Friday, October 5, 2012

Butter Cheesecake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni layan cheesecake yg sangat sedap. Saya suka kek ni sbb ianya lembut dan seakan span bila kita pegang. Kalau tekan2 kek tu, siap berbunyi lagi, mmng best. Sebelum ni pernah buat diSINI, tapi caranya lain sikit. Kali ni guna cream cheese gak, tapi caranya berbeza sedikit. Telur putih dan kuning di asingkan dulu, tu yg buat kek ni mcm kek span. Terima kasih pada Chef Norzailina kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Bagi penggemar cheesecake tu, bolehlah mencubanya...mmng sedap sngt.


Kek Mentega Keju 
  • 170 gm mentega 
  • 125 gm krim keju 
  • 250 gm gula kastor 
  • 5 biji kuning telur 
  • 210 gm tepung serbaguna } -guna tpng gandum pun boleh
  • 1½ camca teh serbuk penaik } diayak 
  • 2 camca teh vanila 
  • 5 biji putih telur 
  • 1/8 camca teh garam 
Cara membuat 
  1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya. 
  2. Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis. 
  3. Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati. 
  4. Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah vanila. Ketepikan dulu.
  5. Dalam mangkuk bersih yg lain, pukul putih telur hingga berbuih. 
  6. Masukkan garam, putar lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan tadi. 
  7. Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis. Kaedah kaup balik.
  8. Ratakan adunan ke dalam tin empatsegi 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan di sapu mentega.. 
  9. Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak. 
  10. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin.

27 comments:

  1. Salam kenal,
    lawat blog akak ptg2 ni...sedapnya cheese kek
    www.my-mintroom.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan Rumah...

    Mama datang bawak snow cheesecake, siap dengan Earl Grey tea no sugar. Meh ler kita berkelah. Memandangkan mama yang datang rumah Yatie, jadi Yatie gorenglah mihun sekali, selain dari butter cheesecake yang cun melecun tu ye... ahaks...

    ReplyDelete
  3. WAH NENGOK DRI LUARAN MCM LEMBUT JE KEK 2...terliur la

    ReplyDelete
  4. aduhhhh. resepi mcm mudah...
    ku terliur.. tgn gatai nie

    thanks kak yatie syer resepi

    ReplyDelete
  5. waduhh..nmpak gebuss banget ciskek butter tu yatie..conpemm sodaap x hengat kan..hehe!

    ReplyDelete
  6. aduhhhhh.....cheeseee lagi...
    sabar jerk tengok cis kek yg gebuuuu tu..
    mas baru nak stop beli cheese...
    rasa kena beli juga cheese nanti..

    ReplyDelete
  7. akak teringin sngt tengok butter cheesecake ni dah nampak tu lembut dan pastinya sedappppppppppp

    ReplyDelete
  8. salam yatie..gebunya kek ni.Mai sepotongggggg:)

    ReplyDelete
  9. salam kak yatie,saya pun semenjak 2 @3 hari nie,asyik terbengkalai je nak wt kek cheese nie,lgpun kt esbok tu ada cheese yg x terusik lagi...

    ReplyDelete
  10. Nampak gebu dan sedap sgt butter cheesecake yatie ni.

    ReplyDelete
  11. slm kak Yatie...wah nmpk sgt gebuss gebass kek butter tu...mcm span dh QH tgk...kena sediakan air kt sbelah ni kalau mkn...hihi

    ReplyDelete
  12. Ting tong.... datang pepagi ni nak bekfes kat sini.... kopi o satu noh nak makan dgn ciskek!

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum, mmmm nampak best tu....leh la try nanti....yum3:))

    ReplyDelete
  14. Assalam Yatie.
    Sis mohon cnp resepi pulut serikaya ye.Halalkan sis letak di blog sis.Kalau ada masa jemput la singgah.Terima kasih byk2.

    ReplyDelete
  15. waaaaaaa... gebus betol nmpk kejadian ciskek tu.. blh cuba nie.. :)

    ReplyDelete
  16. hmmm memang sedap nampaknya kek ni.. kalau selang2kan dengan blubery filing dlm kek tu sedap jugak kot kak.. saya ni mmg suke makan kek cheese kalau ada rasa2 bluberry sikit.. boleh buat nanti hubby balik dari outstesen.. hehe

    ReplyDelete
  17. Kak......terliur dah ni......nk buat gak......!!!!! Singgah blog sya....bnyk resepi akk sya try...thanks.....bilaudamenulis.blogspot.com

    ReplyDelete
  18. BAKAR STIM ATAU BAKAR MACAM BIASA? MAAF YER...KITA TANYA..:)

    ReplyDelete
  19. sgt sedap... dh try n menjadi.. sgt gebus.. thanks kak yati

    ~min~

    ReplyDelete
  20. Salam kak, first time tgk kek ni sgt menyelerakan. Terus buat dan walla sedap!

    ReplyDelete
  21. suke2..terima kasih bkongsi resepi akak!hiks

    ReplyDelete
  22. salam kak, nak tanya.. nak tambah 1/3 apa ye?

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian tentang pembuatan kek ini.. sedap sgt2. :) terima kasih sekali lagi.. :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails