Thursday, March 4, 2010

Talam Kaya Labu

Salam dan bertemu kembali. Hai asyik2 kuih talam lagi ya....maklumlah tuan rumah peminat kuih talam. Peminat kuih talam takpe, jangan talam dua muka sudahlah ya.....minta di jauhkan. Bagi penggemar kuih talam, apalagi bolehlah mencubanya. Rasa kuih ni memang sedap dan lembut je...tak rugi mencubanya. Resepi ni saya dapat dari Citarasawan di my resepi. Saya C&P ya akak resepi yang sedap ini.



* Bahan Lapisan Labu
* 500 gm isi labu (dikukus dan dilecek)
* 70 gm tepung jagung
* 60 gm tepung sago ( saya guna tpng ubi je)
* 200 ml santan pekat KARA
* 200 ml air
* 220 gm gula halus
* 350 gm telur (saya letak 1 biji je)
* 2 helai daun pandan

* Bahan Lapisan Putih
* 90 gm tepung beras
* 100 gm tepung ubi
* 400 ml santan pekat KARA
* 170 gm gula halus
* 1 sudu kecil garam
* 400 ml air
* 2 helai daun pandan

Cara-cara
  1. Lapisan Labu : Satukan bahan untuk lapisan labu, gaul rata dan kisar sekejap dalam pengisar dan tapis.
  2. Tuang adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap sahaja. Keluarkan daun pandan.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Tuangkan 1/2 adunan ke dalam loyang yang telah dileser sedikit minyak dan alas plastik.... kukus selama 10 minit.
  4. Lapisan Putih : sementara itu, satukan bahan lapisan putih, gaul rata dan tapis.
  5. Tuang adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap. Keluarkan daun pandan. Bahagian adunan kepada 2 bahagian. Tuangkan 1/2 adunan ke atas lapisan labu yang dikukus tadi. Kukus selama 5 minit.
  6. Ulangi proses melapis hingga habis. Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
  7. Sejukkan dahulu sebelum dipotong

**kali ni kak wan tak masukkan telur.... jika suka boleh masukkan.
** Alas loyang dengan plastik dan sapukan minyak di sekelilingnya.
**Gunakan loyang 9/10 inci supaya lapisannya cantik dan sekata. Kuih saya tipis lapisan putihnya sebab terguna loyang yg kecik sikit.

Selamat Mencuba.

1 comment:

Related Posts with Thumbnails