Tuesday, January 28, 2014

Ikan Merah Masak Asam Pedas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak asam pedas kegemaran kami sekeluarga.  Kalau dah peminat no 1 asam pedas, kalau makan kat luar pun mesti nak cari asam pedas juga. Tapi biasalahkan, kalau masak sendiri, lagi puashati dan puas makan. Resepi ni biasa2 je, yg penting kita guna ikan segar yg menepati citarasa kita.....barulah umphhhhhh masakan kita tu. Kalau lauk asam pedas, laparnya terus lain macam, kenyangnya pun lain macam juga...ahahahhaha...Jomlah tngk resepi mudah ni, kang meleret2 plk berceloteh kat sini...



Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan merah sederhana besar - di potong 
  • 2 biji tomato-belah 4
  • secekak daun kesom-agak2lah ya
  • 1 btng bunga kantan-belah 2
  • 1 btng serai- di ketuk
  • 3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
  • Garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan, dibakar
  • 1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk kasar)
  • Air secukupnya -dlm 4 cwn
Cara-Cara
  1. Ikan di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Sementara itu belah tomato dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah di kacau ya.
  3. Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
  4. Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
  5. Tambah tomato, bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
  6. Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

36 comments:

  1. Bestnya asam pedas...thanks share resepi...nanti nk cuba buat...

    ReplyDelete
  2. salam yatie, adus sedapnya tengok asam pedas yatie, sekali pandang mcm kari lah pekat dan likat mmg tak pandang orang dah ni kalau makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cube2 la tgk ni tak rugi pun, klau nk tgk sila ke laman web sy di bwh ni.

      Bit.ly/janapendapatanluarbiasa

      Delete
    2. Salam cube2 la tgk ni tak rugi pun, klau nk tgk sila ke laman web sy di bwh ni.

      Bit.ly/janapendapatanluarbiasa

      Delete
  3. dah lama tak masak asam pedas ikan...nanti nak cuba resepi kt sini plk la...

    ReplyDelete
  4. Salam Yatie, sedap betul asam pedas. Tambah2 guna ikan merah...mesti manis & sedap isi ikan fresh mcm ni.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum yatie klu sebut jer asam pedas perut yg kenyang trus jadi lapar..peberet tu...

    ReplyDelete

  6. This article is very helpful thank you very much for sharing .

    ReplyDelete
  7. Wahh sdapny asam pedas tumis..my fav :)

    ReplyDelete
  8. Yummy!!!!!!!!!! malam ni nak cuba try test la resepi kak yatie ni.

    ReplyDelete
  9. jumaat y baraqah ni en.hb mintak wat asam pedas. . sy agak x bpe ske mkn. . tp demi en.hb xpe la. . sy buat kn jgk. . m0h0n share respi ye. . hrap en.hb suke

    ReplyDelete
  10. hri ni nak buat kn utk en.hb. . hrap en.hb suke. . m0h0n nk try respi asam pedas ni. .

    ReplyDelete
  11. bestnyer asam pedas...
    nak cuba resepi ni pulak...

    Cara Merawat Bisul

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Pernah tegok ni tak, cube2 la tgok kot2 beminat tak rugi pun klau tgk, nk tgk sila ke laman web sy di bwh.

      Bit.ly/janapendapatanluarbiasa

      Delete
  13. Ermm nk try la..cm best jer..jap lg kita buat la..hehe...

    ReplyDelete
  14. Ermm...cm best jer..jap lg kita nk try ni..

    ReplyDelete
  15. Sedapnya.. Tak sabar nk mencuba. Terima kasih kerana sudi share resepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah try...sedap...suami puji...suka sgt...tq share resepi... :-)

      Delete
  16. dapnyaaa...kecur air liur temann.. hihi...

    ReplyDelete
  17. kak, saya dah try..sedappp..asam pedas paling sedap saya buat guna resepi ni..hirup kuah pun best.. x sabar nak tunggu komen en suami..:) tq kak

    ReplyDelete
  18. Sedap...dah try, memang menjadi!

    ReplyDelete
  19. mcm menarik ehehe bru nk blajar masak asam pedas..tq for sharing...

    ReplyDelete
  20. Sedap... terima kasih untuk resepi ini. Kena salin dan simpan ni ♡♡

    ReplyDelete
  21. nanti nak cubalah.. saya sangat suka asam pedas..

    ReplyDelete
  22. Sdpnye..en suami suke nih..

    Jom ke blog saya..byk info tp bkn psl masakan la

    ReplyDelete
  23. huhuhu sedappp nye, best gila kot resepi ni

    ReplyDelete
  24. perghh..!!meleleh air liur kak yati oii.. mmg nampak lazat..yummy

    ReplyDelete
  25. saya baru buat semalam.. ikot betul2 resepi kat atas ni.. memang thumbs up!! cumanya saya lebihkan sikit bawang merah bagi ada rasa manis. sgt2 selera n puas hati. ikan plak sy goreng dlu. trima kasih utk pkongsian resepi.

    ReplyDelete
  26. Tq for sharing..lme dah nk belajar buat☺

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails