Bahan-Bahan
1 biji kelapa parut (putihnya saja)
3 camca besar gula melaka
3 helai daun limau purut
Garam dan sedikit gula
3 camca besar udang kering rendam 10 minit dan toskan*
10 tangkai cili kering, kerat dan rendam dalam air panas, toskan*
10 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci lengkuas*
3 batang serai, dihiris*
1 1/2 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*
1/2 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga wangi, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa (jika kurang manis, boleh tambah gula pasir sedikit), terus menumis hingga garing.
- Masukkan kelapa parut dan daun limau purut, gaul rata.
- Pada api sederhana, kacau serunding tadi hingga kering dan sedikit berderai (tapi masih lembap).
- Rasa dan jika ok boleh matikan api, terus mengacau hingga serunding menjadi suam. Alihkan ke dalam bekas sesuai. Biarkan sejuk betul2 sebelum ditutup....
0 comments:
Post a Comment