Sunday, March 27, 2011

Blueberry Cream Cheese Butter Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Harap anda semua sihat dan ceria sentiasa. Bagi saya alhamdulillah sihat, cuma sejak2 ni mood berblogging merundum sikit. Kalau dah cuti lama sangat berblog ni, mmng lemau je nak mulakan semula. Itulah yg saya alami saat ini. Saya amat berterima kasih pada pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku, kehadiran anda semua amat2 saya hargai. Kalau tak kerana anda semua..mungkin blog ini tak wujud lagi hingga saat ini. Terima kasih sekali lagi, anda semualah penguat dan pembakar semangat saya utk terus aktif berblogging.

Ok, kali ni saya nak kongsikan bersama resepi Blueberry Cream Cheese Butter Cake yg sangat sedap pada kawan2 semua. Kek ni saya buat masa adik2 saya berkunjung kerumah pada hari jumaat aritu. Syukur alhamdulillah, mereka semua suka dan mmng sedap sangat kek ni spt yg di beritahu oleh Kak Jun. Gabungan creamcheese dan blueberry mmng best sangat. Saya akan buat kek ni lagi dan lagi sebab rasanya yg sangat sedap dan tak muak. Kalau tak percaya, anda cubalah sendiri. Terima kasih pada penyumbang resepi. Saya kopipes dari Kak Jun, terima kasih kak kerana rekomen kek yg sangat sedap ni. Jom kita semak resepinya.




Bahan-Bahan
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 150gm buah blueberry (saya guna blueberry filling)
  • 2 1/4 cawan tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum+1 sudu kecil baking powder, diayak)
  • 250gm butter
  • 250gm cream cheese
  • 1/3 cawan susu segar
  • 3 biji telur
Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang (saya guna loyang 8 inci)
  2. Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan cream cheese dan susu, pukul lagi. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.
  4. Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.
  5. Letakkan buah blueberry/ blueberry filling secara dot dot....sesudu sesudu.
  6. Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.
  7. Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.

20 comments:

  1. salam yatie tulakan bila dah kena mood M tu segalanya tak menjadi,cantik kek tu nmpk gebu

    ReplyDelete
  2. kak yatie..
    lama senyap kak?.busy ye ada tamu..
    tak pe asalkan akak ada update dan sihat..
    uishh mmg sedap nmpknya kek ni..banyak kan kek ni dapat?klu buat separuh ok kot?
    cemana akak letak filling tu jadi cam biji2 bluebery lak ek?
    masuk list lah.kena buat ni..hihi

    ReplyDelete
  3. Salam yatie...
    Kalau ganti filling lain pun tentu sedap gak kan...

    ReplyDelete
  4. salam...yg ni mesti try...cheese2 ni mmg sedap n peberet...npk cam sonang je eh..

    ReplyDelete
  5. NAMPAK PUN DAH TAHU SEDAP.....NAK TRY GAK LA..

    ReplyDelete
  6. Assalam kak..wow senyap beberapa hari pastu keluar kek yg kebabomm! sedapnya..mintak sepotong kak...

    ReplyDelete
  7. salam kak yatie. nampak lembut dan gebu je kek ni..sedapnya kak. nak buatlah nanti..

    ReplyDelete
  8. kak yatie, baru berkira2 nak godek kek nih lepas ambik resipi kat rumah kak jun..rupa2nya akak dah buat dulu ya..sedap ya, lglah tak sabar nak buat nih!!!:)

    ReplyDelete
  9. heeeee...yatie..ada lg x? nak sepotong...sedap kan?

    ReplyDelete
  10. Salam pagi Yatie...
    Hmmm nmpk sedap! Ada blueberry filing nih... nak kena cari cheeselah. Mintak izin copy resipi yer :)

    ReplyDelete
  11. Salam kak Yatie..
    Alaaa kira akak ni still rajin lagi ni.. Naz ni lagilah.. Bila dah tak berkesempatan nak update, datanglah penyakit M pulak.. Tu yg kekadang lama sunyi sepi tu :))
    Kek akak tu mesti gebu kan..

    ReplyDelete
  12. salam Yatie..akak pun ada rasanya salin resepi nih..tatau dr blog mana...tp x buat2 pun lgik..hahahhaa...mintak yg Yatie je la...ada lg tak?

    ReplyDelete
  13. salam yatie, nampak mmg sedap kek tu (tgk gambar pun tahu dah!), piring tu pun cantik!

    ReplyDelete
  14. salam... sedapnya, tgk gambar dah terlior. Yang penting copy resipi ... buat tah bila lagi.

    ReplyDelete
  15. Assalam kak yatie, sama la..nieza pun terkena virus M juga kak..rasa mcm malas jer nak update bila dh lama tak bersiaran kan..btw sedap tgk kek akak ni..teringinnya nk rasa tapi baru jer buat kek ni nanti nk cuba jugalah.

    ReplyDelete
  16. Yati..Nampak lembut kek tu...ada cheese..ada blueberyy...tentu yummy

    ReplyDelete
  17. Telur ni guna gredA@B?

    ReplyDelete
  18. salam..sy nak tnye,mcm mne nak pastikan supaya blueberry filling tu x jatuh..tq

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails