Sunday, May 20, 2012

Sambal Terung Berkupang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak menu ringkas je. Sebenarnya nak masak sambal kupang, pastu teringin pulak nak makan sambal terung, jadi saya gabungkan jelah kedua2nya..abes citer...bila makan..fuhhh mmng sedap hingga menjilat jari. Lauk lain tu, saya masaklah sayur bening bayam dan ikan goreng...ringkaskan. Esok anak2 menghadapi peperiksaan, so saya kenalah cepat2 n3 mlm ni...nanti apa pula kata anak2..mamaNya dok ngadap lappy je..he3..ok jom semak resepi mudah ni...sekadar menu biasa2 je..


Bahan-Bahan

  • 2 cwn isi kupang-bersihkan,cuci dan toskan
  • 1 btng terung panjang(kalau kecik guna 2,ptng serong)
  • 2 btng serai-diketuk
  • 11/2 cwn cili kisar
  • 1 labu bwng besar-di mayang
  • 1/4 air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu besar kicap manis jalen
  • 1/2 cwn utk menumis

Bahan Kisar

  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 1 sudu besar udang kering
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar yg di hiris sebentar je. Masukkan cili kisar.
  2. Masukkan bahan2 kisar tadi juga serai. Tumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan terung dan masak hingga separuh masak. Masukkan kupang dan gaul rata.
  4. Masukkan air asam jawa, kicap,garam dan gula. Kacau sebati.( Gunakan api sederhana je)
  5. Perasakan, sekiranya rasa dah ok, bolehlah di angkat dan di hidangkan.

5 comments:

  1. AssalamualaikumCam best je nama menu hari ni. Saya tak pernah pun masak kupang sendiri. Alamak kantoi.
    Good luck yea untuk anak2 akak

    ReplyDelete
  2. Salam Yati.dah lama tak mkn kupang.masak sekali dg terung....jimat masa di dapur. good luck utk anak2 Yati...

    ReplyDelete
  3. As'salam Yatie

    bila tengok kupang meleleh air liur mengalahkan orang mengidam nak beranak aje..hehehe. Memang lama k.ct tak makan kupang ni Yatie. sebab orang2 dirumah semua tak makan. jadinya nak masak pun memang malaslah hehehe

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Yatie cayangg muahzz...

    wahh kupang kecurr sudah.. sha memang hantu kupang hehheheh...

    tak kiralah masak apa pun memang suka!

    ReplyDelete
  5. Salam Yatie, terung masak apa pun akak suka tapi tang kupang tu, memang kurang sgt mknnya. Kat sini pula mahal, elok la tu.
    Masa mak ada restoran dulu, selalu basuh kupang berkilo2, agaknya tu yg tak mkn kot..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails