Friday, April 9, 2010

Ayam Paprik

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua. Dah masak ke belum? Rasanya ada kawan2 yg bingung nak masak lauk utk hari ini. Maklumlah setiap hari asyik masak je, tu yg kdng2 sampai tak tahu nak masak apa. Hari ni saya masak ringkas je...ayam paprik. Masakan ini mudah saja, ada sayur-sayuran dan ayam sekali...jadi tak payah susah2 nak masak lain2. Oklah mari kita lihat resepinya yang mudah ini.




Bahan potong kecil
  • 2 keping isi ayam (bahagian dada)
  • 1 batang carrot
  • 100 gm brokoli
  • 200 gm cauliflower
  • 50 gm capsicum hijau/merah
  • 1 labu bawang besar (di hiris)

Bahan sos
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 6 helai daun limau purut
  • 1 batang serai (di ketuk)
  • 3 sudu besar lemon jus
  • 5 biji ciliapi (di ketuk)
  • 3 ulas bawang putih (di ketuk)
  • 1/2 cawan air
  • 5 sudu besar minyak utk menumis
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan serai sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan cili padi yg di ketuk.
  3. Masukkan carrot, kicap pekat, sos tomato, sos cili dan sos tiram. Masukkan air dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan sayur brokoli, cauliflower, capsicum dan bawang besar.
  5. Bila mendidih masukkan daun limau purut dan kacau.
  6. 6. Masukkan lemon jus, sekiranya rasa dah ok, matikan api dan angkat.
  7. 7. Hidangkan dengan nasi putih.

4 comments:

  1. wah favorite ni, mesti cuba..

    ReplyDelete
  2. Umi=> mudah je....cubalah mmng sedap..

    ReplyDelete
  3. kak thanks for the recipe.. sy baru cuba td.. mmg sedap.. =)

    ReplyDelete
  4. salam kak yatie. saya sekarang tinggal kat australia. selalu google recipe masakan. teringin nak makan ayam masak paprik, semalam try recipe kak yati. time tengah2 puasa pun sangat sedap kak yati punya recipe :D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails