Thursday, March 18, 2010

Moist Brownies

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Sebenarnya hari ni bukanlah dok nak menayang Awards tu...cuma saya ni orng baru, jadi tak berapa tahu sangat nak ambil dan letak awards ni. Jadi hari ni saya kemas kini awards yg sedia ada tu. Terima kasih yg tidak terhingga pada kawan2 yg sudi memberi awards ini. Gembira dan terharu rasanya. Semoga persahabatan di alam cyber ini berkekalan selamanya.
Ok hari ni saya buat brownies untuk anak2. Budak2 ni memang suka kalau ada kek/ brownies chocolate. Brownies ni lembut dan sedap. Ini adalah resepi dari Kak Hanieliza. Seperti biasa saya minta izin C&P ya akak.



Bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B dan kacau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

Chocolate Topping Bahan
250 gm cooking coklat [cap tulip]
1 s/b butter/majerin
1 s/k susu cair

Cara-cara
1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.

3 comments:

  1. Alamak, betul2 moisty la brownies akak nih! mintakkkk...pls pls pls! ;)

    ReplyDelete
  2. Salam yatie ,
    salam singgah n salam kenal

    mmg nmpk moist kek tu , blm cuba lagi ...
    nak buat lah klu ada masa nanti ..byk gak resepi kat sini , boleh lah jadi tempat rujukan ..

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan....
    intan copy resepi ni minta halal...kek ni nampak sgt sedap...resepi intan jdkn bahan rujukan......minta halal ek..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails