Bahan- Bahan.(loyang 9")
- 2 1/2 cwn tepung beras
- 1 1/2 cwn tepung ubi
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil air kapur
- 4 cwn santan sederhana pekat (saya guna santan kotak kara 200ml....saya guna 2 kotak tambahkan air selebihnya)
- pewarna hijau dan merah
- cincau secukupnya- di potong kecil
- 1 1/2 cwn gula pasir
- 1 cwn air
- 3 helai daun pandan
- Masakkan bahan untuk sirap hingga gula cair dan sedikit didih. Biarkan seketika hingga suam. Masukkan santan dan garam, kacau rata.
- Satukan ke semua tepung, garam dan air kapur. Masukkan campuran sirap dan santan, kacau rata dan tapis. Saya sukat adunan tu dan dapat dlm 7 cwn kesemuanya.
- Bahagi kepada 3 bahagian:
- Lapisan Bawah : ambil dlm 1 1/2 cwn dan letak pewarna hijau
- Lapisan Tengah: ambil dlm 1 1/2 cwn dan biarkan warna asal/putih.
- Lapisan Atas : ambil 4 cwn dan letak pewarna merah, bahagikan pada 3 bahagian pula. Ambil 1 1/2 cwn utk merah pertama, 1 1/2 cwn utk lapisan merah kedua dan 1 cwn utk lapisan merah terakhir)
- Panaskan pengukus. Saya guna loyang 9 inci. Alaskan plastik di permukaan loyang dan sapukan sedikit minyak di sekelilingnya.
- Tuang adunan hijau sebagai lapisan bawah kedalam loyang. Kukus selama 5-7 minit/hingga masak dengan api sederhana kuat.
- Setelah masak,baru lapiskan dengan lapisan tengah/warna putih dan kukus lagi selama 5-7 minit.
- Selepas tu lapiskan 1 1/2 cwn lapisan merah dan taburkan sedikit cincau di atasnya. Kukus lagi selama 7 minit.
- Setelah masak lapiskan 1 1/2 cwn lagi warna merah dan taburkan sedikit cincau. Kukus lagi selama 7 minit.
- Akhir sekali lapiskan dngn lapisan merah 1 cwn dan kukus selama 20 minit dngn menggunakan api sederhana.(jumlah warna merah kesemuanya 4 cwn)
- Setelah masak, buka penutup tapi jngn matikan api dan biarkan lagi kukus selama 10 minit. Setelah siap, matikan api dan angkat.
- Biarkan sehingga betul2 sejuk barulah di potong.
Salam kak yatieeee!!!!! salam pagiiiiii!!!! akak sihat??? kita baru nak jalan2 ni kak, enjin masih suam2 kuku lagi hihihi... kuih tu kalau akak tak kopek layer dia tu mmg tak perasan mcm kuih lapis :D cantek!!! masuk list sbb kita suke kuih2 gini :D
ReplyDeleteAs'salam Yatie
ReplyDeletealahai..kak ct kalau masuk sini suka betul. macam nak belajar dengan yatie jer melapis2 ni. suka sangat hasil dr tangan yatie ni. nampak cantik jer. meh tukar dgn lompang eh :D
kak yatie....
ReplyDeletecantikk la kuih lapis tembikai tu..
kretifff....
yatieee..adee jer yg buat akak musss tergodaaaa....simpan lagi resepiii .t.k.
ReplyDeleteaik.boleh selak selak lagi tu...
ReplyDeleteooo saya tau canner rasa dia... rasa dia kenyal2 sikit kan.goyang2 gitu sebab tak de guna gandum pun kan.. best best.. dah la lawo..kak yatie bagi skill skit kat sana nak melapis kak yatie. hehe
ReplyDeletehamboii siapmain cak ba cak ba eh...hehe
ReplyDeleteasslam yatie...tergoda ima tengok kuih2 lapis yatie buat semuanya cantik dan sedap...terutama yang terbaru ni...nak simpan resepi lah...kut2 terrajin nak buat...hihihi
ReplyDeletesedapnya nampak kak.. comel2.. suka tengok kuih2 gini.. nak makan pun berselera
ReplyDeletekak yatie ni memang ratu talam laa...memang cantik kejadiannya..eina ni kerastangan sikit..msti x cantik kalau wat talam..hehehe
ReplyDeleteamboi... merahnya mak ngah... kalah tembikai betul nih... nak try buat jugak la
ReplyDeleteSalam yatie.Cantiknya kueh lapis.Macam-macam pesen ya,kreatif sungguh.Ada lagi ke???
ReplyDeletemorning kak yatie..
ReplyDeletecantiknya kuih lapis tembikai akak... tun kurang kesabaran sket bab melapis2 nih.. hehe
kuih lapis tembikai la plak...mcm2 kak yati ni buat :) semua sedap2. akak, tepung hoen kwe leh buat masak apa lagi ek?
ReplyDeleteYatie...Kak noor ingatkan ada puding tembikai je...kuih lapis pun ada juga ya...boleh selak2 lagi...mesti cuba ni..tapi tak tau bila...
ReplyDeleteKak Yatie..
ReplyDeleteKuih lapis tembikai lai.. ari tu punya puding tembikai pun Naz tak terbuat lagi..Ni dah kuar kuih lapis tembikai lak..
as-salam kak
ReplyDeletenampak sedap lapis tembikai tu..rajin kak melapis..
@ijayuji
ReplyDeletewkmsalam, mmng sedap kuih ni....cubalah...
@CT Delima
ReplyDeletewkmsalam, alahai buat mcm kuih lapis biasa je kak...mudah je..uwaaa sedap tu kuih lompang..kegemaranku.tq K.CT.
@Mas
ReplyDeletemekaceh Mas, kalau teringin tu bolehlah cuba..sedap kuih ni.
@ilahjy
ReplyDeleteselera kita kan sama kak...mehlah melapis kak....sedap kuih ni...
@izahdaut
ReplyDeletedah betullah tu teka..rasanya kenyal2 manje dan lemak manis..skill melapis tu mcm biasa je...cubalah Izah, mmng menarik dan sedap kuih ni..
@sasha rahmat
ReplyDeletehah3...tu dia kuih lapis main cakkkk baaaa..caakkk baaaa.....ekekekkeke..
@ima
ReplyDeletewkmsalam, tq Ima...yatie mmng suka wat kuih lapis sbb menarik kalernya....sedap pulak tu...bila teringin tu bolehlah cuba...
@Juwita Jamaludin
ReplyDeletealalallalala adik akak dtng...nah akak bagi sepiring..kalau nak lagi buat sendiri ya...pastu bagi akak rasa plk...adilkan.....kih3..
@eina
ReplyDeleteuishhhh mana ada ratunya tu..sekadar minat membuat kuih2 mcm ni jek....kuih ni mcm wat kuih lapis gak...cubalah, sedap tawww..
@Sue
ReplyDeletehah3..terlebih warnalah pulak..tapi menarik bila terang mcm ni...sesekali apa salahnya kan..
@Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek
ReplyDeletewkmsalam, tq singgah sini...kuihnya dah abeslah...kalau teringin tu bolehlah cuba..sedap tau..
@tun_telani
ReplyDeletewkmsalam, tq Tun, akak mmng minat wat kuih2 mcm ni...sesekali tu, bolehlah cuba melapis Tun...sekejap je dah siap...
@Hanimsesuatu yg baru bila buat kuih lapis mcm ni..cubalah..tpng hoen kwe biasanya leh buat puding..cari je resepi2 puding tu...
ReplyDelete@noorsafone
ReplyDeletemenarik kak kuih lapis tembikai ni..cubalah, sedap pulak tu..
@Naz
ReplyDeleteowww kalau mcm tu Naz kena buat dua2 sekalilah..puding tembikai dngn kuih lapis tembikai..mmng sedap kedua2nya..
@ady
ReplyDeletewkmsalam, mmng sedap kuih ni...cubalah, akak mmng minat wat kuih2 mcm ni...
to Nazrah Bakery,
ReplyDeletehah3..siap selak2 ya...main caakkk baaa lagi kuih ni...cubalah, sedap tau..
wow cantiknya!...kuih lapis versi tembikai yg menarik..saya pun suka buat kuih melayu gak kak. nk jadi anak murid akakla.simpan resepi dulu yer...hehe
ReplyDeletewaduuhh..pjgnnya komen..ni tak tahan tgk..merah menyala tembikai..mahal rega nya tu..hehe.
ReplyDeletekak..nak tanya air kapur tu kita bancuh kapur pekat2 ke cair2 gitu?
cantik kak!!! e-na mmg failed la bab2 kuih kukus ni...k.yatie guna tpg beras brand apa ye
ReplyDeleteAssalamualaikum akak..
ReplyDeletewow! cantik n menarik kuih lapis tu akak.. mula2 tgk ingatkan puding tembikai lg tadi.. bila baca terus terpegun ngan hasilnya.. kreatif sungguh akak ku sorg nie... cantik!!!!
Salam Kak Yatie... sy mmg penggemar kuih2 talam ni... selalu jgk jenguk2 dapur kak Yatie n cuba resepi kat sini... mmg semua sdap2 blaka...drp minat terus bt bisness kuih ni bila ramai kwn2 nk order. Jd sy minta izin gna resepi2 Kak Yatie bt bisness, boleh ke?
ReplyDelete