Bahan-Bahan
Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
secubit garam halus
Bahan B:
1 cawan pisang masak dilenyek
1 cawan minyak masak
3/4 cawan gula perang
2 biji telur ( dipukul sedikit )
Cara-caranya:
- Campurkan bahan-bahan A dan ayak bersama. Ketepikan.
- Pukul sedikit telur, tambahkan dengan bahan-bahan B yang lain. Kacau sebati.
- Masukkan bahan A ke dalam adunan B dan gaul sebati.
- Panaskan kukusan. Masukkan adunan apam tadi ke dalam bekas-bekas kecil dan kukus 10 hingga 15 minit.
0 comments:
Post a Comment