bahan-bahan: loyang 9 atau 10 inci
- 250 g tepung gandum (diayak)
- 7 biji telur A pd suhu bilik (diasingkan putih dan kuningnya)
- 250 g gula halus (dibahagi dua)
- 2-3 sb susu pekat manis
- 300 g mentega (pada suhu bilik)
- 260 g krim keju (pada suhu bilik)
- 260 ml krim putar / whip cream
- sedikit pandan emulco/pes pandan
- sedikit coklat emulco / pes coklat/ cofee emulco (DJ guna 1 sb serbuk koko + 1 sk cofee emulco)
- sedikit esen vanilla
- Panaskan kukusan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega.
- Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan 1/2 daripada gula halus sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk pengadun yang lain, pukul mentega, keju dan susu pekat hingga gebu. Kemudian masukkan lebihan gula tadi dan putar lagi hingga sebati.
- Masukkan kuning telur satu persatu sambil diputar perlahan.
- Kemudian, satukan adunan dengan meringue tadi dan sebatikan.
- Masukkan krim putar dan tepung secara berselang seli hingga habis. Putar lagi hingga rata.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Setiap bahagian dicampurkan dengan pes pandan, pes coklat/coklat emulco+coffee emulco, dan pewarna kuning+esen vanilla (boleh juga menggunakan pewarna/pes yang lain mengikut kegemaran masing-masing). Kemudian setiap adunan tadi dibahagikan lagi menjadi dua bahagian.
- Tuangkan lapisan hijau ke dalam loyang dan ratakan. Tutup loyang dengan kertas foil tetapi biarkan ia longgar sedikit. Kemudian kukuslah selama 10 minit atau hingga adunan dah tak cair.
- Tuangkan lapisan kedua (kuning), dan kukus lagi selama 10-12 minit. Seterusnya lapisan ketiga. Ulangi proses hingga habis. Setelah ke lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-30 minit atau sehingga kek masak sempurna.
- Setelah masak, sejukkan kek sebelum dikeluarkan daripada loyang.
wah!yatie pulak mengecis ya..akak buat ciskek semalam...fuh..tak rela betul ternak lemak dlm badan ni kan?..
ReplyDeleteYatie cayang, mintak 5 potong nak buat minum petang nanti...cantik nampak lapisannya...adeeii bila akak nak buat ni...wiken pun macam2 hal..
ReplyDeleteAssalam kak yatie,akak kalo bab melapis mmg pakar,mmg xdi sangkal lagi kehebatan..Cantik ajer lapisannya..Nmpk pon moist aje kak..
ReplyDeleteYatieeeeeeeeeee....... kali ni mmg ita pengsan terus... adoiiiii... tercungap cungap dah ni... cantiknya...
ReplyDeletetak berkelip mata memandang.. adoiii... tak nak balik lah nak duduk aje kat dapur yatie... nii
Wah kak yatire cantiknya kombinasi warnanya tu.. Sedap tu ada chese. Hamka mesti suke sebab ada warne feberet dia kan. Heheh
ReplyDeleteTengok je dh sedap lom rasa lg...:)
ReplyDeleteAs'salam Yatie
ReplyDeletefirst time tengok ingat yatie buat kuih talam lapis tau. bila dah baca memang suka sangat2 kek rupanya... hihihi. cantik betul, alahai.. rajinnnya yatie ni. kalau buat 1 adunan banyak tak ni yatie :D
cantik wana lapisnya...tapi somi saya suke kek cheese yg plain je, xsuke yg wana-wani....
ReplyDeletemmg sedap.. tengok resepinya pun dah tau.. welldone Yatie
ReplyDeleteKak Yatie,
ReplyDeletecanteekknya kek lapis akak...mmg kompem sedap nih...nanti nak cuba jgk laa..izin sy kopipes resepi nanti yer ~ err..bila la buat tuu..wallahua`lam...heheh
amboi kak..sedapnyer kek? mintak sepotong...
ReplyDeletewahhh bab melapis ni yg takut nk cuba ni..tapi akak punya lapisan tu cun ler..sedapnya tgk kek tu teringin lak nk buat tapi tunggu angin rajin dulula ..:)
ReplyDeletekalau kita, mesti tertidur masa tengah melapis
ReplyDeleteSalam kak! bz sikit 2 3 hari nii :D sedap nmpk kek akak tu! suke tgk tekstur dia mesti lembap gituuu, masuk list lah mcm nk buat jerr sbb ada lapis2 suke kita kalau ada lapis2 ni hihihi
ReplyDeletewahhhh....awesome!!!
ReplyDeleteaslmkum yatie.. terasa2 keenakkannya...
ReplyDeletesalam kak sedapnya nampak kak.. tambah warnanya cantik.. tapi bayknya telur dia.. tu yang tak sanggup buat tu
ReplyDeleteAs'kum Yatie. sdp mata mmandang & yg psti sdp tekak menikmatinya.
ReplyDeleteAssalam Yatie....
ReplyDeleteMelapis lagi ye, HA cntik kek tu...kalau dh cntik terasa selera SEDAP tu dh ada...Ehm nnti akak buat insyaallah...
perhh...cantikknya kek lapis tu...
ReplyDeleteberseri2.....
aslmkum yatie.. sedapnya.. tgok bahan2nya pun dah sedappp.. apatah kek nya..
ReplyDeleteAkak...
ReplyDeletesedaaap n cantiknya kek kukus keju lapis tu akak... warnanya pun menarik...
terima kasih kerana follow blog saya.
ReplyDeletesaya cukup suka kek yg ada keju.
hai...
ReplyDeletelau sudu besar tu guna sudu makan ke??
saya suka keju,
ReplyDeletecantik mata memandang..akan cuba one of these days
ReplyDeletecantik and looks tasty, will try one day, ty sis yatie for sharing.
ReplyDeleteSaya dah try mmg sedap..thanks atas perkongsian http://ainsamadi.blogspot.com/2013/05/kek-kelapa-seri-rampai.html
ReplyDeleteWahhh..bestnye...mesti cuba nie..
ReplyDelete