Tuesday, May 11, 2010

Strawberry Sponge Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Hari ini saya nak letak gambar kek yg saya buat untuk anak perempuan saya Seri Izati sempena hari ulangtahun yg ke 14 tahun. Kebetulan hari jadinya sama pula dengan hari ibu, tu yg dia seronok sangat. Saya ni taklah pandai sanggat buat kek yg canggih2...oleh kerana tidak mahu mengecewakan permintaan anak2, saya pun tunjuklah bakat terpendam saya ni. Jom kita tengok resepinya...kek ni mmng sedap, dan boleh di tukar apa2 perisa yg kita suka.



Di tengah kek tu, saya sapu jem strawberry
Bahan-Bahan

* 5 biji telor
* 150 gm gula halus
* 1 sudu besar ovallete
* 80 ml minyak
* 80 ml susu segar
* 1 sudu kecil baking powder*
* 150 gm tepung gandum* di ayak
* 1 sudu kecil perisa strawberry/ vanilla
* sedikit pewarna, jika suka- saya tak letak..

Cara-cara
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi hingga benar2 kembang.
  3. Masukkan susu segar dan minyak berselang seli dengan tepung yg di ayak bersama b.powder.
  4. Masukkan vanilla/perisa strawberry atau pewarna dan gaul sebati guna senduk je.
  5. Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak.
  6. Tuangkan adunan dan bakar selama 35 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah C.
  7. - Saya bahagikan pada 2 bahagian dan bakar berasingan supaya kek kelihatan rata bila masak dan tidak perlu di belah 2.
  8. Bila dah masak keluarkan dari oven dan biarkan lebih kurang 5 minit.. lepas tu terbalikkan di redai kek bagi mengelakkan kek kita kempis.
  9. Kek dimasak mengunakan api bawah dan atas. Biarkan kek benar2 sejuk, barulah di hias ikut selera masing2.
Bahan Buttercream

*4 sudu besar butter
*1 cwn shortening
*2 cwn confectioner powder sugar
*3 sudu besar susu segar
Cara2=>
  1. Campurkan butter, shortening dan powder sugar.
  2. Putar atau pukul sampai sebati dan halus.Dasebati campurkan susu segar dan pkl sebati.
  3. Setelah sebati dan halus, bolehlah sapu pada kek mengikut kreaviti masing2. Selamat Mencuba.....

25 comments:

  1. Salam kak yatie!! aduhhhhh cantek banget ki keknyer! wlaahhhh uenakkk yo.. arep jalok sitik! uuwaaaa..sedapnyer! sapa kata tak pandai pandailah tu kak klu kena kita yg buat mmg abis kita conteng2 hihihi...

    ReplyDelete
  2. dah cukup cantik la tu yatie. gtee sedap punyalah sbb dimasak dgn penuh kasih sayang!! so far, ain beli aje kek slice kat CS utk bday anak2.

    ReplyDelete
  3. ekh CS pulak, SC..(secret recipee).hehe

    ReplyDelete
  4. Ika, wkmsalam, yo kenek waeh..yuk mangan bareng2 yuk...mmng uweenak kek eke...wakakaka...

    ReplyDelete
  5. Ain=> terima kasih Ain, Yatie buat kek ni dngn anak2...berjam2 baru nak siap, maklumlah tangan keras...kat sini tak boleh beli sebarangan kek lah Ain...takut tak halal...

    ReplyDelete
  6. salam yatie. wow...!!! cantik sgt! pandai pun deco...!

    ReplyDelete
  7. salam kak,teror la akak boleh buat kek cantik cam tu, tengok je dah tahu mesti sedap,bahan2 utk kek tu tak byk la, boleh cuba buat ni,

    ReplyDelete
  8. Kak Ita=> wkmsalam kak, thanks...cuba sedaya upaya ni...barulah ada rupa kek...yg seronok tu anak2 menghargainya...hilang penat..

    ReplyDelete
  9. Mas=> wkmsalam, thanks mmng sedap kek ni..mailah rasa sepotong ni...akak suapkan ya..hi3...cubalah mmng senang je...

    ReplyDelete
  10. kak yatie..sangat terpesona dengan strawberi tuh..wah bakat terpendam telah kak yati keluarkan di atas sebijik kek..

    ReplyDelete
  11. Yatie..

    Yat tgk dah cantek dah cake tu..tersusn jer stoberi tu ;)

    ReplyDelete
  12. salam yatie ..

    ting tong ting tong !!! ada sapa kat umah tak? nak minta sigi ke loro ke kek ni ... cantik bangat...

    ReplyDelete
  13. salam yatie....terpesona akak tgok kek tu siap dikelilingi stoberi...eeemmm mesti sedap, balik mesia nanti leh amik tempahan ni...hehe..

    ReplyDelete
  14. salam yatie...mestilah seronok anaknya...bila ibunya sanggup buatkan kek secantik itu...huhu bertuahnya sianak..ibunya pandai buat kek dan deconya sekali...

    ReplyDelete
  15. Salam kak Yatie...
    Cantik kek tu!! pandai akak deko...
    akak guna pewarna jenis apa ye utk colour merah? muak tak rasa BC tu?

    ReplyDelete
  16. sedapnyer kek tu.. siap strawbery lagi tu yg tak tahan.. syoknya dapat mak macam kak yatie.. jue salute la...

    ReplyDelete
  17. Izahdaut=> terpesona ke kek akak tu...tulah bakat terpendam kalau di asah....bolehlah...

    ReplyDelete
  18. Yat Maria=> thanks, ngam2 je yatie susun strawberry tu...yatie pilih buah yg sama besar..

    ReplyDelete
  19. Kak Jalilah=> wkmsalam, boleh kak..mailah yatie tapaukan sekali buat anak2 akak rasa ya..

    ReplyDelete
  20. Kaksu=> wkmsalam, buat mkn sendiri bolehlah kak...nak ambil tempahan tak berani yatie..

    ReplyDelete
  21. Ima=> wkmsalam, mmng anak2 yatie suka dan menghargainya...siap peluk cium entah berapa kali sbb seronok mamanya buatkan kek..

    ReplyDelete
  22. E-na=> wkmsalam, akak rasa tak muak BC ni..mkn dngn buah strawberry lagi sedap,masam2 manis...pewarna merah kat sini mmng terang warnanya...

    ReplyDelete
  23. Mamajue=> mmng sedap kek ni...akak layan anak2 je Jue...lagipun kat sini mmng tak boleh beli kek sebarangan...tu yg akak buat sendiri..

    ReplyDelete
  24. Yatie, sori akak terlepas kapal laut laa..huhuu..Happy Belated Birthday to Seri Izati..wah mama dia wat kek cantik dah tu...xda jual kat kedai camni...sedap dgn buah stoberi melambak tuh..

    ReplyDelete
  25. kak hehe..kalo nak buat kek yam cmana?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails