Sunday, June 19, 2011

Sambal Lonte

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak ringkas je. Saya masak ikan goreng, sayur bening bayam, ikan masin dan makan bersama sambal lonte. Sambal ni macam sambal belacan sebenarnya cuma bahan2 utk sambal lonte ni di goreng terlebih dahulu. Resepi sambal lonte ni saya ambil dari buku resepi Senangnya Memasak Sambal dan Sos dari Chef Hanieliza. Terima kasih kak berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Jom kita tngk bhn2nya.



Bahan-Bahan

  • 3 biji cili hijau
  • 3 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 3 biji bawang merah
  • 1 sudu makan belacan
  • 3 biji limau kasturi (dibelah dua)
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Garam dan sedikit gula
Cara membuat
  1. Cili dipotong kecil, bwng di belah 2 dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan gorengkan semua cili, belacan dan bawang merah sehingga layu.
  3. Gunakan api sederhana dan tutup kuali semasa menggoreng bahan2 tersebut.
  4. Masukkan bahan gorengan dan garam ke dalam lesung dan tumbukkan sehingga lumat.
  5. Masukkan ke dalam mangkuk dan perahkan limau kasturi.
  6. Sedia dihidangkan.

10 comments:

  1. kak ilah selalu buat sambal mcm ni sejak kak ipar ajarkan.. mmg sedap... nmpk resepi kita hampir sama hari nii yatiee.. sayur bayam goreng cendawan butang segar.. ikan gelama masin dan masak pindang ikan kembung tambah 2 kali heheh nak jaga kolestrol taku tberat pula naik hehe

    ReplyDelete
  2. wah sedap ni kak.. kalau makan nasi dengan sambal ni hilang diet saya kak sebab makan berpinggan2 hihihihi.. senang je leh la buat nanti

    ReplyDelete
  3. sedap sambal ni,sy selalu wat gn rcp hana..methode sama jugak kn goreng dulu..pekena ngan ikan goreng perg sodap

    ReplyDelete
  4. x penah cuba sambal cam gini..sedap makan dengan apa ye kak?ngan ulam2 ngam la agaknye ye...

    ReplyDelete
  5. salam..kalau tak silap, ni gambal belacan ala johor atau ala jawa. Memang sedap dan tahan lama.

    ReplyDelete
  6. Kak Yatie,
    Ni dah macam sambal kat warong ayam penyet jer ni.. Ishh best kalau buat pedas2.. Nanti lepas makan, berlari2 anak ke tandas..heheheee..

    ReplyDelete
  7. emmmm sedapnya kalau makan dengan nasi panas kan. dah lama x makan sayur bening. arwah ayah suka makan sayur bening daun asin2.

    ReplyDelete
  8. Saya selalu buat sambal ni masa anak dara dulu kt kg..mmg sedap lawan dgn sayur bening dgn ikan kering..

    ReplyDelete
  9. Saya suka makan sambal ni dengan bubur nasi. Memang sedap!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails