Thursday, June 9, 2011

Pucuk Ubi Celur Bersama Kuah Asam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Apa khabar kawan2 semua? Harap semuanya baik2 saja ya. Terima kasih saya ucapkan sbb sudi singgah blog Sinar Kehidupanku walau tuannya takde utk beberapa hari ni. Saya amat2 menghargainya. Sebenarnya saya bercuti ke Langkawi bersama keluarga. Jadi aktiviti memasak terpaksalah di rehatkan buat sementara waktu. Bila dah balik dari bercuti ni, mood memasak merundum kejap...biasalah dah manja makan beli je aritu..so diri ini jadi malaslah pulak. Sebenarnya nak masukkan gambar2 terkini..tapi berpinar mata ni nak memilih gambar2 menarik..so saya n3 masakan yg mudah jelah. Kesian pula bila pengunjung setia singgah blog ni, asyik menu yg sama je iaitu puding tembikai.

Sebenarnya pucuk ubi celur bersama kuah asam ni menu minggu lepas. Masa tu sblm kami sekeluarga berangkat ke Kedah lagi. Dalam sibuk berkemas tu, tak sempat nak n3 menu pucuk ubi celur ni. Jadi hari ni kita tengoklah resepi yg ringkas ni ya. Kuah asam ni biasanya saya buat utk di cicah bersama pucuk ubi celur, jantung pisang celur, kangkung celur dan juga bendi celur. Kalau lauk mcm ni mmng laku...sedap ratah2 gitew je. Ok jom kita semak resepi mudah ni..


Bahan-Bahan
  • 2 ikat pucuk ubi
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Air secukupnya utk celur pucuk ubi
Caranya
  1. Didihkan air dan masukkan sedikit garam dan sedikit minyak.
  2. Celur pucuk ubi sehingga empuk/ masak .
  3. Setelah siap, angkat, buangkan airnya, masukkan air sejuk dan toskan pastu perah.
  4. Bila dah siap potong sikit dan kirai2kan.Siap dan bolehlah di hidangkan bersama kuah asam.
Kuah Asam
  • 4 tangkai cili merah
  • 5 biji cili padi merah/hijau
  • sedikit belacan-di bakar
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar asam jawa
  • 1 cwn air masak- utk di bancuh bersama asam jawa
Cara-Cara
  1. Bakar belacan, angkat dan tumbuk bersama cili merah, cili padi merah dan hijau.
  2. Setelah siap, letak dlm mangkuk dan campurkan bersama sedikit garam dan gula.
  3. Masukkan air masak yg di bancuh bersama asam jawa dan gaul sebati.
  4. Siap dan boleh di makan bersama bendi, pucuk ubi, kangkung dan jantung pisang yg di celur.

3 comments:

  1. salam kak.. adik datang... hihihi akak nak tahu ramai yang datang blog ita kata muka kita sama tau kak.. kita memang dah tahu dari dulu lagikan kak.. hihihihii...sedapnya pucuk ubi .. kat jepun tak de.. huwaaaa

    ReplyDelete
  2. peeh..
    sekali dapur berasap ditayangkan pulak p,.ubi mmg menyelerekan layan nasi panas2...
    kak yatie.. bila nak hantar sepiring?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum akak... selamat kembali berblog akak... ^_^
    menu mcm nie ler yg sedap nie akak..sedaaaappp

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails