Thursday, May 31, 2012

Puding Lapis Jelly

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni layan puding pula. Pada yg berpuasa sunat tu, selamat berpuasa dan berbuka...Biasanya kalau puasa mesti ada dessert atau pengat bagi menyejukkan tekak yg seharian berpuasa. Bagi kita sebagai ibu, hanya menyediakan juadah dngn hati yg senang. Moga setiap amal ibadah kita di terima yg maha Esa.

Terima kasih pada K.Liza kerana berkongsi resepi juga buat Kak Jun kerana mewar2kan resepi yg mudah dan sedap ni. Kali ni Yatie buat ikut kesesuaian sendiri. Biasanya saya suka puding yg lembut dan lembik sikit. Sebelum ni dah pernah buat ikut resepi asal tapi keras sedikit adunan puding tu, jadi saya tambah dan kurangkan apa yg perlu. Harap tuan punya resepi asal tak marah ya. Jom semak resepinya.




Bahan-bahan

  • 1 cwn susu cair-Yatie guna 1 tin susu cair dlm 400ml
  • 1 cwn jagung krim
  • 1 cwn gula
  • 1 cwn tepung kastad
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 5 cwn air
  • @ 1 kotak instant jelly perisa rasberry/strawberry/limau
  • @fruit cocktail-toskan airnya

Cara-cara

  1. Masak 6 bahan pertama hingga mendidih dan pekat. Masukkan kedalam bekas yg disukai.
  2. Masak instant jelly mengikut cara pada kotak dan masukkan keatas lapisan puding.
  3. Hias dengan fruit cocktai. Sejukkan.

***Yatie guna bahan di bawah utk adunan puding dan tak letak jagung krim sbb tak berapa gemar bila makan bersama jelly.Terpulang pada selera masing2 ya.

Bahan2 Utk Puding

  • 1 cwn tepung kastard
  • 4 cwn air
  • 1 cwn susu cair
  • 1/2 cwn gula
Cara-Cara
  1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.
  3. Biarkan sejuk sebentar dan tuangkan adunan jelly diatas permukaan puding dan taburkan fruit cocktail yg telah ditoskan tadi.

Wednesday, May 30, 2012

Rendang Hijau Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak Rendang Hijau Ayam dan makan bersama nasi impit. Sedap betul makan ulang2. Lama dah teringin nak masak mcm ni, baru hari ni berkesempatan nak cuba dan rasa. Resepi ni seakan2 sama je dngn resepi rendang yg lain, tapi tak salahkan kita mencuba sesuatu yg baru. Resepi kali ni saya kopipes dari Sajian Ibu Manja dan menurutnya, dia dapat resepi ni dari majalah rasa julai 2007...wow lama tu. Resepi ni mudah je dan semestinya sedap. Pada penggemar rendang tu, bolehlah cuba resepi ni.



Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam, dipotong 12 bahagian
  • 250 ml santan
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus-Yatie tambah
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
  • sedikit air jika perlu
Bahan Kisar
  • 4 batang serai-hiris halus
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 30 biji cili padi hijau
  • 4 tangkai cili hijau-Yatie tambah
  • 10 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar-Yatie tambah
  • 5 ulas bawang putih
Cara Memasaknya
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga garing.
  2. Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga rata.Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula dan garam secukup rasa.
  3. Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
  4. Bila cukup kering, bolehlah diangkat.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, May 29, 2012

Kek Kukus Keju Lapis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Moga hari2 yg ceria buat teman2 yg di sayangi. Petang ni saya nak kongsikan bersama resepi kek kukus keju lapis yg saya buat hari ahad lepas. Masa tu kakak dan makcik saya nak datang rumah, so fikir punya fikir...buatlah kek kukus ni. Disamping tu adalah menu sampingan yg lain. Sebelum ni pernah buat diSINI, mmng sedap sangat. Kali ni nak cepat cuma guna 2 perisa dan pewarna je. Pada kawan2 yg belum cuba tu, bolehlah cuba resepi ni, mmng sedap. Terima kasih pada Dayang Jack kerana berkongsi resepi ni. Izinkan Yatie kongsikan sekali lagi resepinya disini ya. Kali ni Yatie guna ikut sukatan butter, whip krim dan krim keju yg sedia ada, so mudah kerja. Pada kawan2 yg nak mencuba tu, bolehlah guna resepi asal atau sebaliknya ya. Kedua2nya saya dah cuba, mmng tak banyak beza...yg penting menjadi dan semestinya sedap sangat...moist je kek ni.





bahan-bahan: loyang 9 atau 10 inci
  • 250 g tepung gandum (diayak)
  • 7 biji telur A pd suhu bilik (diasingkan putih dan kuningnya)
  • 250 g gula halus (dibahagi dua)
  • 2-3 sb susu pekat manis
  • 300 g mentega (pada suhu bilik)-Yatie guna 250 gm je
  • 260 g krim keju (pada suhu bilik)-Yatie guna 250 gm
  • 260 ml krim putar / whip cream- Yatie guna 200 ml
  • sedikit pandan emulco/pes pandan
  • sedikit esen vanilla
Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega.
  2. Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan 1/2 daripada gula halus sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk pengadun yang lain, pukul mentega, keju dan susu pekat hingga gebu. Kemudian masukkan lebihan gula tadi dan putar lagi hingga sebati.
  4. Masukkan kuning telur satu persatu sambil diputar perlahan.
  5. Kemudian, satukan adunan dengan meringue tadi dan sebatikan.
  6. Masukkan krim putar dan tepung secara berselang seli hingga habis. Putar lagi hingga rata.
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Setiap bahagian dicampurkan dengan pes pandan, p dan pewarna kuning+esen vanilla (boleh juga menggunakan pewarna/pes yang lain mengikut kegemaran masing-masing). Kemudian setiap adunan tadi dibahagikan lagi menjadi 3 bahagian.
  8. Tuangkan lapisan hijau ke dalam loyang dan ratakan. Tutup loyang dengan kertas foil tetapi biarkan ia longgar sedikit. Kemudian kukuslah selama 10 minit atau hingga adunan dah tak cair.
  9. Tuangkan lapisan kedua (kuning), dan kukus lagi selama 10-12 minit. Ulangi proses hingga habis. Setelah ke lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-30 minit atau sehingga kek masak sempurna.
  10. Setelah masak, sejukkan kek sebelum dikeluarkan daripada loyang.

**Utk adunan diatas Yatie gunakan 1 3/4 cwn tepung je sbb guna butter, krim keju dan whip krim yg asal.

Monday, May 28, 2012

Asam Rebus Batang Keladi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni teringin sangat nak makan sayur batang keladi masak asam. Kebetulan pagi semalam suami pergi pasar tani, adalah di belinya batang keladi, pucuk ubi, nangka muda dan pucuk paku. Alangkah gembiranya hati ni sebab lama tak makan sayur2 macam ni. Biasanya sayur2 moden je. Hari ni saya dan suamilah yg paling berselera sebab dapat makan sayur batang keladi ni, kena pulak di masak asam....fuhhh mmng best betul. Sedap hirup kuahnya, masa makan tu jangan sambil bercakappppp...faham2 jelahhhh takut tersedak masa hirup kuahnya...maunya tersembur...kalau itu yg berlaku...adoyaiiiiii....hilanglah selera dibuatnya.

Kalau ikutkan hati malas nak masak batang keladi ni. Bukannya apa, cuma malas nak menyiangnya...takut gatal sana sini..he3..Kalau makan tu, tak malaslah pulak, makin berselera tu adalah. Maklumlah bukan selalu masak lauk2 mcm ni. Kali ni masa siang keladi tu, saya bungkus kedua2 tangan dngn plastik, pastu jngn bercakap masa menyiangnya...itu salah satu petua gak supaya tak gatal keladinya. Alhamdulillah mmng tak gatal dan sedap sangat batang keladi ni. Berbaloi rasanya. Hari ni terpaksalah masakan sayur lain utk Hamka sebab dia tak tau nak makan macamana sayur ni. Dia tengok pelik semacam, tapi takpelah..bila dah rasa sekali nanti, barulah dia tau betapa sedapnya.Pada kawan2 yg teringin tu, bolehlah mencubanya. Sebelum ni saya masak asam pedas batang keladi..mmng best gak. Kalau dapat ubi keladinya yg lembut lagi best.



Bahan-Bahan
  • 3 pokok keladi- disiat kulitnya dan potong2,ambil sekali buahnya
  • 1/2 cwn jus asam jawa, boleh juga guna asam keping
  • 2 tangkai daun kesum
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
Bahan Kisar
  • 5 tangkai cili merah
  • 10 tangkai cili padi merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1/2 cwn ikan bilis-buang kotoran, cuci dan toskan
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit belacan
Cara Memasak
  1. Siang batang keladi, cuci dan toskan. Rebus keladi dan batangnya hingga empuk.
  2. Setelah empuk, tutup api dan toskan airnya. Ketepikan dulu.
  3. Dalam periuk masukkan bahan2 kisar. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih.
  4. Tambahkan air secukupnya. Masukkan batang keladi tadi, jus asam jawa, gula dan garam.
  5. Masukkan daun kesum dan perasakan.
  6. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah tutupkan api dan hidangkan bersama lauk kegemaran.

Friday, May 25, 2012

Apple Bundt Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua Ok, hari ni saya nak kongsikan bersama resepi kek epal yg sangat mudah dan semestinya sedap. Saya mmng suka kek epal yg di letak serbuk kayu manis. Masa bakar kek, fuhhhh...harum semerbak je baunya. Bila makan, lagilahhhhh betambah2 sedapnya. Pada penggemar cinnamon powder mmng sukalah kek mcm ni, pada yg tak suka tu...apa kata anda cuba rasa sedikit, manalah tahu kot2 terus jatuh cinta dngn kek2 mcm ni. Kali ni saya cuba resepi dari Allrecipes.com.Banyak resepi2 yg menarik kat blognya. Kawan2 bolehlah singgah di sana...disana...disana.....




Ingredients
  • 2 cups apples - peeled, cored and diced
  • 1 tablespoon white sugar
  • 1 teaspoon ground cinnamon


  • 3 cups all-purpose flour
  • 3 teaspoons baking powder
  • 1/2 teaspoon salt
  • 2 cups white sugar (Yatie guna 1 cwn gula halus dan 1/2 cwn brown sugar)
  • 1 cup vegetable oil- boleh juga guna butter cair
  • 1/4 cup orange juice
  • 2 1/2 teaspoons vanilla extract
  • 4 eggs
  • 1 cup chopped walnuts-Yatie tak letak


  • 1/4 cup confectioners' sugar for dusting
Directions
  1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
  2. Grease and flour a 10 inch Bundt or tube pan.
  3. In a medium bowl, combine the diced apples, 1 tablespoon white sugar and 1 teaspoon cinnamon; set aside.
  4. Sift together the flour, baking powder and salt; set aside.
  5. In a large bowl, combine 2 cups white sugar, oil, orange juice, vanilla and eggs.
  6. Beat at high speed until smooth. Stir in flour mixture.
  7. Fold in chopped walnuts. Pour 1/3 of the batter into prepared pan. Sprinkle with 1/2 of the apple mixture.
  8. Alternate layers of batter and filling, ending with batter.
  9. Bake in preheated oven for 55 to 60 minutes, or until the top springs back when lightly touched.
  10. Let cool in pan for 10 minutes, then turn out onto a wire rack and cool completely. Sprinkle with confectioners' sugar.

Wednesday, May 23, 2012

Puding Susu Kiwi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah juadah menu berbuka puasa. Kalau ada menu sejuk2 mcm ni, terasa nyaman je lalu kat tekak. Sebenarnya saya nak buat puding susu pandan, tapi ada buah kiwi kat esbok....so potong kecik2 dan taburkan kat atasnya..nmpk berserilah pulak. Sebenarnya ikut selera kitalah ya nak letak buah apa, asalkan kena dngn gayanya dan menepati citarasa. Selamat mencuba pada yg nak merasa tu....




Bahan -Bahan.

  • 700 ml air
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 10 gram serbuk agar agar
  • 2 helai daun pandan
  • 400 ml susu segar/susu cair
  • 200 ml santan
  • Buah kiwi secukupnya.
Cara membuatnya :
  1. Satukan serbuk agar2, air dan daun pandan dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar2 sebati.
  2. Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur, masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan2, dah siap..tutup api.
  3. Tapiskan, tuang dlm bekas2 kecil dan taburkan buah kiwi yg di potong dadu diatasnya.
  4. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan sejuk2....

Tuesday, May 22, 2012

Ayam Masak Halia Kicap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu kita di bulan rejab yg mulia ini. Rasanya ramai yg berpuasa, syukur alhamdulillah. Moga setiap amal ibadah kita di terimaNya. Biasanya kalau berpuasa mmng susah sikit nak melayan anak2 supaya bersahur. Kalau ngadap nasi tu muka kelat je sebab mengantuk. Biasanya saya akan masak menu ringkas yg di gemari anak2. Menu ayam kicaplah yg menjadi pilihan. Kali ni cuba resepi mudah dari Mat Gebu. Kalau singgah blog Mat Gebu, menu dari semudah2 hinggalah ke menu canggih ada kat sana. Kalau pening2 nak masak apa..bolehlah cari kat DTS. Terima kasih Che Mat kerana berkongsi resepi yg mudah ni, akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom semak resepinya.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1/2 ekor ayam, potong 9 atau 10 bahagian (ikut suka)
  • 1 1/2 inci halia muda, hiris
  • 1 biji bawang besar hiris
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1 cawan air
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 tangkai cili merah, hiris
  • 5 biji cili padi-hiris, Yatie tambah sbb nak pedas sikit
  • 1 btng serai-di ketuk, Yatie tambah
  • 1/2 camca teh cuka makan
  • 1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan perap dengan jus limau nipis dan garam sekejap. Cuci kembali dan cucuk dengan garfu dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Perap 45 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan ayam dan goreng hingga ayam sedikit perang. Masukkan kayu manis, halia dan bawang putih, kacau rata. Tuang air dan kicap manis, bila mendidih, perlahankan api, renih hingga ayam empuk.
  3. Masukkan bawang besar, cuka makan, cili merah dan lada hitam, masak sekejap dan jika nak kuah lebih, tambah sedikit air, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat...Selamat mencuba..

Monday, May 21, 2012

Kek Lapis Choco-Horlicks

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ada yg terliur ke tngk kek ni? Sekali pandang macam kuih lapis, bila 2 kali pandang dan tngk pada bahan2, baru tau rupanya kek. Ini semua gara2 tergoda tngk kek yg HaSue buat tempohari. Dalam hati tak sabar nak mencuba dan merasa. Semalam saya buatlah kek lapis choco- horlicks ni....fulamakkkk mmng sedap betullah. Bila dah masak, mmng tak sabar nak merasa...saya pun terus potong bahagian tepi gara2 tak sabar nak merasa mengalahkan budak kecik je. Nasib baiklah kat dapor sorang2 masa tu....kalau tak, maunya diketawakan Hamka sbb mamaNya tak sabar nak rasa kek..he3... Kalau kuih/kek yg di kukus, mmng kegemaran saya..tu yg teruja sangat nak merasa.

Terima kasih HaSue berkongsi resepi yg best ni...mmng betul2 sedaplah,akan buat lagi dan lagi sbb rasanya mmng sedap sangat. Gabungan coklat dan horlicks mmng NGAMMM betullah. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah cuba ya. Kek saya ni taklah seayu kek HaSue sbb guna loyang besar sikit, jadi adunan terkurang sikit bahagian atas...tapi rasanya....takleh nak cakaplahhh selain perkataan SEDAP..SEDAP..SEDAP..tak caya ke?...kalau tak caya, anda cubalah sendiri...



Bahan-Bahan (HaSue guna loyang 8.5x4.5", Yatie guna loyang 9x5"..tu yg tak berapa cantik)
  • 250g mentega tulen
  • 1/2 cawan gula halus
  • 5 biji telur gred A
  • 1/2 tin susu pekat manis-Yatie letak 1/2 cwn
  • 70g horlicks- Yatie letak 1/2 cwn
  • 30g serbuk koko- Yatie letak 3 sudu besar
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan tepung hongkong/gandum
Cara-Cara
  1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.(pastikan tutup ketika memanaskan pengukus) dan gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak.
  2. Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim
  3. Masukkan telur satu persatu. (Masuk sebiji,pukul sebati baru tambah sebiji lagi)
  4. Masukkan pula esen vanila dan gaul sebati. Masukkan susu pekat dan tepung hongkong sedikit demi sedikit sambil digaul rata.(jika menggunakan mixer,pastikan guna speed paling perlahan
  5. Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagi 2 bahagian
  6. Bahagian 1 masukkan horlicks,kacau sebati dan warnakan kuning. Bahagian 2 pula masukkan serbuk koko dan kacau sebati.
  7. Pastikan pengukus sudah mendidih sebelum mula mengukus.. Kukuslah berselang seli warna sehingga habis.. setiap lapisan mengambil masa 6 minit(bergantung kuat atau perlahannya api dapur)Tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis di atas kek.
  8. Kukus selama setengah jam lagi selepas kukusan terakhir

Sunday, May 20, 2012

Sambal Terung Berkupang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak menu ringkas je. Sebenarnya nak masak sambal kupang, pastu teringin pulak nak makan sambal terung, jadi saya gabungkan jelah kedua2nya..abes citer...bila makan..fuhhh mmng sedap hingga menjilat jari. Lauk lain tu, saya masaklah sayur bening bayam dan ikan goreng...ringkaskan. Esok anak2 menghadapi peperiksaan, so saya kenalah cepat2 n3 mlm ni...nanti apa pula kata anak2..mamaNya dok ngadap lappy je..he3..ok jom semak resepi mudah ni...sekadar menu biasa2 je..


Bahan-Bahan

  • 2 cwn isi kupang-bersihkan,cuci dan toskan
  • 1 btng terung panjang(kalau kecik guna 2,ptng serong)
  • 2 btng serai-diketuk
  • 11/2 cwn cili kisar
  • 1 labu bwng besar-di mayang
  • 1/4 air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu besar kicap manis jalen
  • 1/2 cwn utk menumis

Bahan Kisar

  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 1 sudu besar udang kering
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar yg di hiris sebentar je. Masukkan cili kisar.
  2. Masukkan bahan2 kisar tadi juga serai. Tumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan terung dan masak hingga separuh masak. Masukkan kupang dan gaul rata.
  4. Masukkan air asam jawa, kicap,garam dan gula. Kacau sebati.( Gunakan api sederhana je)
  5. Perasakan, sekiranya rasa dah ok, bolehlah di angkat dan di hidangkan.

Puding Kastad Laici

Assalamualaikum dan Selamat berhujung minggu semua. Moga cuti ni dapat di manfaatkan dngn sebaiknya. Cuaca mmng tak menentu sejak2 ni, ada kalanya panas memanjang dan ada kalanya hujan je..apa pun kita mestilah sentiasa bersyukur atas nikmat yg diberikan. Bila cuaca panas ni mmng sedap layan puding berkuah laici mcm ni. Terpulanglah pada selera masing2 ya nak letak buah apa, makan dngn koktel dan nenas pun sedap. Kami sekeluarga lebih suka makan bersama buah laici, lagipun harum je bau laici dan airnya. Jomlah semak resepi yg mudah ni. Boleh juga lihat di SINI dan di SINI.



Bahan2 Utk Puding

  • 1 cwn tepung kastard
  • 5 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1/2 cwn gula
Cara-Cara
  1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.
  3. Biarkan sejuk sebentar dan simpan dlm peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan.
Bahan Utk Kuah
  • 1 tin mix fruits ( Boleh ganti buah laici, peach dan nanas..)
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air biasa (air masak)
  • 1 cwn gula( terpulang pd masing2 ya..)
  • Ais secukupnya
Cara-Cara
  1. Masak gula bersama air(sekadar gula hancur je..). Setelah itu biarkan sejuk.
  2. Setelah air gula sejuk, bolehlah tuang mix fruit dan susu.
  3. Ambil puding tadi dan masukkan kedlm mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur mix fruit.
  4. Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais.
**Biasanya saya guna air masak biasa campur dngn susu cair dan gula saja. Lepas tu tuang mix fruit tadi.Gaul sebati dan letak sedikit ketulan ais. Barulah di hidangkan bersama puding kastard

Friday, May 18, 2012

Chocolate Mayonnaise Cake

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Hari ni teringin nak makan kek, lepas masak terus sediakan bahan2...tetiba mixer bunyi lain macam je. Alamak jadi ketidak kek ni. Nasib baik testing dulu...terus pendamkan niat nak buat kek yg diidam2kan. Tanpa berlengah, saya pun cari resepi kek yg mudah yg tak menggunakan mixer, cuma godek2 jek. Cari punya cari, jumpalah resepi yg menarik yg buat saya teruja nak mencubanya. Bila tngk bahan2, lagilah mudah..takyah guna telur dan butter/minyak, malahan ada mayonis lagi. Dalam hati dok fikir, menjadi ke kek ni? Bila dah tertanya2 dlm hati ni, lagilah tak sabar nak mencuba dan merasa.

Saya pun buat jelah ikut bahan2 dan cara2nya. Alhamdulillah kek ni menjadi dngn jayanya...rasanya...mmng sedap sangat. Kalau kawan2 nak rasa tu, kenalah buat sendiri. Kalau ada kerajinan yg lebih tuuuu..bolehlah buat chocolate buttercream frosting sekali...tentu lagi sedapkan. Saya nak cepat merasa, so buat kek botak jelah..cuma tabur badam sebelum di bakar....mmng best. Terima kasih pada penyumbang resepi, kawan2 boleh singgah diSINI.



Ingredients:
  • 2 cups flour*
  • 1 cup sugar
  • 6 Tbsp cocoa powder*
  • 1/4 tsp salt*
  • 2 tsp baking soda*(*stifed)
  • 1 cup mayonnaise
  • 1 cup cold coffee-Yatie guna nescaffe 3in1 bancuh dngn air
  • 1 teaspoon vanilla
Method:
  1. Preheat the oven to 350 degrees (175 degrees C) and grease two 6″ rounds, two 8″ rounds, or a 9×13″ baking dish.
  2. In a large bowl, whisk together the flour, sugar, cocoa powder, salt, and baking soda.
  3. In another large bowl, stir together the mayonnaise, coffee, and vanilla.
  4. Beat in the dry ingredients gradually, scraping down the sides of the bowl often.
  5. Pour the batter into the cake pans and bake 25-35 minutes. Keep an eye on the cake and don’t let it over-bake, otherwise it’ll be dry.
Chocolate buttercream frosting (for a 6″ cake):
  • 1 cup solid vegetable shortening
  • 1 cup butter, softened
  • 3/4 cup cocoa powder
  • 6-7 cups powdered sugar
To make the frosting:
  1. Cream together the butter and shortening. Gradually beat in the cocoa powder, powdered sugar, and rum. If the consistency is too stiff, add a dash of milk to thin the icing.
  2. To decorate the cake, first apply a thin layer of frosting to the cake. It should be a little thicker than a normal crumb coat so that you don’t see the colour of the cake underneath. Then, using a 1M decorating tip, work from the inside out to create the roses, piping in circles around the centre point and spanning the side of the cake. Create the roses on top with the same method, making them about the same size as the ones along the sides. Fill in the holes with simple stars or swoops.

Thursday, May 17, 2012

Lepat Labu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Minggu lepas, minggu ni dan minggu depan merupakan minggu peperiksaan bagi anak2 saya. Walau kat rumah, perhatian mestilah lebih buat anak2. Masak tu mcm biasalah, tapi bab nak tangkap gambar tu...adoyaiiii malas betullah. Kadang2 tu kalau dah penat sangat, makan pun tak lalu walau ada menu kegemaran kita pada hari tu. Walauapa pun, mestilah jaga kesihatan, tidur yg cukup, rehat yg cukup dan mestilah makan utk tambah tenaga. Oklah takmo celoteh panjang, petang ni kita layan lepat labu yg sangat sedap ni. Suka tngk kaler oren yg original ni, takyah tambah pewarna dah menawan kaler kuih ni. Terima kasih pada Sheila kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada peminat labu tu, bolehlah mencubanya..mmng sedap.



Bahan
-Bahan
  • 1 biji labu (sy guna yg sedang)
  • 1/2 cawan gula - boleh kurangkan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 biji isi putih kelapa parut
  • Sedikit garam
  • Daun pisang yg di layukan dan lap bersih
Caranya
  1. Kupas labu, potong dadu rebus bila dah empuk toskan airnya sejukan dan lecek hingga halus
  2. Masukan tepung dan gula kacau sebati (tepung begantung pada byknya isi labu jgn telebih nnt kuih keras pulak)
  3. Satukan kelapa dgn garam
  4. Letakan adunan labu di tengah daun pisang dlm 1 1/2 sudu dan letak kelapa ditegah kemudian tutup semula dgn 1 sudu isi labu tadi lipat daun pisang dgn kemas
  5. Kukus selama 15 -20 minit dan sejukan.

Wednesday, May 16, 2012

Nasi Goreng Nampla

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Malam2 tayang nasi goreng nampla pulak. Biasanya kalau tak selera makan, malam2 pun saya buat nasi goreng...tak semestinya buat sarapan pagi je. Lagipun nasi goreng ni makan time panas2 dan rasa pedas2..fuhhhhh mmng best betul. Selain nasi goreng kampung, nasi goreng nampla nilah yg menjadi kegemaran kami sekeluarga. Kalau nak tau macamanalah sedapnya, kawan2 bolehlah mencubanya. Terima kasih pada penyumbang resepi irose@myresepi.com. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini ya.


Bahan-Bahan
  • 2 ulas bawang putih (dititik)
  • 10 biji cili padi hijau (kisar/tumbuk)
  • 5 senduk nasi putih
  • 2 ekor sotong -Yatie gantikan dngn 1 keping dada ayam dan potong kecil
  • Sedikit kicap cair, sos nampla (sos ikan), garam dan sedikit gula
  • Sedikit minyak masakutk menumis
  • Optional: boleh masukkan sayur-sayuran jika suka-Yatie guna kcng panjang dan carrot je

Cara-cara

  1. Gaulkan nasi putih dengan cili padi yang telah dikisar. Ketepikan.
  2. Panaskan kuali. Masukkan minyak masak dan tumiskan bawang putih sehingga naik wangi.
  3. Masukkan sotong yang telah dipotong bersama dengan kicap cair dan sos nampla. Goreng sekejap (pastikan sotong masak).
  4. Masukkan nasi yang telah digaul dengan cili padi serta garam dan sedikit gula. Goreng sehingga sebati. Tutup api & sedia dihidang.

Tuesday, May 15, 2012

Serimuka Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak bersiaran, maklumlah dah cuti lama..nak mulakan semula tu malas betullah. Bila ngadap lappy ni terasa pening kepala pulak, tu yg tak jadi nak n3. Hari ni luangkan sedikit masa utk kongsikan bersama kuih serimuka yg saya buat masa hari minggu lepas. Kuih ni mmng menjadi kegemaran seisi keluarga. Banyak versi kuih serimuka pandan ni, kali ni saya buat ikut resepi Chef Asma, sebelum ni pernah buat spt di SINI dan di SINI. Pada kawan2 yg suka kuih2 mcm ni, bolehlah mencubanya.



Bahan2 Lapisan Bawah:-

  • 500g beras pulut
  • 300ml santan pekat
  • 300ml air
  • 2 tsp garam halus
Cara2nya:-
  1. Rendam pulut sekurang2nya 4 jam
  2. Basuh bersih & toskan
  3. Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.(Kukus dengan loyang yang berlainan tidak berlubang)-(Ayu kukus terus dalam loyang yang nak digunakan- dialas plastik wrap dulu then bubuh pulut dengan yang lain)
  4. Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan dalam loyang 10x10x2".
Bahan2 Lapisan Atas:-

Bahan A
  • 250 gm gula castor
  • 100 mg tepung kastard
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air
  • 20 gm daun pandan- diblender dengan air diatas.-tapis ketepikan
Bahan B
  • 4 biji telur
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1/4 tsp pandan essence-(Ayu tak letak sebab gunakan fresh pandan, saya pun sama)
  • pewarna hijau- secukupnya
Cara2nya:-
  1. Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.(Ayu blender aje semua) Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje (Ayu masak dalam 2-3 minit saja).
  2. Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30-40 minit.

Friday, May 11, 2012

Chilled Strawberry Cheesecake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pepagi tayang kek lagi. Semalam tak letak resepinya sbb tak potong lagi keknya...jadi tak tau lagi rasanya macamana. Bila dah potong dan rasanya mmng sedap, barulah kongsikan resepinya kat sini. Memang sedap betullah, lebih sedap dimakan sejuk. Terima kasih Mat Gebu kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini ya. Kek ni kira penyelamatlah sebab mmng mudah membuatnya dan sedap pulak tu....bersesuaianlah dngn saya yg mmng tak pandai deco2 kek. Buat kek yg simple mimple je...janji laku. Pada kawan2 yg pening kepala nak buat kek tu, bolehlah cuba resepi ni...mmng berbaloi. Jom semak resepinya.



BAHAN-BAHANNYA :-)

Bahan A

  • 200 gram biskut mudah hadham @ digestive cookies
  • 80 gram mentega, dicairkan
Caranya
  1. Biskut marie dihancurkan (mat guna food processor), kemudian masukkan mentega cari sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang boleh dikepal.
  2. Masukkan dalam tin springform berukuran 8 inci (20 cm) dan tekan padat2. Sejukkan dalam freezer.
Bahan B
  • 250 gram cream cheese
  • 60 gram gula halus
  • 6 biji strawberry segar, kisar halus
  • 1 camca teh strawberry emulco
  • 6 biji strawberry segar, didadu
  • 1 1/2 camca besar gelatin halal (mat guna jenama "NUR")
  • 125 ml air suam
  • 200 ml whipping cream, disejukkan (1 kotak kecil)
  • Strawberry segar untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan puree strawberry, dan juga strawbeyy emulco tadi, putar rata.
  2. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.
  3. Gelatin halal di bancuh bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih.
  4. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, kacau rata dan masukkan 1/2 dari buah strawberry yang didadu tadi, gaul rata.
  5. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.
  6. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau hingga keras. Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan baki buah strawberry dan hidangkan..
CATATAN MAT GEBU :- Masa nak keluar kan kek dari tin, mat basahkan tuala dapur dengan air suam dan pekap keliling tin cake tadi sehinga kelihatan kek sedikit longgar dari tin. Kemudian bila nak potong, mat layur pisau atas api sekejap.
  • Cara Yatie, Saya tak kisar strawberry dan tak letak strawberry emulco sebab nak kek tu kelihatan plain je...biar nampak potongan strawberry tu lagi terserlah,. Terpulang pada selera masing2 ya.

Thursday, May 10, 2012

Chilled Strawberry Cheesecake

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Terima kasih pada kawan2 yg mengucapkan selamat hari ulangtahun kelahiran pada anak saya Seri Izati. Saya dan Seri amat2 menghargainya. Moga doa dan harapan kita semua dimakbulkan Allah SWT. Sebenarnya takdelah buat kek istimewa, ni pun saje je melayan permintaan anak2 yg nak mamaNya buat kek sendiri. Ikutkan hati, nak je beli yg dah siap, tapi Seri takmo...dia nak mama buat juga..kecik dan simple pun takpelah...yg penting dari air tangan ibunya sendiri..tu lebih bermakna kan. Saya pun takmolah menghampakan permintaan anak2..so layan jelah kek yg tak seberapa ni. Gambar ni masa kek tak dipotong lagi, tngh dok betapa dlm esbok...bila dah beku barulah cantik dipotong..tunggu jelah bila birthday girl potong kek ni. Btw semoga anak mama Seri gembira dngn kek ni....sowwy mama tak pandai nak deco2...letak buah stoberi je sebagai penyeri....he3..

Wednesday, May 9, 2012

Selamat Hari Lahir ke 16thn Seri Izati bt Mohd Khata

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni merupakan hari ulangtahun kelahiran anak saya Seri Izati ke 16thn (9.5.2012) Syukur alhamdulillah anak saya sudah remaja dan dewasa. Masih teringat lagi saat melahirkan dan membesarkannya. Seri mmng tak banyak karenah sejak dilahirkan sehinggalah saat ini. Moga anakku Seri menjadi anak yg solehah yg sentiasa membahagiakan dan membanggakan ayah dan ibumu. Semoga dengan bertambahnya usia, menjadikan kamu insan yg mulia dan semakin disayangi Allah. Mama dan abah sentiasa mendoakan moga Seri dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik dan berpanjangan serta berjaya didunia dan diakhirat. Aaminnnn..


Seri Izati dan Seri Irdina

Tuesday, May 8, 2012

Award dari Shariah@Masterchef M'sia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Di kesempatan ini saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada Sha kerana memberikan award yg sangat cantik ni sebagai tanda persahabatan di alam maya. Moga persahabatan ini berkekalan dan dapat bersua dialam nyata suatu hari nanti,insyaAllah. Award ni bukan utk saya sorang ya, Sha berikan pada semua pengunjung blog beliau dan peminat setia Sha. Kalau nak tau, Sha ni seorang novelis taw, kini tampil dengan buku resepinya sendiri. Tahniah Sha, moga terus maju jaya dalam apa jua bidang yg diceburi. Akak pun berangan nak dapatkan buku masakan Sha juga novel2 terkini. Buat pengetahuan Sha, akak dah mula minat membaca sejak adanya novel Sha ni, sblm ni asyik dok telek resepi je..kali ni dah beralih arah pulak. Manalah tau boleh buat cerita macam Sha juga..sape tau kan...he3..saje je guwawwwww...


Ayam Masak Kicap Kerisek

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu ayam lagi hari ni. Sebenarnya bukan setiap hari ya saya masak ayam, kebetulan je berturut2 n3 menu ayam. Lauk ni saya masak minggu lepas. Masa tu pening kepala tak tau nak masak apa. Singgah blog kawan2,banyak menu yg sedap2. Kebetulan aritu, saya malas sikit..kalau boleh nak masak yg senang2 je. Kalau nak ikutkan goreng je mudah dan semestinya sedapkan. Saya pun cari dan cari lagi sampai berkenan nak masak menu yg senang tapi sedap sangat...ahahahaha..Sehinggalah saya cuba resepi dari Kak Fida@myresepi ni. Alhamdulillah memang sedap sangat, senang pulak tu menyediakannya..takyah kisar bahan2 segala...cuma potong2 je rencahnya...mudahkan. Kalau kawan2 nak tau hasilnya macamana...cubalah..mmng berbaloi...Jom kita semak resepinya....


Bahan-bahan ( 8-10 orang )
  • 1 ekor ayam (1.5 kg) - dipotong kecil,bersihkan dan toskan
  • 3-4 biji bawang besar*
  • 8 ulas bawang putih*
  • 3 tangkai lada merah/hijau*
  • 3 batang serai**
  • 1 ibu jari halia**
  • 1/2 cawan pes cili kering
  • 1/2 botol kicap manis/pekat manis
  • sedikit belacan bakar
  • 1/4 cwan air asam jawa
  • 3 sb penuh kerisik
  • gara,gula secukup rasa jika perlu
  • sedikit air jika perlu
  • 1/4-1/2 cawan minyak masak - untuk menumis
Cara-cara
  1. Hiris halus bahan2 bertanda *. Hiris dan cincang halus pula bahan2 bertanda ** dan ketepikan.
  2. Campurkan kesemua bahan2 dengan ayam di dalam mangkuk kecuali minyak masak dan gaul hingga sebati.Perap 1/2 jam atau semalaman .
  3. Panaskan minyak masak dalam kuali dan masukkan bahan perapan tadi dan gaul rata.Masak di atas api sederhana dan tutup kuali.
  4. Kacau masakan sekali-sekala dan tambah perasa dan air jika perlu dan masak lagi hingga ayam empuk dan pekat.
  5. Sedap disajikan bersama nasi panas dan enak juga dimakan bersama roti...Selamat Mencuba... :)

Sunday, May 6, 2012

Roti Sosej Goreng Rangup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan resepi tepung goreng yg mudah dan rangup sangat. Ianya sesuai utk goreng pisang, keladi, keledek, cempedak dan apa jua yg berkaitan dengannya...eehhh betul ke ayat ni...tak kisahlah dah mlm ni, ngantuk sangat.
Resepi ni saya ambil sekali lagi dari HaSue. Terima kasih Sue, kali ni akak guna sosej dlm roti tu, manakala Hasue cuma sapu kaya dan terus goreng. Tak kisahlah guna apa je ikut selera masing2 ya, asalkan laku. Roti ni sesuai utk sarapan pagi dan boleh juga buat minum petang. Makan masa panas2 memang sedap sangat, terasa rangup je rotinya. Rasanya ramai kawan2 yg dah mencubanya, pada yg belum tu..bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya...



Bahan-Bahan:
  • 8 keping roti-(Yatie guna 10 keping)
  • Serikaya - (Yatie guna 10 btng sosej, rebus dulu dan toskan..pastu belah 2 memanjang)
  • 2 cawan Tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar Marjerin/butter
  • 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
  • Sedikit pewarna kuning
Cara-Cara
  1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan. Yatie blend je semuanya.
  2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
  4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
  5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)
Cara Yatie,
  1. Yatie guna sosej, so rebus dulu sosej tu dan toskan. Belah 2 sosej tu secara memanjang dan ketepikan dulu. Sementara tu, leperkan roti guna pengelek dan letakkan sosej yg di belah 2 tadi. Sapu tepinya dngn adunan tepung tadi dan celupkan kedlm adunan tepung goreng. Gorengkan guna api sederhana sehingga keperangan. Angkat dan toskan dan bolehlah di hidangkan.

Friday, May 4, 2012

Kek Puteri Dangdut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kejap je nak cuti lagi. Walau cuti sabtu ahad, tak bolehlah waktu dibiarkan begitu je ya adik2. Ambil peluang mengulangkaji pelajaran sebab minggu peperiksaan dah nak bermula. Elok rasanya buat persediaan awal supaya tak kelam kabut nanti. Minggu depan Hamka periksa sekolah agama, jadi kena beri perhatian lebihlah sebab semuanya dlm bahasa jawi...mmng mencabar betul. Baru darjah 1 sklh agama, so mmng tak lancar sangatlah baca jawi...jadi kita jadilah guru untuknya.

Ok berbalik pada resepi kali ni, inilah kek yg saya buat minggu lepas. Lama dah mengidam nak buat dan merasa kek puteri dangdut ni. Bila tngk pada bahan2 dah dapat agak mmng sedap kek ni, lagipun letak horlicks, mmng saya suka sangat kalau kek yg ada horlicks ni...terasa harum dan lemak je. Mula2 tu terbantut gak nak buat kek ni sebab takde browning sugar/gula hitam. Saya pun ikutlah cara2 yg diajar oleh HaSue di myresepi. Boleh buat sendiri rupanya. Saya pun cubalah buat gula hitam ni sendiri, dlm hati dok fikir..kalau jadi gula hitam ni, maka jadilah Kek Puteri Dangdut ni, kalau tak jadi gula hitam ni...maka tak jadilah kek yg diidamkan ni.

Alhamdulillah, menjadi dngn jayanya browning sugar/gula hitam tu. Bila dah betul2 sejuk, barulah saya mulakan projek membuat kek puteri dangdut ni. Uwaaaa..tak sabar nak menunggu 2 jam tu. Bila dah kukus tu, kejap je pulak rasanya, maklumlah sambil kukus kita buat projek lain...tu yg tak terasa sangat lamanya. Kali ni tak sabar pulak nak tunggu sejuk....hah3, mcm budak2 kecik je, maklumlah tak pernah buat kek ni, jadi mmng teringin sangatlah nak merasa, lagipun guna gula hitam yg di buat sendiri...pastilah tak sabar yg amat sangat...kan..

Terima kasih HaSue berkongsi resepi kek dan browning sugar ni. Kini akak dah berjaya buat kek yg diidamkan, tapi taklah secantik kek HaSue. Lenkali akak akan cuba lagi supaya lebih cantik lagi kejadiannya. Kek ni sedap sangat seakan2 kek gula hangus pun ada, di tambah lagi dngn haruman horlicks tu...wallaweyyyy sedap sangat. Saya mmng suka kek yg lembut2 dan moist mcm ni. Pada kawan2 yg teringin nak merasa tu, bolehlah mencubanya...Jom tngk resepinya.



Browning sugar yang Yatie buat sendiri

Bahan-bahan ( loyang 8"x8"x3.5" )*sukatan gelas 200ml
  • 450g mentega berkualiti
  • 1 gelas gula halus -boleh kurangkan ke 3/4 gelas
  • 10 biji telur
  • 1 gelas tepung gandum
  • 2 gelas horlicks
  • 1 tin kecil susu manis
  • 1 botol browning sugar - kalo takde boleh rujuk SINI
Cara-cara
  1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang/putih
  2. Masukkan telur satu persatu (pukul sekata baru masukkan telur seterusnya) hingga habis..
  3. Masukkan pula tepung gandum,horlicks dan susu pekat manis satu persatu sambil di adun rata. Setelah sebati,masukkan browning sugar dan kacau hingga warnanya sekata..
  4. Masukkan adunan ke dlm loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung atau loyang dlapik kertas minyak.
  5. Pastikan pengukus sudah mendidih. Tutup loyang dgn aluminium foil(jgn ketatkn kerana kek akan naik ketika dkukus)cukup skadar utk mengelakkan air kukusan menitik dpmukaan kek.selain tu,boleh juga ltk kain di atas penutup pengukus utk mengelak hal yg sama berlaku.
  6. Kukuslah adunan kek selama 2 jam ke atas(org kate,lg lama kek tu dkukus,lagi thn la kek tu)..tp sy kukus selama 2 1/2 jam jer.dah sehari semalam kat luar,simpan dlm pt sejuk..mmg thn lama. SELAMAT MENCUBA! :)

Ungkep Ayam Style Jawa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Maaflah, dah malam baru berkesempatan nak n3 menu siang tadi. Tak kisahlah, yg penting ada sesuatu yg baru kat blog Sinar Kehidupanku, takdelah menu yg sama je...jemu juga kan. Oklah dah mlm ni takmo pot pet banyak2 terus pada menu yg ringkas tapi sedap sangat. Teringat masa kecik2 dulu, mak kerap masak ayam ungkep mcm ni. Biasanya guna ayam kampung/ayam tua...mmng sedap, makin dipanaskan makinlah sedap. Terasa seakan2 rendang pun ada, cuma tak letak kerisek je. Sebelum ni pernah masak diSINI, kali ni guna resepi Che Mat Gebu pulak, bezanya cuma saya masak berkuah sikit sbb suami mmng suka yg berkuah. Macam biasalah kalau guna resepi Mat Gebu mmng tak menghampakan....sememangnya sedap sangattttt...sedap hingga menjilat jari....kalau makan guna sudu tu....kira menjilat sudulah...he3..Terima kasih Che Mat berkongsi resepi yg best ni, akak kongsikan resepinya kat sini pulak ya.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 600 gram ayam, potong saiz sederhana
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 helai daun salam @ 3 helai bay leaf-Yatie guna yg kering je
  • 1 camca besar gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • 1 tangkai cili hijau
  • 10 - 15 biji cili padi merah
  • 1 camca besar ketumbar
  • 1/2 camca teh jintan kasar
  • 1/2 camca teh jintan halus
  • 3/4 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan serai dan daun salam @ bay leaf, kacau rata dan masukkan ayam.
  3. Gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
  4. Tuang air secukupnya (anggaran tenggelam ayam). Biar mendidih.
  5. Masukkan asam gelugor dan juga gula merah serta garam.
  6. Masak dengan api sederhana hingga kering.
  7. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Masak sekejap, dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

Wednesday, May 2, 2012

Cucur Kentang Bombastic

Assalamualaikum dan selamat petang kawan2 semua. Hari ni kita layan menu minum petang yg sangat mudah tapi sedap sangat. Biasanya sebut jemput2 je, kali ni sebut cucur pulak..tak salah kan..kalau salah tu betulkan sendirilah ya. Resepi ni sebenarnya asal dari cucur nasi yg saya buat sebelum ni, ianya mmng sedap dan tetap lembut walau dah seharian. Bila guna kentang rebus ni pulak, tetap lembut juga...mmng sedap betullah sebab tu di namakan cucur kentang bombastic...mmng DeBoommm. Kentang ni pun gara2 saya rebus banyak semalam. Bila tak habis tu, jadilah menu yg yg satu ni. Biasanya buat bingka kentang atau donut kentang, tapi kali ni saya blend dan jadikan cucur/jemput2....wallaweiii enak banget. Pada kawan2 yg nak merasa tu, cubalah..pasti tak mengecewakan. Jom semak resepi mudah ni.



Bahan-Bahan

  • 2 cwn kentang- yg telah di rebus dan toskan
  • 2 cwn air
  • 1/2 biji bwg besar*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1 tangkai cili merah*
  • 1/2 cwn ikan bilis*- buang kotoran, cuci dan toskan(*bahan2 di kisar halus)
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend kentang rebus bersama air, masukkan sekali ikan bilis, cili merah, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...

Tuesday, May 1, 2012

Ayam Goreng Bumbu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Selamat Hari Pekerja buat semua rakan2 semoga cuti khas yg di berikan ini dapat di manfaatkan dngn sebaiknya. Esok lakukan tugas harian dngn ceria dan penuh semangat moga usaha murni selama ini di berkati Allah hendaknya. Macam biasalah saya takde cutinya, tiap hari mesti memasak utk keluarga. Hari ni mudah je, saya masak nasi lemak, sambal tumis ikan bilis dan ayam goreng bumbu. Tak sabar nak cuba resepi dari Master Chef Shahriah atau lebih mesra dngn panggilan Sha. Bila singgah blog beliau, macam2 resepi yg menarik dan menambat hati. Kawan2 bolehlah singgah blog Sha kalau nak tau tentang beliau. Suka baca coretan Sha yg spontan dan klakar tu..sangat2 mencuit hati dan pastinya terhibur sape yg membaca coretannya. Terima kasih Sha berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni...mmng kaya dngn bumbu ayam goreng ni...sedap sangat. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya.


Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam ~ potong 16 dan cuci dan toskan
  • minyak untuk goreng
  • gula dan garam
  • sedikit cuka
  • 1 biji telur
BAHAN DI KISAR :
  • 7 inci halia
  • 7 inci lengkuas
  • 4 batang serai
  • 5 biji buah keras
  • 7 inci kunyit
  • 12 ulas bawang putih
CARA MENYEDIAKANNYA :
  1. Lumurkan ayam bersama *bahan-bahan di kisar dan campurkan dengan bahan-bahan lain dan perapkan selama 1 jam atau semalaman. Yatie nak cepat, so perap 2 jam je..sedap gak.
  2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga garing atau keperangan
  3. Angkat dan hidangkan bersama nasi kegemaran atau makan gitewww jek....