Wednesday, March 10, 2010

Talam Keladi

Salam dan bertemu kembali. Hari ni saya buat kuih talam keladi buat minum petang. Harap kawan2 di luar sana taklah berasa jemu dengan resepi kuih talam ya. Sebenarnya saya dah banyak kali buat kuih talam dan ini adalah resepi talam keladi yg saya rasa mudah dan sedap sekali....Kalau kwn2 berminat bolehlah mencubanya ya...



Bahan-Bahan.

Lapisan Bawah
300 gm keladi(potong dadu,rebus dan toskan)
600 ml santan cair
150 gm tepung beras
20 gm tepung ubi
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam

Lapisan Atas
1 cwn gula pasir
1 cwn tepung beras
3 cwn santan pekat
1/2 sudu kecil garam
pewarna purple dan esen keladi
Cara-Cara
  1. Keladi di potong dadu dan di rebus-toskan baru di timbang dlm 300 gm.
  2. Dlm bekas campurkan santan cair bersama tepung beras, tpng ubi dan sedikit garam.
  3. Gaul sebati dan masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau supaya tak bergentel. Masukkan keladi tadi dan gaul sebati.
  4. Panaskan pengukus dan letak sedikit minyak dlm loyang yg di alas dngn plastik.
  5. Kukus adunan tadi selama 20 minit.
  6. Sementara itu, dlm bekas lain campurkan gula tepung beras, santan, garam pewarna purple dan esen keladi. Gaul sebati.
  7. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa di kacau.
  8. Setelah itu tuang adunan tadi ke atas lapisan bawah yg di cakar2 sedikit dngn garpu.(Sekiranya ada sedikit air di atas permukaan tadi, lapkan dahulu menggunakan tisu dapur)
  9. Kukus selama 20 minit guna api sederhana. Setelah siap, sejukkan dahulu dan potong menggunakan pisau plastik supaya cantik potongannya.
Tips > buka penutup kukus setiap 10 minit dan lapkan air yg ada di penutup kukus dan sambung balik mengukus kuih atau bungkus penutup kukus dngn kain supaya air tak menitis atas kuih.

2 comments:

  1. talam keladi pulak!!! rajinnya yatie!!!

    ReplyDelete
  2. nak makan kena rajin sikit Ain...kat sini mana ada jual kuih2 mcm gini...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails