Wednesday, July 27, 2011

Kuih Lapis Pisang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni layan kuih lapis pisang pula. Sejak2 ni asyik menu pisang je, maklumlah lepas balik dari kampung dapat setandan pisang masak dari mak....jadi di pelbagaikanlah menu pisang ni. Lagipun kami sekeluarga mmng suka kuih atau kek yg ada kaitan dngn pisang ni. Sebelum ni pernah buat kuih lapis pisang resepi Kak Liza ni, mmng sedap dan sekejap je licin. Kali ni buat lagi dan letak pewarna hijau pula. Terima kasih pada penyumbang resepi...rasanya ramai kawan2 yg dah pernah buat kuih lapis pisang ni. Kalau ada yg belum buat tu, bolehlah mencubanya, mmng sedap dan berbaloi membuatnya. Saya buat 2 adunan kali ni dan gunakan loyang 9 inci, sedang elok je kejadiannya. Jom semak resepinya...




Bahan A:-
  • 2 cawan santan (akak guna 1 1/2 kotak santan Ayam Brand + air = 2 cawan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad/jagung
  • 1 sudu teh garam
Bahan B:-
  • 1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna kuning (*akak tambah, kalau guna tepung kastad, xyah letak la rasanya)
Bahan C:-
  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna merah
Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
  2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
  3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
  4. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis.
  5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
  6. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
  7. Buat sehingga siap setiap lapisan.
  8. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.
  9. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.
**Saya buat 2 adunan dan adunan semuanya di gandakan, saya guna loyang 9 inci.

30 comments:

  1. salam yatie,pagi2 tayang kuih lapis yang nampak sungguh sedap..akak ambik resepi ya yatie..boleh buat masa ramadhan nanti..utk moreh.:)

    ReplyDelete
  2. kak yati....cantikk la kuih lapis pisang tu...
    sedappnya tengokkk....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum akak...
    cantiiiknya kuih tu akak... kuih lapis pisang diana belum perna lg makan... nampak sedap sgt... kemas plak tu... sukanya tgk

    ReplyDelete
  4. sedapnya yatie.. rajin betul yatie melapis2..
    warna ijau tu pun nampak lembut aje.. mcm tuan yg membuatnya.
    nanti ita nak cuba lah tapi kena cari pisang dulu..

    ReplyDelete
  5. As'salam Yatie

    Kak ct nak 2 keping kuih talam pisang bolehlah buat makan2 depan laptop ni haa..semalam lupa nak beli pisang kat pasar malamlah. kalau tidak boleh juga buat resipi dr yatie ni :D

    ReplyDelete
  6. uik..pisang lagi...canteknya kuih lapis... menyelerakan... kalau jual kat bazaar ramadhan ni Tie sure laris... hehe

    ReplyDelete
  7. Yatie...ptg ni boleh cari pisang kat pasar malam...nak buat nanti.Thanks Yatie share resepi ya.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikumwbh kak Yatie....

    waaaaaaaaaaaaaaaaaa ni mcm nak ngap je skrin nih.....mmmmm cantik tul layer kak yatie tu....ni kuih2 lembut ni peberet kita kan? :) MMM nak minta tukar dgn seri muka boleh? Ayu simpan recipe ye kak.....nanti nak wat...yey!!!!

    ReplyDelete
  9. Assalam yatie...
    kuih lapis pisang ni memang sedapp.. masa buat utk yasinan kat kg dulu ramai yg tanya resepi... ini jugak kuih yg kerap org nak menempah ngan saya... hehe...

    ReplyDelete
  10. Yatie...kak cek bekenan sungguh tiap kali Yatie buat talam ke kuih lapis ke...cantik dan kemas je hasil kejadiannya...nampak sedap je kuih lapis pisang ni....nak buat kat rumah ni...tak de org yg nak makan...

    ReplyDelete
  11. Assalam yatie,
    nak jugakkk rasa sepotong tu pun jadilah ..

    ReplyDelete
  12. YATIE...sungguh cantik kaler ijaooo tu!!!

    ReplyDelete
  13. salam kak.. cantik2 sungguh kuih lapis akak ni.. tak pun terlembik ke apa.. memang ratu kuih lapis dan talam betul la.. hihihihii

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum Yati.

    Cantik elok tersusun lapis pisang Yati...sy suka kuih yg ada pisang...

    ReplyDelete
  15. @anymz
    wkmsalam, silakan kak..mmng sedap kuih ni...cubalah..

    ReplyDelete
  16. @Mas
    tq Mas...rasanya Mas pun dah pernah buat gak kan....akak dah bnyk kali buat kuih ni...sedap...

    ReplyDelete
  17. @Diana @ Melley Mey
    wkmsalam, tq Diana....kalau teringin tu, bolehlah mencubanya..sedap tawwww...

    ReplyDelete
  18. @AZLITA AZIZ
    mcm Ita tak tau kegemaran Yatie mengukus dan melapis kuih..ekekekeke...warna ijau ni kegemaran Hamka, banyak dia makan kuih ni..ada pisang, lagilah sedap...cubalah mmng berbaloi..

    ReplyDelete
  19. @CT Delima
    wkmsalam, kalau K.CT punya pasal 10 ketoi yatie boleh bagi..yatie tau akak suka gak kuih2 mcm ni...cepat kak beli pisang, rasanya akak pun dah pernah buatkan kuih ni..sedapkan..

    ReplyDelete
  20. @Gee®
    hah3....selagi ada stok pisang, mmng berderetlah menu pisang...jual kat bazaar, nmpknya Gee kenalah tolong yatie...bolehkan...kih3..

    ReplyDelete
  21. @noorsafone
    silakan buat kak...mmng sedap, tak sabar nak tunggu kemunculan kuih lapis akak...

    ReplyDelete
  22. @Ayu Safieza @ Humaira'
    wkmsalam, tq Ayu...leh samakan selera kita suka kuih2 mcm ni...kuih serimuka tu mmng kegemaran akak..tq atas ingatan..suka sangat...kalau teringin tu, bolehlah cuba kuih ni...mmng sedap sangat..

    ReplyDelete
  23. @MaDiHaA a.k.a Ratna
    wkmsalam, mmng sedap kuih ni...mudah pulak tu membuatnya...

    ReplyDelete
  24. @cik cek
    terima kasih, kalau mcm tu yatie bagi cik cek 5 ketoilah wat rasa2 jek..suka tak..hehehehe..

    ReplyDelete
  25. @Ayu
    wkmsalam, setakat sepotong tu cukup ke..takpe Yatie bagi Ayu 5 potong..suka tak....Yatie wat 2 adunan ni..hehehehe..

    ReplyDelete
  26. @sasha rahmat
    hah3, sblm ni wat kaler merah..kali ni wat kaler ijooooo pulak...btw mmng sedap sangat kuih ni..cubalah...

    ReplyDelete
  27. @Juwita Jamaludin
    wkmsalam, tq Ita....akak mmng suka makan dan suka buat kuih lapis/ kuih talam...bukannya ratu pun....kih3..

    ReplyDelete
  28. @Mamasya
    wkmsalam, tq Mamasya..mmng sedap kuih2 yg ada pisang..cubalah kalau teringin..sedap taw...

    ReplyDelete
  29. sedap ye kak?pisang ada stok ni..rajin jer lom banyak stok..tp cam teringin lak nak mkan..
    cantik kuih lapis kak yatie nih.

    ReplyDelete
  30. wah...sedap nie kak. InsyaAllah...ptg nanti nak cuba buat..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails