Wednesday, July 10, 2013

Donut lembut

Assalamualaikum dan SalamSejahtera semua. Hari ni merupakan hari pertama kita berpuasa dlm bulan ramadhan yg penuh keberkatan. Moga setiap amal ibadah kita di terimaNya. Puasa pertama ni merupakan cabaran bagi anak2 yg baru mula berpuasa. Banyak cabaran bagi ibu2 utk memujuk dan memberi semangat serta galakan buat anak2. Selain menahan lapar dahaga, mestilah tunaikan solat serta jaga akhlak. Bukan setakat berpuasa menahan lapar dan dahaga ya.

 Hamka salah seorang dari anak yg masih kecil dan berlatih puasa penuh. Pagi sampai tengahari ok je, ceria je..bila nak ke petang ni, siaplah memujuk mama..letihlah..takde tenagalah...perut Hamka berbunyilah...he3...tapi mama cuba berbual dan beri dia semangat supaya tahan..tinggal beberapa jam je lagi. Di sini bukan memaksa dia, cuma melatih supaya dia bertahan. Kali ni mama dah buat menu kegemaran Hamka..dia nak makan donat di hari pertama puasa...eloklah tu..bukannya minta makanan yg berat pun..setakat donat je....tak apalah...mama dah tunaikan pun permintaan Hamka..

Resepi donut ni sangat mudah,tak perlu perap segala..bila siap uli doh je, boleh di bentuk dan seterusnya boleh di goreng guna api sederhana. Pada kwn2 yg buntu memikirkan juadah berbuka puasa tu bolehlah cuba resepi mudah ni. Boleh juga di buat pau sambal... Terima kasih HaSue berkongsi resepi mudah dan sedap ni.




Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )
  • 500g Tepung Berprotein Tinggi/ tpng roti (guna tpg gandum pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin/butter
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak sayuran)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam (bergantung pd kualiti tepung)
Cara-cara
  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

22 comments:

  1. salam yatie..
    dah jadi pun donut utk hamka berbuka nanti... tentu seronok permintaannya ditunaikan...
    cantik nampak warna donut tu...

    ReplyDelete
  2. Slmt berpuasa Yati

    Anak kecil baru belajar puasa mmg kena pandai2 pujukkan.....kesian mmg kesian tp nak juba mereka cuba berpuasa. donut utk Hamka...pasti senyum berbuka nanti....

    ReplyDelete
  3. memang dlm list nak buat donut tuk berbuka...
    cantikkk donut akak tu..

    ReplyDelete
  4. Selamat Berpuasa kak Yatie...suka la Hamka dapat berbuka puasa makan donat harini :)

    ReplyDelete
  5. sedap ni...nk cuba lah :)
    Salam Ramadhan akak ;)

    ReplyDelete
  6. Salam kak yatie..tengok pon dh tau mmg lembut n gebu..boleh masuk list nnt.. btw Selamat berpuasa kak tie n famili..

    ReplyDelete
  7. Salam Ramadhan Yatie...suka nye KNJ tengok donut tu..mcm nak ngap jek...ooops posa daaa...nanti bleh buatlah...hihi budak2 memang masa kecik2 lah nak kena ajar..so bila dah besar menjadi biasa..selamat berbuka dgn donut sedap to hamka!

    ReplyDelete
  8. hehe,,dapatlah hamka berbuka ngan donat ye,,teringt akk tulis kt fb permintaan hamka tu hehe..ank2 suripun suka donat..tp mak nya jrg buat sbb sampai ketua tak reti nk bentuk donat bg cantik..huhu

    ReplyDelete
  9. dah tengok resepi nie boleh la mendonut hari nie

    ReplyDelete
  10. Salam kak,

    saya mohon copy resepi ye. tq

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Yatie..

    selamat berpuasa..yess..saya pun selalu buat donut n guna resepi Hasue ni...memang lembuttt...sedapppp.anak2 sukaaa

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum.
    . K.yatie... sy pnh gk buat donut skali p xmsukkn lemak sayur.. hasilnya donut jd keras... huhuhuhu.....

    ReplyDelete
  13. salam sis yati.. Semalam jue try buat donut guna resepi sama je mcm kak yati buat ni alhamdulillah menjadi cuma ada rasa xpuas hati sikit sbb donut tu cm padat.. camne nak dapatkan donut tu ringan sikit ek.. Kot2 ada tips ke atau mungkin saya uli terlalu cepat..

    ReplyDelete
  14. salam, saya dah cuba buat guna resepi ni. Sedap sgt! Lembut dan gebu. Terima kasih ye sbb sudi berkongsi resepi... actually ni 1st time saya buat donut...

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum sis...klu nk tukr majerin ke minyk msk boleh ke...suktn dia mck ne nk bg serasi ng bhn lain

    ReplyDelete
  16. Salam Sis....
    Nk tanya kalau yis segera ada jgak yis kering (dry)?

    ReplyDelete
  17. donat ni mmg sdp.bagus untuk buat berbuka.slm ramadhan kak:>

    ReplyDelete
  18. Sy dah buat td mmg gebu tq k yati

    ReplyDelete
  19. Mmg jadi sy buat tadi..terbaik lah..tq share resepi...slalu buat x jadi..power la resepi ni

    ReplyDelete
  20. Sy dh cuba resepi sis. Tp kurangkn byk gula..sesudu gula n sesudu lak susu tepung. Sy tambah lah ngan tepung pelembut roti. Sedap..lembut je. Thanks dgn resepi 😊

    ReplyDelete
  21. Sy dh cuba buat ikut resepi sis. Mmg sedap laaa. Tp sy kurangkan gula sesudu diganti dengan susu tepung. Dan sy tambah lak tepung pelembut roti sbb sy guna tepung gandum. Thanks sis dgn resepinye :)

    ReplyDelete
  22. Donut ni mmg sdap. Thanks for sharing..

    Catherine dah update blog.. Jom singgah jap: http://elliestory4health.blogspot.my/2016/01/7-tips-anak-disiplin-sejak-kecil.html

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails