Friday, June 10, 2011

Bubur Ayam Garing

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak bubur ayam garing je. Maklumlah sejak balik bercuti ni, selera makan dan memasak kurang pula...lagipun tekak ni perit je, jadi jln penyelamat saya masak bubur nasi ni je. Bubur ni sama je macam bubur nasi yg lain tu, cuma kita makan bersama ayam goreng yg di siat2kan. Kalau nak lebih sedap lagi tu, bolehlah buat sambal ketuk atau sambal gesek. Saya buat juga sambal ketuk utk menambahkan selera lagi. Resepi bubur ni saya copy dari majalah jelita keluaran bln Jun 2011.Kalau tak silap resepi adalah sumbangan dari Chef Hanieliza. Terima kasih pada K.Liza kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Jom kita semak bhn2 yg di perlukan...kalau teringin tu, bolehlah mencubanya..



Bahan-bahan
  • 2 cwn beras
  • 1 kiub pati ayam
  • 5 cm halia, dihiris
  • 3 bj bwg merah, dihiris
  • 1 biji kentang, kupas dan potong dadu
  • Garam secukup rasa
  • 10 cwn air atau lebih (saya guna 5 cwn air utk masak bubur, bila dah kering saya tambah lagi 5 cwn...saya masak guna rice cooker je..)
  • 1 keping dada ayam (saya guna 2 keping dada ayam)
  • 1 camca besar serbuk rempah kari
  • Minyak masak untuk menggoreng
Bahan hiasan
  • Sedikit daun sup, dihiris
  • sedikit bawang goreng
  • 1 tangakai lada merah, ptng serong
Cara membuatnya
  1. Campur beras bersama kiub pati ayam, halia, bawang merah, garam dan air di dalam periuk.Masukkan sekali kentang yg di potong dadu.
  2. Masak sehingga beras hancur dan kembang.
  3. Sementara itu, lumur serbuk rempah kari dan garam pada ayam.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Angkat dan biarkan sejuk sedikit.
  5. Siat-siat isi ayam goreng dan ketepikan.
  6. Hidang bubur bersama ayam goreng yang sudah disiat dan renjis sedikit minyak gorengan ayam pada bubur untuk menambah perisa.
  7. Tabur hirisan daun sup, bawang goreng dan lada merah yg di potong serong.
  8. Siap utk dihidang. Lebih sedap bila di makan bersama sambal ketuk atau sambal gesek.

8 comments:

  1. Salam kak yatie! kita dtg awal niii nak tumpang makan bubur :D jgn kata akak malas kita ni yg kejanyer duk umah lagi malas! hihihi... sedapnyer bubur kak! kalaulah ada sambal getuk alahaiiiiii bertambah tambah! sbb tu lah kita tak suke mkn makanan mcm ni semakin gemuk diabuatnyer :D

    ReplyDelete
  2. Salam kak... Sedapnya mkn bubur2 gini sekali sekala.. Miga cpt sihat kak

    ReplyDelete
  3. nak bubur semangkuk! sedap ni layan bubur.. tambah lagi ada sambal ketuk.. best :)

    ReplyDelete
  4. lama tak makan bubur. bila tengok bubur ni terliur la pulak ..

    ReplyDelete
  5. garing tu sebab ayam tu digoreng tu ye kak..
    kak yatieee ole olenya mana? hehe..
    seronok anak2 bercuti ngan mak bapaknya kan.
    orait kak, hope akak baik2 je.jangan demam2 sudahhh...nanti dapur tu dah rindu ngan akak tu

    ReplyDelete
  6. mmm sesekali pekena bubur sedap gugak tu kak...join semangkuk he he he

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Yatie, sedap je nampak bubur ni. Kalau dimakan dgn sup pun boleh juga kan. Sekali sekala makan yg simple mcm ni pun boleh berselera, especially kalau tgh demam.

    ReplyDelete
  8. sedappnya bubur ayam tu kak yatie....
    dah macam bubur ayam md dah...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails