelete
  13. Salam kak...selamat tahun baru..hrapa lum trlambat lgi ye...lamanya kita xmeronda2 kedpur kak...mood brblog asik tngelam tmbul je...kita dh brthun xbuat rti sdri..asik mkn rti lori jee...huhuu...tpi memang sdpp kan cicah nga mshroom sup...

    ReplyDelete
  14. Assalam Ita, waaaah dah buat dah eh...dari hari Ita buat tu akak ni konon nak buat, tp x terbuat2 jgk...adeeeii... Nampaknya kena meroti la jgk...Hujan2 ni sedap dihirup bersama kopi O eks... Cun jek roti tu Yatie...melambai2 akak, hehe..

    ReplyDelete
  15. Yatie.. nape mama komen tk bleh approve d sini..tolong mama...

    ReplyDelete
  16. Salam kak Yatie,
    Cantiknye garlic rolls ni. Dah ramai yang buat roti ni. Terliur dibuatnya. Saya jugak yang malas nak meroti, siap beli yang frozen lagi. hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails