Wednesday, March 31, 2010

Mee Bandung

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ini saya masak mee bandung perantau. Rasanya dah lama tak makan mee bandung. Rasanya ramai kawan2 di luar sana pun dah tahu masak mee ini...tapi di sini saya ingin kongsi bersama resepi yg sememangnya mudah dan sedap.



Bahan-bahan:

* Mee kuning- dbasuh dan di celur sekejap(saya guna spaghetti je..)
* 5 sudu besar cili kisar(lada kering)
* 4 ulas bawang putih - dikisar
* 1 biji bawang besar - dikisar
* 5 sudu besar udang kering - dikisar
* 1 inci halia -di kisar
* 2 btng serai- di titik
* 2 biji kentang di rebus dan di lecek-utk pekatkan kuah

* 1 cawan udang basah
* 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
* 1/2 cwn sos cili
* 1/2 cwn sos tomato
* 4 biji telurTelur - rebus berasingan iaitu pecahkan dalam air panas dngn api sederhana
* 1 cwn kacang tanah digoreng ~ ditumbuk halus
* 4 cwn air
* Garam dan gula secukup rasa.
* 1 pokok sayur sawi-di celur sekejap
* 2 biji tomato biji
* Bawang goreng dan daun bawang serta hirisan limau kasturi- sebagai hiasan

Cara penyediaan:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan- bahan yang dikisar serta serai sehingga naik bau.
  2. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacang tanah dan air rebusan daging dan biar seketika.
  3. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan biarkan kuah sehingga pekat.
  4. Masukkan kentang yg di lecek tadi dan gaul sebati.
  5. Masukkan udang, daging rebus dan kacau sebati. Masukkan buah tomato tadi. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah di hidangkan.
Cara hidangan:
  1. Masukkan sedikit mee yg telah di celur kedalam mangkuk.
  2. Letak sawi dan telur... tuangkan kuah di atas mee tadi.
  3. Taburkan daun bawang dan bawang goreng serta letakkan hirisan limau.
  4. Setelah siap, bolehlah di makan.

2 comments:

  1. salam kenal di sini...singgah hasil promoter si Ben la ni....banyak makanan kat sini! best...sy tumpang nak C & P je....silahlah ke rumah saya AGK pulak....followed

    ReplyDelete
  2. Sonata>> terima kasih sudi singgah dan 4ollow juga...akak dah singgah ke blog adik...nice blog.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails