Sunday, January 25, 2015

Terung Sambal Udang Kering 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu sambal terung ni dah lama saya masak. Baru ni berkesempatan nak kongsikan kat sini. Saya suka sayur terung masak mcm ni, lebih2 lagi terung tu di goreng atau di bakar terlebih dahulu...terung lebih sedap dan manis rasanya. Kali ni guna resepi  Mat Gebu punya, mmng sedap. Terima kasih Che Mat berkongsi resepi, izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom semak resepi mudah dan sedap ni..



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 biji terung ungu saiz sederhana
  • Sedikit garam
  • 1 camca besar minyak zaitun
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan
BAHAN SAMBAL UDANG KERING:-)
  • 1/2 cawan udang lering, cuci dan rendam 10 minit
  • 1/4 cawan cili kisar
  • 1/2 camca besar pes asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 5 biji cili hijau
  • 10 biji cili padi
  • 3 biji buah keras, dihiris
  • 2 biji tomato yang masak ranum, dicincang
  • Minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK SAMBAL UDANG KERING :- 
  1. Toskan udang kering, perah sedikit kemudian tumbuk hancur, tak perlu sampai lumat. Ketepikan. Sementara itu dalam alat pengisar (blender), kisar buah keras dan bawang putih hingga halus, Masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan cili padi. Kisar hingga hancur tak perlu sampai halus (guna butang 'pulse' pada alat pengisar anda semasa mengisar). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (kurang lebih 1 cawan). Tumis bahan2 kisar tadi hingga harum, masukkan cili kisar dan masa hingga naik minyak. Guna api sederhana dan kacau sentiasa. Tambah udang kering tumbuk dan tomato cincang. Kacau dan terus memasak hingga tomato hancur.
  3. Masukkan pes asam jawa, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula (kalau nak guna serbuk perasa pun boleh). Kacau dan terus memasak hingga sambal pekat dan naik minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan sebelum disimpan dalam botol untuk kegunaan kemudian.
UNTUK TERUNG SALAI :-
  1.  Terung di kerat 3 (ikut saiz terung yang anda guna). Kemudian belah 2 setiap keratan. 
  2. Gaul dengan sedikit garam dan minyak zaitun (kalau takde, guna saja minyak masak). 
  3. Panaskan non-stick pan, kemudian salai terung tadi hingga lembut dan perang pada kedua2 bahagian.
  4.  Angkat dan ketepikan
UNTUL TERUNG SAMBAL UDANG KERING :-
  1.  Susun terung salai dalam pinggan sesuai. Kemudian sudukan sambal udang kering tadi secukupnya atas terung salai dan ratakan. Tabur hirisan daun bawang untuk hiasan. 
  2. Hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan lauk2 kegemaran anda....Selamat mencuba!!.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails