Tuesday, February 22, 2011

Apam Labu

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sekarang musim apam di sana sini. Jadi saya juga tidak ketinggalan utk mencuba resepi apam labu yg tngh hot skrng. Malam tadi saya buatlah apam labu ni, mmng sedap dan lembut je. Pagi ni saya bf dngn apam labu lagi. Ramai kawan2 yg sudah mencubanya, antaranya Izah, K.Anim, Mas dan yg terbaru Kak Ummi. Kalau tngk kuih apam2 mereka ni mmng tergoda betul di buatnya. Rasanya saya dah tak terliur lagi sbb sudah mencubanya dan boleh makan berulang2 sampai jemu.. Anak2 mmng suka kuih2 mcm ni, samalah seperti mamanya....jadi tiada masaalah utk saya membuatnya lagi dan lagi. Terima kasih pada penyumbang resepi, izinkan saya C&P resepinya di sini pulak ya.




Bahan A:-
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam
Bahan B:-
  • 240 gm labu (dikukus/rebus)
  • 150 gm gula kastor
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat
Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh Double Action Baking Powder
Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati.
  2. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  3. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  4. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  5. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (*akak tutup mangkuk adunan).
  6. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (*akak guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  7. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.
Nota:
Kalau nak apam yang merekah/mekar, sila gunakan acuan kertas yang diletakkan ke dalam acuan lompang. Jika menggunakan acuan lompang yg di sapu sedikit minyak, apam akan naik biasa saja dan x merekah sangat....

24 comments:

  1. SELAMAT PAGI KAK YATIE

    wah.............ayu ada stok labu..nak buat pengat atau apam....???

    em....tukar menu kak yatie...4 ketul cukuplah..tukar dgn donut ayu eik

    ReplyDelete
  2. sedappkan kak apam labu ni..
    mas pun suka..
    lembut dan gebu jer apam ni kan kak...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya apam labu nie.. ari tu kat dapur izah n ummi... hari nie kat cnie plak.. teringin nak makan...

    ReplyDelete
  4. Wah lawo apam senyum merekah..
    Mmg best apam ni.ingt bila2 nak buat lagii

    ReplyDelete
  5. salam yatie...
    yatie pun dah cuba yer resepi apam labu yg kak ummi & izah alter dari resepi apam keledek akak dulu.. hehe... alhamdulillah.. semua yang cuba menjadi.. tak sia2 akak share resepi yg akak dpt dari kelas masakan beberapa tahun dulu.. lepas ni akak pulak ler kena cuba versi labu guna basic resepi yg sama ni.. bebaru ni buat muffin labu guna resepi aunty yochana.. kurang menjadi pulak..

    ReplyDelete
  6. senanglah kak Yatie kalau ramai yang suka, kalau kat umah Yus alamat termenunglah sang apam tu kat dapur... mintak sini jerlah seketul jamah..

    ReplyDelete
  7. Assalam yatie wah umah yatie dah ade apam ni bila la nak landing kat png pulak ye

    ReplyDelete
  8. salam kak..
    kiter pong mengapam labu arini... sedap kan kak kan.. lembut dan gebu jerk!

    ReplyDelete
  9. wah lama x jenguk dapur akak ni..betul la sana sini musim apam...berangan juga nak buat..tp nama pun berangan...so berangan mkn je la kak..ahakz!

    ReplyDelete
  10. @Citarasa Rinduan
    tak kisahlah nak wat pengat atau apam dngn labumu itewwww...tapi jngn lupa bahagian akak ya....kih3...nah akak bagi rasa 5 ketoi...suka tak..

    ReplyDelete
  11. @Mas
    mmng sedap apam labu ni...bila akak makan teringat Mas dan Izah...tak taulah nape...klakor pun ada...

    ReplyDelete
  12. @Diana @ Melley Mey
    mmng sedap apam labu ni, kalau teringin tu, bolehlah mencubanya...berbaloi..

    ReplyDelete
  13. salam ....
    ramai yang dh buat apam labu nie..
    mr.mama nak kena cuba jugak nie...

    ReplyDelete
  14. @izahdaut
    apam senyum sokmo ni...akak buat gara2 tergoda kat apam labu Izah lah....sedapkan makan kuih kukus2 ni....lembut jek...

    ReplyDelete
  15. @MaDiHaA a.k.a Ratna
    wkmsalam, tq kak berkongsi resepi yg best ni...nnti yatie nak cuba apam kentang versi akak punya...

    ReplyDelete
  16. @Sari Yusa Ibrahim
    kalau setakat seketoi tu boleh sangat...takyah susah2 buatlah mcm tu...kalau akak buat, akak bagi je kat Yus ya...tapi ambek sendiri tau...

    ReplyDelete
  17. @Chik Mimi
    wkmsalam, mmng sedap apam ni..kalau teringin tu, bolehlah buat..

    ReplyDelete
  18. @hana
    wkmsalam, mmng sedaplah apam labu ni...uwaaa..samalah menu kita arini...kuat betul penangan apam labu ni kan...

    ReplyDelete
  19. @AjEz ShiPPudEn
    tq sudi singgah sini...mmng musim apam labu skrng ni....tapi mmng betul2 sedaplah..nah akak bagi rasa seketoi...sedap tak??? hehehehe..

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum Yatie..baru je tengok apam labu kat rumah Hana. Tengok2 sini pon ada, dah berpakat ya? Menjadi2 apam Yatie nie, warnanya pon cantik, buat akak teringin je..bestnya kalau dpt mkn petang2 nie..

    ReplyDelete
  21. assalam kak yatie, lambat lak jet terbang hari ni....sure apam pun dh abis..hehe sana sini sinun org melabu apam ni kak saya lum sampai seru lagi...cantik ler nampak gebus jer apam tu.

    ReplyDelete
  22. Azlina,
    wkmsalam, mmng tngh musim apam labu ni kak, cubalah mmng sedap..ini mmng warna original labu....takyah letak pewarna..

    Nieza,
    wkmsalam,takpe lmbt asal sampai sini..mmng sedap apam ni, cubalah...

    ReplyDelete
  23. amy pernah buat tapi x jadi huhu..x pe pasni leh cuba lagi.


    p/s: jemput join contest sinar raudah

    http://sinarraudah.blogspot.com/2011/03/contest-resepi-pilihan-sinar-raudah.html

    ReplyDelete
  24. semua masakan dlm blog ini baik lauk, kueh dan cake nampak sedap dan saya percaya mesti sedap. orang johor memang pandai masak dan rajin lagi. syabas. hanya komen saya, yatie suka menggunakan pewarna dlm cake dan kueh. kurang sihatlah yatie. dan jika digunakan selalu menjadi toxin dlm badan. sesekali takpa. kesian anak2 yg diberi mkn. cuba gunakan pewarna dari sumber natural spt daun pandan, harum lg original.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails