Sunday, March 14, 2010

Kuih Bakar Pandan

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ini saya buat kuih bakar pandan sebagai kuih minum petang. Saya sekeluarga memang minat sangat kuih bakar pandan ni....bau harum pandan tu yang membuatkan kami semua tak sabar2 untuk menjamahnya. Buat kuih ni taklah susah...semua bahan2 masukkan saja dalam blender...lepas tu bakar..siap. Mudahkan...mari kita lihat bahan-bahannya.




Bahan-Bahan

* 2 cawan tepung gandum
* 1 cawan gula
* 1 cawan air pandan
* 3 cawan santan
* 3 biji telur
* 2 sudu besar butter
*1/2 sudu kecil garam
* Sedikit pewarna hijau
* sedikit bijan-untuk tabur atas kuih

Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan.
  2. Blender hingga sebati.
  3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak....lenserkan.. dan masukkan ke dalam oven.
  4. Bila loyang sudah panas, tuang adunan tadi ke dalamnya.
  5. Taburkan bijan (jika suka)
  6. Bakar 45 minit pada suhu 180c/ hingga masak.(api atas dan bawah)
  7. Bakar api atas saja selama 10 minit sekiranya inginkan permukaan kuih yang lebih garing.

7 comments:

  1. SALAM yati..sukatan kita sama. akak amek dari sorg mak cik di gerik. dia buat jualan kuih ni.. tapi tak de telur dan butter. agaknya yatie punya resepi ni lebih enak ya? akak nak try laa satu masa. cuba yatie buka akak punya blog kat resepi bingka tepung gandum tuu..akak punya sukatan 2 kali sukatan yatie.tapi akak dah print resepi yatie ni simpan dlm file dapurkuu hehe macehhh..nak guna akak selak je kesemua resepi yatie dlm tu..

    ReplyDelete
  2. mmg sedap bingka ni. saya dh 2 kali buat. rasa nk buat lagi tp blender plak buat hal..

    ReplyDelete
  3. kegemaran kak ita ni! kak ita suka yg hitam2 keliling tu...! sedap...

    ReplyDelete
  4. Salam Pn Yati..saya buat kuih bingka gandum (org terengganu panggil kuih bakar) takde resipi...hehehe pakai campak je. well sy nak amik la resipi ni..and sy letak sebijik or dua ubi kentang rebus...rasanya lebih enak n lembut. Butter n bijan tu semestinya di letak..agar bau lebih menawan. Tq

    ReplyDelete
  5. As salam Yatie. Dah byk kali buat kuih bakar Pandan tp tk pernah lagi dpt menghasilkan kerak di bhgn bawah dan keliling. Boleh ke diberi tips apa yg Yatie buat utk dpt kerak spt dalam gambar di atas

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmsalam Azie,
      biasanya yatie bakar guna api bawah dulu selama 30 minit, 20 minit api atas bawah dan 5/7 minit api atas sahaja, gunakan rak yg tengah ya..

      Delete
    2. Oven saya tak ada api bawah shj. Semalam bakar 1 jam 20 minit tapi bawah langsung tak ada kerak.

      Delete

Related Posts with Thumbnails