Friday, March 12, 2010

Daging Rendang Limau Purut

Salam dan selamat sejahtera semuanya moga ceria di pagi jumaat ini. Hari ini saya masak Daging Rendang Limau Purut. Biasanya saya masak versi sendiri, tapi hari ni saja mahukan kelainan...jadi saya mencuba resepi Kak Ummi sekali lagi. Rasanya memang sedap sangat. Saya makan bersama nasi putih dan juga pulut kuning. Oklah mari kita lihat resepinya. Saya C&P dari rumah Kak Ummi. Terima Kasih ya akak resepi yang sedap ini.


Bahan-Bahan
*1 kg daging ( dihiris kecil dan nipis)
*1 paket kecil rempah kari daging (+- 4 sb.)
*1/4 cawan cili kisar
*4 cawan santan (sedikit pekat)
*1/3 cawan kerisik
*1 keping gula kabung/gula melaka (anggaran 1/3 cawan bila dihancurkan)
*2 keping asam gelugor
*garam secukup rasa
*7 helai daun limau purut
*5 sudu besar minyak masak

Bahan Kisar Basah

*12 ulas bawang merah - dikisar
*4 ulas bawang putih - dikisar
*2 inci halia - dikisar
*2 inci lengkuas - dikisar
*2 inci kunyit hidup - dikisar
*3 batang serai - dikisar

Bahan Tumis

*1 batang kulit kayu manis
*2 kuntum bunga lawang
*3 kuntum bunga cengkih
*4 biji buah pelaga
*2 batang serai - diketuk

Bahan Disangai dan Dikisar Kering

*1 batang kecil kulit kayu manis (x perlu sangai, kisar je)
*3 sudu besar biji ketumbar
*2 sudu kecil jintan manis
*1 sudu kecil jintan putih

Cara Memasak
  1. Basuh daging dan toskan. Gaulkan daging dengan rempah kari dan perap sebentar (lebihkurang 20 - 30 minit)
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan2 tumis sebentar hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar basah dan cili kering kisar dan kacau sebentar.
  4. Masukkan bahan kisar kering dan juga daging yang diperap tadi. Kacau rata sebentar. Masak hingga keluar air daging dan kering sedikit airnya. Kacau sesekali.
  5. Masukkan santan dan kacau rata. Masak dengan api sederhana agar daging lembut elok.
  6. Masukkan pula gula kabung dan asam gelugor. Masak lagi hingga daging mesra.
  7. Bila daging sudah hampir masak, masukkan kerisek, limau purut dan garam secukup rasa dan masak hingga kuahnya pekat sedikit (ikut suka kalau nak kering sedikit). Kacau rata-rata. (bila kerisek sudah dimasukkan, masakan akan mudah hangus, elok dikacau selalu).
  8. Seimbangkan rasa dan tutup api bila daging sudah benar2 empuk dan kuahnya pekat/kering.
  9. Hidangkan bersama ketupat, pulut kuning atau nasi impit...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails