Thursday, September 22, 2011

Selamat Berjuang Anakku..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni terasa dingin dan nyaman sekali. Sejak subuh tadi hujan membasahi bumi. Syukur alhamdulillah di atas nikmat yg Allah swt kurniakan. Hujan yg turun seolah2 merahmati pemergian anakanda tersayang @Mohamad Talhah Al Hafiz. Hujan yg sama mengiringi hujan yg membasahi pipiku ini. Tetiba terasa sayu hati ini kerana hanya tinggal beberapa jam saja lagi kami sekeluarga terpaksa berpisah sementara waktu demi tugas, tanggungjawab dan masa depan anakanda tersayang. Ku relakan perpisahan ini anakku. Pergilah dngn tenang, sabar, tabah dan dngn semangat juang yg tinggi. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati dirimu sepanjang berada di perantauan. Jagalah diri dan maruahmu, taat perintah Allah, hormat pendidikmu dan hormat sesama rakan sepanjang berada di UK. Moga pulangnya anakanda nanti membawa sejuta kegembiraan, kebahagiaan dan kejayaan yg di impikan. Sesungguhnya ayahanda dan bonda sentiasa mendoakan yg terbaik buat anakanda di sana.

Terima kasih pada pensyarah dan guru2 yg mendidik anak saya Mohamad Talhah Al Hafiz bin Mohd Khata selama ini. Jasa dan budi kalian semua amat2 kami hargai dan sanjungi. Hanya Allah saja yg dapat membalas jasa dan bakti yg kalian curahkan selama ini. Kini alhamdulillah, dari kecil hingga dewasa...gurulah yg memainkan peranan penting sehingga anak saya berjaya hingga layak utk melanjutkan pelajaran ke luar negara selain usaha Talhah, doa dari ibu bapa dan juga semangat yg tinggi selama ini. Kini masanya utk Talhah menikmati hasil usahanya. Talhah dapat pergi ke UK untuk meneruskan pengajiannya dlm bidang Mechanical Engineering di University Of Sheffield. Sebenarnya inilah titik permulaan bagi Talhah utk meneruskan kehidupannya di perantauan. Moga dirinya sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT.

Terima kasih juga pada kawan2 di alam nyata ataupun di alam cyber yg selama ini memberi kata2 semangat buat saya serta keluarga. Terima kasih juga pada kaum keluarga dan sanak saudara saya yg tidak putus2 juga mendoakan yg terbaik buat Talhah. Saya rasa terharu dan amat2 menghargainya, terima kasih sekali lagi....dengan doa, harapan dan sokongan yg di berikan membuatkan diri ni kuat dan tabah mengharungi ujian ini. Mmng berat perpisahan ini, tetapi dngn kata2 semangatlah membuatkan diri ini tersedar dari lamunan yg saya, ibu kepada Mohamad Talhah mestilah kuat supaya anak saya juga rasa kuat dan pergi dngn penuh ketenangan.

Oklah setakat ini dulu. Moga selamat perjalanan kami menuju ke KLIA dan di permudahkan segala urusan. Doakan yg terbaik buat kami sekeluarga. Terima kasih sekali lagi.


34 comments:

  1. Moga Yatie dan keluarga tabah dengan 'perpisahan sementara' ni. Tahniah adik Mohamad Talhah Al Hafiz!!

    ReplyDelete
  2. tahniah buat yatie n keluarga ,
    semoga mohd Talhah kembali dengan kejayaan yg cemerlang
    Aminn

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat anakanda Talhah dan Yatie sekeluarga... semoga segala usaha dan doa mendapat keberkatan dari Nya jua...

    ReplyDelete
  4. Tahniah untuk anak Kak yatie, semoga semuanya berjalan lancar..Kak yatie jangan sedih2 ya..InsyaAllah, Talhah akan balik dengan kejayaan

    ReplyDelete
  5. Tahniah dari ita dan keluarga buat Talha dan keluarga yatie juga..

    Sukanya ita dengar yatie.. mengalir air mata dan sayu rasa hati ni...
    alhamdulillah berkat doa yatie dan usaha dari talha akhirnya segala-galanya di rahmati Allah..

    Talha atau Hafiz yg ita kenali mmg seorang anak yg bijak dan sangat berbudi bahasa.. oleh itu laluan untuknya sangat mudah... sejuk perut yatie mengandungkan anak yg sebaik hafiz..

    Doakan yg terbaik buat hafiz semoga yatie dan keluarga rela dgn kepergiannya...

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat anak Yatie.. sebagai ibu mendoakan yang terbaik untuknya.. sebagai anak pula ingat kedua ibubapa dan perintah Allah..

    ReplyDelete
  7. salam...rase-rasenye saya penah nampak rupa anak akak ni..dia bekas student matrikulasi ker?sebab masa tu dia dtg di putrajaya untuk temuduga. kalo x silap.

    ReplyDelete
  8. Tahniah utk anak kak Yatie.. jauh tu kat UK tapi tetap dekat di hati kan.. Internet dan fb ada skrg kan kak Tie, boleh buat penyambung bicara walaupun jauh di mata.. Semoga Talha selamat sepanjang berada di negara org dan semoga kak Yatie dan keluarga tabah berjauhan dgn anak untuk sementara waktu..

    ReplyDelete
  9. Amin, semoga makbul doa & harapan seorang ibu..

    ReplyDelete
  10. tAHNIAH buat semua ahli family kak yatie..

    moga talha berjaya dengan apa yang diimpikan..
    moga selamat anakmu di perjuangan...

    ayu mmg amat terharu dan sebak dengan entry ini..
    kak yatie dan family mmg bertuah dapat anak2 yang bijak....

    ReplyDelete
  11. Alhamdullih sejuk perut ibu bila anaknya berjaya menlanjutkan pelaran ke luar negara, akk tumpang gembira dgn kejayaan anak yatie ini

    ReplyDelete
  12. Salam k.yatie..tahniah utk k.yatie sekeluarga.jgn sedih2 yer:)

    ReplyDelete
  13. all the best buat mohd talhah (lebih kurang jer dgn nama suami k.nor hehe) semoga dipermudahkan segala urusan, sentiasa dlm perlindungan Allah.. dan buat yatie semoga tabah menghadapi ujian perpisahan dgn anakanda ni ya.. :)

    mudah2an talhah pulang dgn kejayaan yg membanggakan ibu, ayah dan adik2 serta menjadi role model buat adik2.. amin...

    ReplyDelete
  14. tahniah tahniah tahniah
    buat ibu ayah adik2 dan diri talhah sendiri juga tak lupa buat guru2 dan negara amnya... tahniah kesemuanya...long ilah tumpang gembira semoga jadi anak yg paling membanggakan...aminnnn

    ReplyDelete
  15. Tahniah dan wish you anakanda Mohd Talhah the best of luck!! Semoga dipermudahkan kehidupan di rantau orang dan sentiasa dalam lindungan Allah swt. jua hendaknya...amiiinn

    Yatie, banyak2kan bersabar and you have to be strong or else your son will be sad leaving all of you...InsyaAllah masa sekejap je berlalu kan...rindu tetap rindu...kasih sayang makin padu kan...wpun dari kejauhan..

    ReplyDelete
  16. Tahniah buat Yatie sekeluarga..semoga pulangnya nanti membawa kejayaan..x pe Yatie sekarang kan dh moden..ada intenet etc, yg jauh pun akan terasa dekat..byk2 berdoa dan bersabar!

    ReplyDelete
  17. Amin, semuga dipermudahkan segalanya dan Talha akan pulang dengan kejayaan,itulah harapan ibu n ayah.

    ReplyDelete
  18. Sail thru' with flying colours and may he anchour at a harbour of success...all the best to Mohd Talhah...Yatie & family.

    ReplyDelete
  19. Tahniah untuk Kak Yatie sekeluarga... Ketabahan dan kesabaran ini akan berbayar.. Insyaallah.

    ReplyDelete
  20. tahniah buat talhah dan yatie sekeluarga..selamat berjuang di rantau orang !!
    banyakkan bergaul dengan mat2 saleh di sana..sebb teknology n ilmu mereka lebih advance di sana di samping dapat mengasah english dengan lebih baik but..pls don't follow their way of life !kekadang bila hidup di perantauan..harapan dan pergantungan seseorang itu akan bertambah pd Allah so secara tak langsung diri akan lebih dekat pd Nya berbanding di malaysia! all the best to talhah!

    ReplyDelete
  21. Tahniah buat Talhah..moga mendapat kejayaan dunia & akhirat..

    ReplyDelete
  22. tahniah buat yatie skrga.. jgn bsedih.. smga ank yatie dpt meneruskan kecemerlangannya..amin

    ReplyDelete
  23. moga semuanya dipermudahkan oleh Allah..insyaAllah.
    mudah2an talhah pulang membawa kejayaan...
    tahniah buat kak yatie sekeluarga..
    jngn sedih2 yerk kak..
    akak doakan yg terbaik buat talhah..

    ReplyDelete
  24. tahniah kak yatie kerana mempunyai anak sehebat ini.. sejuk hati ibu, dia pergi belajar doakan kejayaannya kak

    ReplyDelete
  25. tahniah bt anak yatie..akak dpt rasakan apa yg yatie rasa..bila anak berjauhan kita akan rasa kehilangan sesuatu..tp demi pelajaran kita harus merelakan demi masa depan anak2..semoga anak yatie slmt belajar dn pulang dgn seribu kejayaan...aminn

    ReplyDelete
  26. tahniah buat Talhah dan Yatie sekeluarga

    moga berjaya mengapai cita2nya

    ReplyDelete
  27. Salam Yatie. Selalu singgah tapi tak tinggal jejak.

    Tahniah buat anakanda Yatie yg berjaya ke luar negara. Semoga beroleh kejayaan di tmpt org nanti.

    ReplyDelete
  28. salam kak yatie...tahniah kak untuk anak akak dan keluarga akak.kami tumpang gembira!

    ReplyDelete
  29. tahniah buat talhah... insyaAllah blh bawa diri, kan dh biasa duk oversea.. selamat maju jaya ^^

    ReplyDelete
  30. Tahniah Yatie untuk anakmu, suami akak dulu pun pernah belajar kat Univ of Sheffield 1997-1998, buat research.....Kami sekeluarga pun ikut jgk..

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum akak yatie cayang..
    Tahniah buat akak dan anak akak .. moga berjaya dengan cemerlang d sana yer...

    ReplyDelete
  32. assalam yatie...ima tumpang gembira dan berbangga dng kejayaan Mohamad Talhah...tahniah buat Talhal dan yatie sekeluarga...semoga dipermudahkan segala urusannya disana...

    ReplyDelete
  33. Buat semua rakan2 yg di sayangi,
    Syukur Alhamdulillah dan terima kasih atas ucapan,kata2 semangat, doa dan harapan serta sokongan yg di berikan. Yatie rasa gembira dan terharu sangat...Kata2 semangat dari rakan2 semualah yg membuatkan diri ini kuat dan tabah menghadapi situasi ini.
    Moga pemergian anakanda Talhah membawa seribu kebahagiaan buatnya dan semoga pulangnya nnti membawa kejayaan yg di impikan. Aminn..
    Terima kasih sekali lagi...

    ReplyDelete
  34. tahniah kak yatie. dikurniakan cahaya mata yang berjaya. boleh tak kongsi rahsia kak yatie mendidik anak-anak.
    -linda, bakal ibu muda-

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails