Tuesday, March 9, 2010

Nasi Harum Kunyit

Salam dan bertemu kembali. Sebenarnya hari ni saya masak nasi harum kunyit. Buatnya taklah susah mana....lebih kurang macam masak nasi minyak juga. Keharuman bau kunyit tu yang membuatkan ianya sedap dan bila di makan seolah2 seperti makan pulut kuning pulak rasanya. Resepi ni saya dapat dari seorang teman di Malaysia. Hari ni saya masak nasi ni dan di makan bersama honey prawns....wallaah sedapnya...Mari kita lihat resepinya.


Bahan-Bahan.
*4 cawan beras AAA /basmathi- basuh dan toskan
*1 inci halia - dihiris memanjang
*3 biji bawang putih - di hiris
*1/2 biji bawang besar- di hiris
*3 sudu besar mentega
*2 kiub pati ayam
*1 sudu kecil serbuk kunyit
*5 cawan air/secukupnya untuk memasak nasi
*2 -helai daun pandan
*1 -helai daun kunyit

Cara-Cara
  1. Dalam periuk, cairkan mentega. Kemudian tumiskan halia dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan beras dan kiub pati ayam yang telah dihancurkan terlebih dulu diikuti dengan air secukupnya. Kacau sebentar.
  3. Tambahkan serbuk kunyit dan kacau rata.
  4. Kemudian angkat bahan2 tadi..... letak dalam rice cooker dan biarkan nasi masak. Balik2kan sebaik saja nasi kering dan biarkan nasi masak.
  5. Hidangkan bersama lauk kegemaran masing-masing.

2 comments:

  1. mari akak tumpang makan..boleh ke????hihi

    ReplyDelete
  2. boleh je...mailah kita makan sama2...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails