Resepi ni adalah dari my resepi dan asalnya dari dapur Che Mid FP. Saya pula jumpa resepi yg sedap ni di rumah Hana dan Kak Ummi.Saya C&P ya Hana....biar kawan2 di luar sana mencuba pula resepi yg sedap ni. Terima kasih banyak2.
Bahan-Bahan
* 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
* Bahan-bahan untuk make up ayam :
* 3 biji bawang besar(saya guna 2 biji je)
* 4 biji bawang putih
* 1 inci halia
* 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam -( kalau takde sos ni ganti dngn sos tiram+kicap pekat dan 2 sb lada hitam)
* 2 sudu besar madu
* 1 ketul kiub ayam Knorr
* 2 sudu besar gula pasir- saya guna gula perang je
* 2 sudu besar herba campuran-(kalau takde gantikan dngn dried parsley, oregano dan basil)
* 1 1/2 sudu teh garam halus
* Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
* Sedikit mentega
Cara-cara
- Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
- Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
- Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman saya pun sama.
- Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
- Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.
**Saya makan bersama potato salad je..
fullamak yatie....sedap tuuuuu!!!!
ReplyDeleteni lagi sedap dr kenny rogers
ReplyDelete