Saturday, March 9, 2013

Ayam Masak Halia

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah menu ayam yg paling ringkas dan semestinya sedap. Kalau nak cepat dan tak sempat nak masak macam2 tu, bolehlah masak ayam halia ni. Lagipun ayam ni tak berapa pedas, sesuai utk anak2. Macam biasalah kalau saya masak, mesti kena pedas sikit, kalau tak...tak berseleralah suami saya nak makan. Terima kasih pada Kak Liza berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Sebelum ni pernah masak diSINI. Jomlah semak resepi mudah ni, manalah tau adik2 diluar sana ingin mencuba menu ringkas ni.



Bahan- Bahan
  • 1/2 ekor ayam (potong kecil, basuh bersih dan toskan)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cawan air* 
  • 1 sudu kecil tepung jagung*(*dibancuh bersama)
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1 pokok daun bawang/sup - potong pendek
  • 1 biji buah tomato - belah 4
  • 1/2 btng carrot - ptng kecil
  • minyak utk menumis
  • garam dan sedikit gula
Bahan Hiris
  • 5 cm halia
  • 1 labu  bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili padi merah- Yatie tambah
Cara-Caranya
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
  2. Masukkan ayam, lada hitam,sos tiram dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup.
  3. Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan sehingga pekat.
  5. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
  6. Tutup api, angkat dan bolehlah di hidangkan.

27 comments:

  1. sedapnya...rasa nk ratah2 je ayam ni...nyumnyum

    ReplyDelete
  2. As salam Yatie. Melihatkan ayam halia ni, terus jadi lapar. Homemade food juga yg terbaik.

    ReplyDelete
  3. anak2 n hubby suka ni ayam masak halia wangi kalau buat pasti cepat larisss

    ReplyDelete
  4. masak2 ayam letak halia nie sedap sgt..suka resepi nie..:-)

    ReplyDelete
  5. Tie... ayam masak halia ni memang aku punya favourite! Sedapnya....

    ReplyDelete
  6. Mntk izin tiru resepi yerk tuan umh... Tq...

    ReplyDelete
  7. pernah cuba versi kukus tak?

    ReplyDelete
  8. Salam. Malam-malam begini blogwalking nak cari resepi berasaskan ayam untuk dimasak esok pagi sebelum pergi kerja. Teruja juga dengan resepi Yatie ini. Terima kasih kerana kongsi resepi ini. Dikaulah penyelamat...

    ReplyDelete
  9. trm ksh kak kongsi resepi...seb baek jumpa resepi akak,,ayam masak halia ni.,...blh testing masak utk dinner mlm ni,,,

    ReplyDelete
  10. Salam. sy mohon copy ye. sbg rujukan> terima kasih :)

    ReplyDelete
  11. Mk tnya lau xltk lda htm n tpng jgng xpe ke

    ReplyDelete
  12. Terima kasih utk resepi. Sy copy yer tuan umah

    ReplyDelete
  13. yum yum..bestnyalh.nnt nk trylh buat...

    ReplyDelete
  14. ayam tu xpyh goreng dlu ke?

    ReplyDelete
  15. erm...nak try jap lg.nmpk senag, rgkas, sedap!

    ReplyDelete
  16. Nanti nak try gak,tp nape x letak halia?kan nama ayam halia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba tngk kat bahan hiris tu, kan ada 5cm halia....terang2 dah ada halia tu....adoyaiii

      Delete
  17. Assalam sis. Kalau x pakai tepung bole ke..?

    ReplyDelete
  18. Ya sis bqu nk tny kalo x buh tpung jgung bleh dak...bhan2 len smua ada tpung jgung ja x dak..hehehe

    ReplyDelete
  19. menu simple++.br nk try hari ni..puas cr menu ayam..rsnye ni yg sng,mudah dan sedap..

    ReplyDelete
  20. menu paling simple..bahan mudah..nk try hari jg..puas cr menu ayam dr tadi..rsnye tergoda nk try yg ni..harap hubby suka

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails