Friday, March 16, 2012

Devil's Food Chocolate Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kek yg sangat sedap ni pun saya buat masa birthday mak tempohari. Selain Red Velvet Marble Cheese Brownies, Devil's Food Chocolate Cake inilah yang saya buat utk menu tambahan selain kek yg dibeli oleh kakak saya. Sebelum ni buat kek biasa2 je. Kali ni nak rasakan mak kek yg ada cream cheese pula. Tak sangka mak suka kek mcm ni. Terima kasih pada Ayu yg berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni.....juga pada tuan punya resepi asal. Sebelum ni K.Nor juga dah pernah buat kek ni, mmng sedap kataanya. Menurutk K.Nor kek ni kecik je, so saya buat 2 adunan terus dan guna loyang 9x9 seperti yg di sarankan. Manakala utk bahan cream cheese frosting tu saya buat 1/2 adunan begitu juga dngn coklat ganachenya..sedang2 elok je.

Baru2 ni pun Kak Anim ada buat kek yg sedap ni, mmng betul kata anak K.Nim seakan2 rasa marshmallow masa baru potong. Bila dah lama sikit keluar dari petiais, barulah rasa kek coklat yg sungguh sedap coz di gabungkan dngn rasa cream cheese dan coklat ganache tu...mmng sedap betullah. Masa nak potong mmng susah sikit sbb coklatnya terikut sama....tapi jngn bimbang..mmng mcm inilah kejadiannya...makan guna sudu lagi best. Pada kawan2 yg belum mencuba tu, di sarankan cubalah..mmng berbaloi dan semestinya nak buat lagi dan lagi...


Nampak mcm kek ni padat, sebenarnya tidak. Masa ni baru keluar dari petiais, tu yg bila dipotong nmpk padat...bila di biarkan lama sikit kek akan menjadi lembut spt biasa. Lagi pun mmng senang di potong bila keluar dari petiais ni.

Bahan-Bahan (Yatie guna loyang 9x9 utk resepi di bawah)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 / 2 cawan cocoa powder
  • 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 / 2 sudu kecil garam
  • 1 / 2 cawan gula pasir
  • 1 / 2 brown sugar
  • 125 gm mentega
  • 2 biji telur gred A
  • 2 sudu kecil vanili ekstrak
  • 1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
  • 1 cawan air suam
Kaedah:-
  1. Set oven 170C. Siapkan tin kek anda. Alas dngn kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.
  2. Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
  3. Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
  4. Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan2 kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cair(buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
  5. Terakhir masukkan vanili estract. Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.
Cream Cheese Frosting:-
  • 125gm Philadelphia cream cheese
  • 60gm mentega
  • 1/2 cawan gula aising
  • 1 sdt vanili ekstrak
  • 1 sudu kecil jus daripada lemon
Caranya
  1. pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.
Chocolate Ganache:
  • 100ml double cream/ whipping cream
  • 250gm coklat gelap dicincang halus
  • sedikit garam
Caranya.
  1. Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair, Angkat dan sejukkan dulu baru sapukan frosting krim keju & tuangkan coklat ganache diatas.
  2. From:-cupcakeschek.blogspot.com

27 comments:

  1. wah....sedapnya! nampak sungguh menyelerakan. nak try la nanti :)

    ReplyDelete
  2. Memang sedap kek ni walaupon namanya ganas ckit hehehehe, xcukup klu mkn satu slice saja hahaha.

    ReplyDelete
  3. as-salam kak Yatie
    Awww, too delish looking...i like..

    ReplyDelete
  4. OMMGGGG..dapnyer yatie cayang!! xleh tahan baik lariiiiiiiikkk!

    ReplyDelete
  5. Salam yatie..
    mmg marbeles dfcc nie lama tak mkn ...
    lelehan choc tuh tak blh tahan tgk :P

    ReplyDelete
  6. kak yati, sya baru jer tengok resepi ni kat blog kak ayu.. aduhhhhh.. meronta2 nak buat nih.. kak, kalau cake tu kita ganti kek coklat kukus boleh ke? sbb sya xde oven huhu..

    ReplyDelete
  7. Salam kak :D aduhhhhh sana sini tyg kek yg ada cekelat n kejuuuuuu :D nasib baik mood mengekek kita belum sampai kalau da sampai mmg ini jam jugak kita bancuh :D

    ReplyDelete
  8. Akak. . Sedapnya. Mcm mana boleh terlepas pandang kek ni ya. Kena try jg ni. X tahan tgk kek akak ni. . Tang coklat ganache dia yg meleleh tu x tahan. Terguda. . Ngeeeee

    ReplyDelete
  9. Slm k.yatie,aduhh meleleh ayaq liuq tgk coklat tue meleleh...hehe.bestnye kak

    ReplyDelete
  10. waaahhhh... meleleh liuq! hahaha

    ReplyDelete
  11. assalamulaikum kak Yatie,

    uih tergoda terus sy tgk kek ni.. dh lama tgk org buat tp sendiri tak pernah2 lg nk try. hehe.. tgk akak buat ni rasa nk terus je ke dapur. tp kalau dpt mkn kek akak yg dh siap ni lagiii sedap, hehe.. ;p

    ReplyDelete
  12. kak yati...geramnya tgk coklat ganache tu meleleh...air liur pon ikut meleleh gak ni...hehehe...sedap sgt tgknye kek tu...

    ReplyDelete
  13. pergh... mengancam habis tgk choc tu meleleh atas cheese.. comel2x..

    ReplyDelete
  14. harusss...mencubanya sebab dah disarankan mencuba
    tQ,kongsi resepi
    cikNor akan cuba buat & cuba makan (*_*)

    ReplyDelete
  15. Akakkk..sedapnya. Bila la sy ni diberi kerajinan macam akak..huhu

    ReplyDelete
  16. waduhh tak tahan tgk kek ni kak..lum pernah buat lagi.teringin lak nak rasa:)

    ReplyDelete
  17. As salaam yati..
    Singgah sini kejap..waduh sedapnya kita tengok kek devil ni ...
    Shukur alhamdullilah sedap ya yatie..akhirnya dapat juga me rasa kee sedapkan kek ni ya..heheh
    Terimaksihlah Sudi mencuba..terimakasih juga kepada puan punya recipe for sharing..kita dah lama tak buat kek ni..hehe

    ReplyDelete
  18. sangat mgoda la yatie.. intai sebelah mata jer

    ReplyDelete
  19. Nak try ni!! Nak! Nak!Nak!!hhuhhu

    ReplyDelete
  20. Salam. Susu tu, susu cair ke susu pekat? Tq.

    ReplyDelete
  21. salam..kak yati,mana nak beli vanila ekstrak tu yer??

    ReplyDelete
  22. Assalam kak hati nk tye guna susu ape campur dgn cuka tu?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails