Menurut Ita, resepi ni adalah dari Blackmore Forum Cari dan ianya juga telah di cuba oleh MamaFami, Cikpuan Mieza myresepi dan Kak Ummi. Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Kali ni saya buat cara Ita.
Bahan-Bahan
- 5 biji telur
- 1 sudu kecil ovalette
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 300 gm tepung gandum
- 300 gm gula halus
- 250 ml susu segar atau santan~ ita guna santan
- 1/2 sudu kecil baking powder
- sedikit garam
- 2 sudu besar minyak-Yatie tambah
- pewarna dan perisa kegemaran
- Panaskan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.
- Sediakan loyang ukuran 9 inc
- Oleskan dengan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper
- Ayakkan tepung bersama baking powder.
- Campurkan garam ke dalam susu.
- Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
- Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.
- Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu. Masa ni Yatie tambahkan 2 sudu besar minyak dan gaul sebati.
- Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.
- Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.
- Ulangi kaedah yang sama untuk lapisan yang ke2 dan ke 3
- Adunan yang terakhir hendaklah dikukus selama 30 minit atau sehingga apam masak sempurna.
- Cara ita sedikit berbeza, ita bahagikan adunan kepada 6 bahagian, setiap satu bahagian anggaran 1 cawan, jadi kita akan dapat 6 cawan.
- 2 cawan ita letakkan coklat emulco, ini untuk lapisan atas dan bawah. Baki 4 cawan yang lain ita warnakan dengan hijau dan letak pandan emulco, warna purple dan letakkan bluberry paste, warna merah jambu dengan paste strawberry dan warna kuning dengan vanilla.
- Ita kukus lapisan coklat yang pertama selama 10 minit, kemudian ita letakkan 4 warna yang lain secara berselang seli dan kukus semula selama 30 minit. Bila dah masak ita tuangkan pula warna baki warna coklat yang terakhir dan kukus semula anggaran 20~25 minit atau sehingga apam masak sempurna.
Salam kak,
ReplyDeleteDah kuar apam kaler2 yg cantik pulak, mmg betul2 menggoda jiwa..Cuci mata kat sini dululah nampaknye..
cantiknya apam tu, dulu penah tgk kat rumah kak ummi, pun dah rasa cantik sangat, yg mcm ni pun cantik juga
ReplyDeletePagi2 ni nampak kueh cantik2 sedap mata memandang..dlm hati ada ketenangan...sabar sungguh yatie...nampak cermat sangat buatan nya...
ReplyDeleteAssalam Dik Yatie...teringinlah pulak nak makan apam Indon ni walaupun tak dapat ke sana....rasanya Akak pun kagum dengan keayuan apam ni dah diolah coraknya oleh si ITa yang memang kreatip tu...dan persembahan Dik Yatie tambah membuatkan Akak teringin nak mencuba....izinkan Akak membuat salinan kiranya Akak jadi memyediakan ya! Cantik...sampai nak menitis air liur...belum menitik lagi....dok control!!
ReplyDeleterajinnya kak yati...saya malas betul nak buat lapis2 cam akak ni...hehehe..makan je rajin...kekeke
ReplyDeletesedpnye..
ReplyDeleteKak,
ReplyDeleteKak Ita buat apa mmg cantik, tp apam akak ni...(hihihii) cukup cantik dah pada saya...kalau saya, ummm blm tentu..
errr dah puji pat blas kali ni, takkan takleh dapat hasil 5,6 ketoi, saya tak sarapan lagi ni...:P
as-salam kak Yatie
ReplyDeletemenarik apam ni kak Yatie.. cantik kejadiannya..tgk macam kek span apam ni..harus dicuba ni..
Wah..cantik apam akak...bertambah teruja...saya nak membuatnya...selepas tgk kak ita n akak punya apam...
ReplyDeletecanteknyaaaa....
ReplyDeleteAs'salam Yatie
ReplyDeletesangat2 cantik. tu hari dah tenung2 gak kat blog Ita, cuna nak buat aje yang belum ada kelapangan..hehehe
cantik... mesti sedap betul sebab semua yg buat puji melambung, ni yg teringin sangat nak buat ni..
ReplyDeletememang kalau Ita yang buat.. semua benda jadi menarik & cantik...
ReplyDeletedari tak terasa sgt nak buat.. dan dan rasa tak sabar nak cuba.. hehehe.. hasil yg Yatie buat ni pun cantik juga hasilnya.... memang nampak mcm kek pun... hehehe..
p/s : akak dah buat bingka cheese berlauk tu.. alhamdulillah memang sedap sgt2 rasa dia.. tengah tunggu Q nak masuk n3... tak tau bila la tuh.. hehe..
Baru 2 hari lepas Along copy respi ni dari facebook tapi takda cakap sumber nya.... rupa2 nya Azlita yg reka warna kombinasi tu.... ingat nak buat juga, suka tengok lapisan kaler tu.
ReplyDeletewah .........
ReplyDeletecantikla kak yatie
hanim plan nak buat semalam tapi tergendala dek gempa bumi
ni yg semangat nak buah nih .....
kak yatieeeeeeeeeeeeee..
ReplyDeletehuh huh mengah hari ni BW.. lawa nyerrrrrr kakkkk.. riso nak buat apam gini takut bantat.. slalu jek mcm kena sumpah.. huhu.. kena beli mixer power dulu gamaknya..:-)
cantik...QH pon nk buat jugak la...
ReplyDeletemmg cntik kejadiannya apam ni yatie, rajin dan kreatif sungguh, rasanya dulu2 pernah buat apam lembut cam ni tapi versi pelangi tapi x surelah sama atau tak resepinya.
ReplyDeleteAs Salam Kak, sgt lawa n terjemahan keikhlasan akak membuatnya tu dpt saya rasa....suka cara akak..penuh kesederhanaan tapik menawan : )
ReplyDeletep.s.
kak, sos sotong atau sos ikan tu apa ya?mekacih
Salam kenal kak yatie....Iza minggu lepas buat apam ni,baru nak masuk n3.Iza x buat macam akak n kak ita tu...iza buat macam pelangi je,main tarook je colour dia.
ReplyDeleteCantik kak..
ReplyDeleteRasanya pon mst sodap.. ;)
cantik apam k.yatie nie..sm mcm k.ita buat..ms tengok k.ita punya ade terasa nak buat, skrg k.yatie dah buat lagi kuat keinginan nak cuba..masuk list
ReplyDeleteCantiklah kak...
ReplyDeleteKnp la tak berjiran dgn yatie ye? kalau tidak, dapat makan sedap2. hehehe
ReplyDeleteSayang nk makan..hehe
ReplyDeleteAssalam kak, cantiknya apam ni..teringin lak nk rasa. nanti free dan ada angin rajin nak cuba jugalah..hehe
ReplyDeletewah..sana sini tengok apam ni..tadi kat blog PCMG... ni terjumpa kat blog akak plak..cantik2! teringin nak cuba. =)
ReplyDeleteMesti kena try ni... Ya Allah byk btol resepi2 yg menarik! TQVM kerana berkongsi ilmu masakan spt ini... :)
ReplyDeleteSalam..K.Yatie, cikwan dah cuba.. sedap2..tapi macam biasala ada ubah2 ckit warna2 tu... ampun ye! =)
ReplyDeletehttp://dapurcikwan.blogspot.com/2012/04/apam-indon.html
Hish macam dibakar bakar je semangat nak buat... tapi kalau semangat dah hangus terbakar.. tak buatlah jawabnya... ahaks.. Cantik je kejadian Apam Indon Yatie ni...
ReplyDeleteCantiknya apam indon tu akak... Menarik sekali... Suka diana tgk kejadiannya....
ReplyDeleteCantik..cantik..Cerr kalau sue yg buat tu..ntah jd rupe apa la agaknya....
ReplyDelete