Friday, July 12, 2013

Nasi Ayam, Ayam Goreng Madu, Sos Pedas Merah, Sambal Kicap dan Sup Ayam Mudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu berbuka puasa hari ke 2 dlm bln ramadhan. Alhamdulillah dpt sediakan nasi ayam kegemaran keluarga tersayang. Kalau beli, habis berbuka tak boleh nak makan lagi. Bila masak sendiri ni, anak2 dan suami boleh makan bertambah, suka tngk diaorng makan penuh selera. Lagipun dah lama saya tak buat nasi ayam ni. Bila buat juadah berbuka puasa ni, bertambah2 selera semuanya. Resepi mcm sebelum ni...mcm biasa je, kwn2 juga boleh lihat di SINI. Resepi di bawah ni nampak je panjang, tapi mudah je sebenarnya utk menyediakan set nasi ayam mcm ni.



NASI AYAM
  • 4 cawan beras (saya guna beras siam)
  • 5 1/2 cawan air ( air dari rebusan ayam, boleh juga guna 2 kiub ayam dan campur dngn 51/2 cwn air)
  • sedikit garam (kalau dah cukup masin tak perlu tambah garam)
  • 2 sudu besar butter
Bahan tumis
  • 4 ulas bawang putih - di hiris
  • 1 inci halia - di hiris
  • 4 btng serai- di ketuk
  • 3 sudu besar minyak
Cara-cara :
  1. Basuh beras, pastu toskan. Ketepikan.
  2. Masukkan 5 cwn air rebusan ayam ke dlm rice cooker. Masukkan beras dan biarkan sebentar.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan 1/2 cawan air, biarkan mendidih dan masukkan ke dlm rice cooker.
  5. Masukkan butter ke dalam periuk dan masak macam biasa.
  6. Bila nasi dah kering gaulkan guna chopstick sekali sekala dan tutup semula.
  7. Bila nasi dah masak, bolehlah hidangkan bersama ayam goreng madu dan sos cili merah dan hitam.
AYAM GORENG MADU
  • 1 ekor ayam- di potong 4 - selebihnya di cincang utk buat sup
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar sos tomato
Cara-cara :
  1. Rebus ayam bersama air hingga separuh masak dan keluarkan dari sup tersebut.(Air rebusan ayam inilah buat masak nasi ayam tadi)
  2. Perap ayam bersama kicap, sos tiram,sos tomato dan madu selama 1/2 jam
  3. Goreng ayam dlm minyak terendam. Setelah masak angkat dan toskan.
SOS PEDAS MERAH
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili merah
  • 6 biji cili padi merah/hijau
  • 2 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar gula dan sedikit garam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/2 cwn air masak utk blend bhn2
  • secubit garam
Cara-cara
  1. Kisar bawang putih, cili padi dan cili merah.
  2. Masukkan cuka dan sos cili.Gaul sebati.
  3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah di hidangkan bersama ayam.
SAMBAL KICAP
  • 10biji cili padi hijau/merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/4 cwn kicap(secukupnya)
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit sup ayam
Cara-cara
  1. Bakar bawang putih sekejap.Kisar/tumbuk cili padi bersama dengan bawang putih.
  2. Masukkan dlm mangkuk dan letak kicap.
  3. Masukkan pula gula dan garam secukupnya.
  4.  
    SUP AYAM MUDAH

  • Ayam yang telah dipotong kecil2(bahagian yg lebih/tulang ayam)
  • 2 biji kentang= di potong dadu besar
  • 1 btng carrot- di potong kecil
  • Daun sup/daun bawang dan bawang goreng secukupnya
  • 2 ulas bawang putih(hiris)
  • 2 ulas bawang merah(hiris)
  • 1" halia(hiris)
  • Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 1 biji buah pelaga
  • 1 kiub pati ayam
  • Air secukupnya dlm 4 cwn
  • Garam secukup rasa

Cara-cara :
  1. Masukkan rempah tumis, bahan2 hiris ke dlm periuk bersama 4 cwn air.
  2. Masukkan ayam yg di cincang, kentang dan biarkan sehingga masak. Masukkan kiub pati ayam.
  3. Setelah kentang empuk, masukkan carrot dan gaul sebati. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama nasi ayam.
  5. Setelah siap boleh di hidangkan dgn taburan daun sup/bawang dan bawang goreng.

32 comments:

  1. terliur tengok nasi ayam akak.especially ayam madu tu

    ReplyDelete
  2. Panjangnya resepi kak, berpinau mata membaca sebaris demi sebaris, nasi ayam tu gojes sekali kak..sedap punya!

    ReplyDelete
  3. nasi ayam buat sendiri lg sedap dr beli
    kalo beli, nasinya tawar je pun x terasa
    harapkan kaler je kuning

    ReplyDelete
  4. sedapnya nampak kak..resipi mmg panjang hehe..tp sebab nak belajar..baca juga sampai habis..nanti boleh cuba buat..

    ReplyDelete
  5. Oiii...panjang nya Yatie; resepinya....nampak nasi ayam Yatie mengancam, tak sabo nak buat nie....ambil resepi ye Yantie.
    Senang-senang nanti jemput le ke blog kakak ye.....

    ReplyDelete
  6. Assalam yatie selamat berpuasa, kat rumah ni pun akk b uat masa hari pertama, memang licin, suka tgk diorg mkn, sama lah resipinya. Sedap dn simple je nak buat walaupun nampak susah, Suka dgn resipi ni

    ReplyDelete
  7. Wah.. sedapnyer nasi ayam ni.. harus dicuba hujung minggu ni. Thanks kak yatie sudi share resepi. :)

    ReplyDelete
  8. Assalam Yatie cayang...amboii sedapnya menu, akak semlm grg mee mamak jer, pastu buatkan ayam goreng ala KFC gitu, x sempat sgt blk terkejar2 masak. Kuih pun beli jer smlm, lompat tikam...nsb baik sedap..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum..
    sedap nampak nasi ayam.. menu ni ringkas tapi mmg sesuai dan ramai anak2 suka kan.. :D

    ReplyDelete
  10. Yatie, nak oder nasi ayam satu set yer...

    ReplyDelete
  11. assalam sis...
    npk sdap je nsi ayam n..lapar plak dibuatnye..minx izin nak try la ngn copy resepi n boleh? salam prkenalan..sy org baru dlm dunia bolg....jmput lawat ke blog sy yg x sbrapa n ye..:)tq

    ReplyDelete
  12. Salam..maaf menyelit..kalau ada masa boleh lah singgah page saya..

    saya ada menerangkan produk shaklee..tq :-)

    http://pencariketenangandisana.blogspot.com/2013/11/set-kurus-shaklee-yang-meletop.html?m=1

    ReplyDelete
  13. hi, saya dah try buat nasi ayam nie....
    nasi dier biasa je, tapi taste ayam memang sedap...
    sup pun ok la...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum .. Lama dah nak cuba masak sendiri sebab kat kedai macam sedap je.. Thanks yer.. Hehe..

    ReplyDelete
  15. wow....tq sis.....NAIK semangat saya untuk wat NASI AYAM ni........ :)

    ReplyDelete
  16. thank you sis......Memang jadi lah.....

    ReplyDelete
  17. Mmg best nasi ayam nie.. Leh cuba kat rumah plak nie..

    ReplyDelete
  18. Yati ada kat ontario canada ker?yani kat waterloo kitchener?yati area mana?

    ReplyDelete
  19. nyummy...antar kat cni ckit..terliur sudah..hihi..

    ReplyDelete
  20. waa. saya mmg peminat nasi ayam.
    Bole try tengok resepi nasi ayam saya pulak
    sharing is caring
    http://www.chekuseeha.com/nasi-ayam-bonda.htm

    ReplyDelete
  21. Tq Yatie for this tecipe! Nasi ayam saya kali ni rasa sedap, begitu juga ambal merah dan juga sambal kicap

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails