Wednesday, May 30, 2012

Rendang Hijau Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak Rendang Hijau Ayam dan makan bersama nasi impit. Sedap betul makan ulang2. Lama dah teringin nak masak mcm ni, baru hari ni berkesempatan nak cuba dan rasa. Resepi ni seakan2 sama je dngn resepi rendang yg lain, tapi tak salahkan kita mencuba sesuatu yg baru. Resepi kali ni saya kopipes dari Sajian Ibu Manja dan menurutnya, dia dapat resepi ni dari majalah rasa julai 2007...wow lama tu. Resepi ni mudah je dan semestinya sedap. Pada penggemar rendang tu, bolehlah cuba resepi ni.



Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam, dipotong 12 bahagian
  • 250 ml santan
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus-Yatie tambah
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
  • sedikit air jika perlu
Bahan Kisar
  • 4 batang serai-hiris halus
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 30 biji cili padi hijau
  • 4 tangkai cili hijau-Yatie tambah
  • 10 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar-Yatie tambah
  • 5 ulas bawang putih
Cara Memasaknya
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga garing.
  2. Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga rata.Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula dan garam secukup rasa.
  3. Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
  4. Bila cukup kering, bolehlah diangkat.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

18 comments:

  1. Assalam Yatie cayanggg...waaah buat rendang ijooo dia eks...pas makan mesti semua anak2 lelaki jadi Incredible Hulk nakalnya tak? hehehee... Nampak menarik...boleh la cuba nnt...

    ReplyDelete
  2. Ku lihat hijauuuuu...

    Nampak menyelerakan lah kak yatie..

    Boleh cuba resipi ni... baru lepas cerita dengan adik saya yang kakak ipar dia di Segamat buat rendang hijau.. sedang elok pulak kak yatie bagi resipi...

    ReplyDelete
  3. salam pn rmh..jenguk kat dapur pulak ni...kelainan rendang camni..harus dicuba..:)
    mesti pedas kan...?hijau menawan...

    ReplyDelete
  4. Assalam Kak Yatie, memang menyelerakan rendang hijau akak ni.. masuk list dulu nanti boleh cuba:)

    ReplyDelete
  5. As'salam Yatie

    berselera bila baca Yatie kata makan dengan nasi impit..lama juga tak merendang rendang kat dapur ni. Bila raya ajelah yang rajinnya hehehe.

    bolehlah mencuba resipi baru ni, nampak sangat berselera :)

    ReplyDelete
  6. Yatie... tengok bahan yang dikisar tu memang enak banget ayam rendang hijau nih! Siap dengan segla cili pdinya tu...wohhh terangkat mbakyuuuu

    ReplyDelete
  7. Weee... mesti sedap kan? dulu pernah masak gulai hijau ayam, sebab curious nak tahu macam mana gulai tu boleh warna hijau..ngeee.. Raya ni boleh try buat rendang ni pula! heee

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Kak Yatie.. Apa Khabar? sedap nya rendang.. berselerakan makan dgn nasi panas.. ;)

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Yatie...bersela gue nampak rendang ijo ni..mau bertambah-tambah je nasik kat pinggan.

    ReplyDelete
  10. Yatie: Nanti Nekcik cuba...makan ngan nasi impit..mesti sedaaap kan!! Thanks for sharing

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Yatie..
    saya suka mkn rendang kaler kuning nie kerana biasanya mak msk dia kurangkan cili padi hijau,tu yg x nampak kaler hijaunya...mmg sedap...

    ReplyDelete
  12. As'Kum Kak Yatie cayang.. hadoii rendang hijau pulak.. ni yang mata naik hijau jugak ni.. kalau dapat ratah cam tu jeee.... :))

    ReplyDelete
  13. Salam Kak Yatie.. Sedapnya rendang ni.. Tentu bertambah2 bila makan.

    ReplyDelete
  14. salam kenal...wah nampak sgt menyelerakan...mesti sehingga menjilat jari nih...:)

    ReplyDelete
  15. akak...
    wah rendang hijau ayam yer... diana rasa macam tak pernah lg buat nie... mmg nampak menyelerakan rendang ayam tu ... pasti nak cuba nnt nie...

    ReplyDelete
  16. Akak... salam tengok gambar macam sesuai dengan selera saya, mesti Cuba ni dah lama cari resepi rendang hijau ni baru jumpa. Tq

    ReplyDelete
  17. Salam saya amik resepi ini untuk rendang aidiladha saya. Terima kasih.

    Mari singgah bebyaurora.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails