Monday, November 21, 2011

Kuih Keria istimewa sentuhan air tangan my son.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni bf kuih keria je. Uwaaa..kat tajuk tu sentuhan air tangan anak bujang lagi. Saja je nak kongsikan bersama kawan2 semua kuih keria yg anak bujang saya buat. Bila tngk kuih ni terasa sayu je..tapi gembira pun ada sbb hasil air tangannya sendiri. Bila dok merantau ni, kenalah masak sendiri dan cuba pelbagai resepikan.

Sebenarnya buat keria ni malam tadi, saya buat 2 adunan sekali...dapat banyak dlm 45 ketul. Suami dan anak2 mmng suka kuih ni, jadi saya mmng kena buat lebihlah. Takut tak sempat sira kuih dngn gula, kuihnya dah habis mcm sebelum ni. Kali ni nak bagi semua kenyang dan tak takut2 nak makan, saya pun buatlah guna 1kg keledek....semuanya puashati sbb puas makan. Kalau beli asyik terkena yg keras dan liat je sbb banyak tepung....kalau nasib baik dapatlah seperti kuih keria yg di inginkan.

Sebelum ni pernah buat kuih ni, tapi tak pernah n3 lagi sehinggalah anak bujang yg tinggal kat UK cari resepinya kat blog mamaNya tapi tak jumpa2. Alahai kesiannya anak mama, teringin sangatlah tu nak makan kuih keria. Saya pun beritahu melalui talipon je, tak sangka anak saya meneruskan juga niatnya buat kuih keria yg di idamkan. Akhirnya kuih kerianya menjadi dan siap di sira gula. Cuma kat sana cuma ada keledek oren, jadi tak berapa sesuai sbb dah letak lebih tepung pun still lembik...daripada di buang lebih baik di teruskan je projek kerianya tu. Tak kisahlah, yg penting anak saya berani mencuba...lenkali pasti Talhah boleh guna kentang pula atau guna separuh kentang rebus dan separuh lagi keledek oren tu. Saya akak buat percubaan dahululah..bila ok, saya beritahu kat anak saya...ok, tungguuuuuu....

Oklah resepi keria yg sedap ni saya kopipes dari Kak Anim dan Kak Liza adalah tuan punya resepi asal. Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya buat rujukan diri sendiri dan anak2 di luar sana yg baru belajar2 masak. Kalau teringin tu, bolehlah mencubanya.




Inilah kuih keria yang anak bujang saya buat menggunakan keledek oren

Bahan-Bahan
  • 500 gm keledek putih/kuning (bukan yg kaler oren ya)
  • 1 cawan tepung gandum
  • garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Untuk Sira Kuih
  • 1 cawan gula-
  • 1/2 cawan air
Cara-Caranya
  1. Keledek di buang kulit dan di potong kecil.
  2. Masukkan keledek,garam dair secukupnya di dalam periuk.
  3. Rebus hingga lembut.
  4. Toskan airnya dan hancurkan keledek hingga lumat semasa masih panas lagi. Sejukkan dulu.
  5. Gaulkan dengan tepung dan uli menjadi gegelang kecil.
  6. Goreng hingga kuning keemasan.
  7. Angkat dan toskan minyak.
  8. Masak bahan salutan gula hingga mendidih dan pekat.
  9. Tutup api dan masukkan kuih. Gaulkan perlahan sehingga semua kuih bersalut gula.
  10. Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan
**Untuk adunan kuih di atas, saya hanya gunakan separuh je adunan gula utk sira kuih. Maksudnya saya guna 1/2 cwn gula dan 1/4 je air. Masak sampai likat, matikan api dan masukkan kuih dan gaul perlahan sehingga semua kuih bersalut gula. Selamat Mencuba.

34 comments:

  1. Salam Yatie..
    Alahai bila dgr anak nk mkn lagi2 bila berjauhan tak tentu arah dibuat nyer...

    Sib baik menjadi jgk kuih keria walaupun menggunakan keledek oren..cantik plak pandai anak yatie :)

    Kuih keria disini pun ramai yg menyukai nyer..bln pose lah ramai peminat tapi biasa lah kalau beli ada yg liat ada yg kurang rasa..hmmm mmg lama tak buat :P mintak lah sikit hehehe

    ReplyDelete
  2. sy pernah try buat..
    tapi tak jadi!
    hahaha

    ReplyDelete
  3. waahhh
    bentuk keria sgt lawa
    kalau kaloi buat
    memang senget benget jadi nye heheh

    ReplyDelete
  4. Kak Yatie,uii byknyer wat keria kak,1kg keledek,hihi msti puas mkn kak..Yerla kak,kalo yg beli,mmg ltk tepung byk..Rajinnyer ank bujang akak wat keria,msti rindu air tangan mamanya kan..

    ReplyDelete
  5. sedapnya...terus teringin nak makan kuih keria...

    ReplyDelete
  6. salam yatie.. bangga sorang ibu bila tengok hasil tangan anak kan.. anak teruna lak tu :)

    ReplyDelete
  7. bertuahnya ibunya....ada anak bujang yang mandiri di tempat orang...

    ReplyDelete
  8. Assalam Yatie cayang...waaaahhh pandai anak bujang dia wat kuih2 camni...nampaknya anak2 kita ni nak kena duk jauh mcm tu baru tau dia boleh masak ke tak kan...hehehe.. Apapun akak turut gembira tengok anak muda Yatie suka memasak jgk...senanglah nnt teman sebelahnya.,..heheheh

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.. beruntung lah anak bujang pandai berdikari bole buat sendiri kuih keria.. ani pun suka kuih keria.. lama gak tak wat..

    ReplyDelete
  10. salam kak yatie.. ada mewarisi bakat ibu dia ni anak bujang akak tu.. comel2 keria nya.. senang dia nak refer resepi di blog ibunya ye. hihihi.. ita pun suka juga kuih keria.. sedap..:)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum akak yatie cayang..
    anak bujang akak pandai buat kuih keria dah yer... seronok n bangga rasanya bla tgk anak2 nie dah pandai berdikari kan akak..

    ReplyDelete
  12. rajinnya anak bujang yatie masak sendiri..untung lah badan bakal menantu yatie nanti..hehe
    akak suka dgn resepi kak liza ni tau..senang dan mudah kan yatie?

    ReplyDelete
  13. Aslmkum Yati

    betul tu kalau beli kdg2 liat kuih keria ni. buat sendiri dpt byk...puas hati sekeluarga mkn. pandai anak bujang Yati buat kuih....wpun jauh di rantau org, nak mkn boleh buat sendiri...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaykumwbh Kak Yatie..apa khabar? masih ingat Ayu...mmmmm cuti sekolah jln2 ke mana? Meh la dtg terengganu ni...:)

    Waaaaaaaaaaaaah...anak mcm mamanye......like mother like son....errr.....tol tak?

    ReplyDelete
  15. wahh sedapnya keria...lama tak mkn.hebat tul anak teruna akak yer..pandai mskla nanti kalau dia rajin mencuba tu:)

    ReplyDelete
  16. anak yatie dirantau org ye... dah ada anak bujang besar rupanya ye.. rajinnya dia buah kuih.. mesti rindukan air tangan mamanya kan? yelah.. dulu boleh mkn kuih air tangan mamanya.. skrg bila rindu terpaksalah buat sendiri.. tp salutelah walaupun anak bujang tp ada usaha utk cuba buat sendiri..

    p/s: akak baru je update bingka labu resepi yg akak ambik dari blog yatie ni.. dah lama buat sebenarnya.. cuma tak bgtau jer sbb takut yatie tertunggu2 pula bila akak nak update.. hehe.. hari ni baru sempat update. mekasih ye resepi.. mmg bestlah bingka tu walaupun takde telur..

    ReplyDelete
  17. akak..kalau doh lembut susah nak bentuk macam doh anak akak tu..suruh dia lumurkan tangan dgn minyak skit...senang skit nak bentuk...kalau nak tambah tepung sat gi jadik keras kejung kuihnya..hehhehe...saya lama betul tak makan kuih ni..rasa nak guna kentang je...hihihi

    ReplyDelete
  18. @Lelaki Ini
    tq sudi singgah sini...lenkali kena cuba lagi sampai jadi ya dik..

    ReplyDelete
  19. @nurkaloi
    mekaceh ya Nurkaloi, senang je buat kuih ni..bulat2kan je, bila nak goreng baru wat lubang kat tengah2nya..

    ReplyDelete
  20. @Zaliedana
    mmng kali ni puas makan sbb buat banyak, mcm tulah kiranya anak bujang dah rindu masakan maknya...

    ReplyDelete
  21. @Sya
    kalau teringin tu, bolehlah cuba buat...mmng sedap..

    ReplyDelete
  22. @K.Nor
    wkmsalam K.Nor, mmng terharu dan bangga kak..maklumlah air tangan anak bujang...kalau boleh kita nak buatkan utknya...tapi apakan daya..sabar jelahhhhh...

    ReplyDelete
  23. @Amie
    syukur alhamdulillah...kiranya belajar2 masaklah ni anak bujang yatie...

    ReplyDelete
  24. @Ummi
    wkmsalam K.Ummi cayanggggg, betullah kak, bila berjauhan barulah teringin nak buat itu dan ini...tapi takpelah sekurang2nya anak bujang yatie mencuba walau tak secantik mana hasilnya..tapi yatie seronok melihatnya...

    ReplyDelete
  25. @Choco Ani
    wkmsalam, alhamdulillah..gara2 teringin sangat nak makanlah ni anak bujang akak wat sendiri kuih keria ni..seronok melihatnya..

    ReplyDelete
  26. @Juwita Jamaludin
    wkmsalam Ita, mekaceh ya..tulah bila berjauhan barulah terasa nak cuba masak itu dan ini..seronok pulak akak melihat hasil masakkan ank bujang akak..

    ReplyDelete
  27. @Diana @ Melley Mey
    wkmsalam, akak sekadar nak berkongsi kegembiraan dngn kawan2 semua je Diana...seronok melihat hasil air tangan anak bujang akak..walau tak seberapa tapi akak seronok melihatnya...

    ReplyDelete
  28. @anymz
    gara2 dah teringin sangatlah tu yg anak bujang yatie wat kuih keria ni sendiri kak...hehehehe..bab menantu tu lama lagilah....mmng best dan mudahkan resepi ni...

    ReplyDelete
  29. @Mamasya
    wkmsalam mamasya, mmng puashati wat sendiri...anak bujang yatie sekadar belajar2 masak sendiri je...gara2 dah teringin sangatlah ni..

    ReplyDelete
  30. @Ayu Safieza @ Humaira'
    wkmsalam wbt Ayu, mestilah ingat Ayu...mana leh lupaaaa....betullah tu mcm maknya gak..suka masak2 dan makan2...hehehehhe..

    ReplyDelete
  31. @Nieza
    mmng sedap keria resepi K.Liza ni, cubalah Nieza..anak akak belajar masak2 sendiri je Nieza..akak sekadar berkongsi kegembiraan je melihat hasil air tangannya..

    ReplyDelete
  32. @MaDiHaA a.k.a Ratna
    mekaceh kak madihah,bila kat perantauan ni mmng mcm2 nak makan..termasuklah anak bujang yatie..tu yg buat kuih keria sendiri tu...seronok melihat hasilnya...

    ReplyDelete
  33. @quinnie
    mekaceh quinnie, mmng itulah yg akak katakan padanya..tu yg siap gak..tak taulah apa rasanya..takpelah, yg penting berani mencubakan.

    ReplyDelete
  34. Kuih ni mcm donat bentuknya.rsnya blm pernah mkn lagi.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails