Wednesday, June 15, 2011

Asam Pedas Batang Keladi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Dah lama tak makan sayur batang keladi Kali ni saya masak batang keladi asam pedas. Lauk ni simple je menyediakannya tapi sedap sangat. Kena pula keladi minyak atau keladi kuning, waduhhh mmng sedap sangat, keladinya lembut je. Saya kalau masak batang keladi mmng suka letak keladinya lebih, kadang tu bila dah siap makan pun, saya ambil keladinya je utk di ratah2 gitew je. Kalau masak btng keladi ni mmng best, tapi bab menyiangnya tu yg lemah sikit, ada sedikit mood kemalasan di situ..hehehehe...tapi bila bab makan, haiiii tak malas pulak...malahan menyelerakan tu adalah. Oklah jom kita lihat bahan2 yg di perlukan utk masak batang keladi ni.


Bahan Bahan
  • 2 ikat batang keladi dan buahnya
  • 1/2 cwn air asam jawa
  • 3 tangkai daun kesum
  • garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
  • Air secukupnya
Bahan Di kisar
  • 1/2 cwn ikan bilis, cuci dan toskan
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • sedikit belacan
  • 1 cwn cili kisar
  • sedikit belacan
  • 1/2 inci kunyit hidup
Cara- Caranya.
  1. Keladi dan batang keladi di bersihkan, cuci dan toskan. Rebus hingga empuk.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan air asam jawa dan masukkan pula batang keladi yg di rebus tadi.
  4. Masukkan air secukupnya, bergantung nak masak pekat atau cair. Biarkan hingga mendidih.
  5. Masukkan daun kesum, garam dan gula.
  6. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa bolehlah matikan api dan hidangkan.

11 comments:

  1. Salam yatie..umah MIL byk tanam keladi.aritu dia suh ambik.TP MIL atie btg keladi dia xmkn cuma ubinya jer dia mkn!tue pasai dia pelik bila atie nk ambik btg keladi buat msk2.Ya la ,MIL atie bkn org melayu..citarasa berlainan..

    ReplyDelete
  2. akakk....sedappnya asam pedas keladi tu....
    mas suka...
    selalu mak buatkan bila mas balik kampung...

    ReplyDelete
  3. Yatie...menu fav kak cek ni...sedapnya...kechur pulak kak cek tgk...nak mintak semangkuk...wah! semangkuk ke....he he mangkuk kecik je...boleh ek Yatie...:)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya.. nasib la dah dapat makan waktu cuti sek yg lepas..

    ReplyDelete
  5. aduyaiii sblm msk tido smpt jengah tngok asam pds btg keladi, tln ayaq lioq sedas gluppp...!!! jadilah yatie hehe

    ReplyDelete
  6. Yati..

    Keladi masak mcm tu mmg sedap dan menyelerakan
    kena lak gengkan dgn ikan masin je pon dah cukup..

    ReplyDelete
  7. as-salam kak
    something new asam pedas batang keladi tu..mesti sedap ni..

    ReplyDelete
  8. Salam Yatie..
    waduh-waduh.. kecur air liur tengok lauk batang keladi ni tauu.. memang suka betul btg keladi masak asam gini.. selalunya kalau masak nak kena lebih sebab lepas masak mesti nak ratah2 dulu semangkuk dua.. hihi... tp mcm Yatie ckp bab nak menyiang tu yg malas kan.. nnt tangan melekat getahnya tu & kdg2 ada rasa gatal2 sikit.. hehe..

    hari ni akak update sayur lambuk.. rupanya seakan2 keladi jugak.. tapi rasa & sifatnya berbeza dari keladi.. lambuk ni boleh dibuat ulam mentah! jomlah tengok.. sekadar berkongsi idea..

    ReplyDelete
  9. yatie...lauk fav kak nooor ni.Tak payah lauk lain...goreng ikan kering pun dh cukup..

    ReplyDelete
  10. sedapnya menu akak...tumpang lunch sini boleh?hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails