Monday, May 28, 2012

Asam Rebus Batang Keladi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni teringin sangat nak makan sayur batang keladi masak asam. Kebetulan pagi semalam suami pergi pasar tani, adalah di belinya batang keladi, pucuk ubi, nangka muda dan pucuk paku. Alangkah gembiranya hati ni sebab lama tak makan sayur2 macam ni. Biasanya sayur2 moden je. Hari ni saya dan suamilah yg paling berselera sebab dapat makan sayur batang keladi ni, kena pulak di masak asam....fuhhh mmng best betul. Sedap hirup kuahnya, masa makan tu jangan sambil bercakappppp...faham2 jelahhhh takut tersedak masa hirup kuahnya...maunya tersembur...kalau itu yg berlaku...adoyaiiiiii....hilanglah selera dibuatnya.

Kalau ikutkan hati malas nak masak batang keladi ni. Bukannya apa, cuma malas nak menyiangnya...takut gatal sana sini..he3..Kalau makan tu, tak malaslah pulak, makin berselera tu adalah. Maklumlah bukan selalu masak lauk2 mcm ni. Kali ni masa siang keladi tu, saya bungkus kedua2 tangan dngn plastik, pastu jngn bercakap masa menyiangnya...itu salah satu petua gak supaya tak gatal keladinya. Alhamdulillah mmng tak gatal dan sedap sangat batang keladi ni. Berbaloi rasanya. Hari ni terpaksalah masakan sayur lain utk Hamka sebab dia tak tau nak makan macamana sayur ni. Dia tengok pelik semacam, tapi takpelah..bila dah rasa sekali nanti, barulah dia tau betapa sedapnya.Pada kawan2 yg teringin tu, bolehlah mencubanya. Sebelum ni saya masak asam pedas batang keladi..mmng best gak. Kalau dapat ubi keladinya yg lembut lagi best.



Bahan-Bahan
  • 3 pokok keladi- disiat kulitnya dan potong2,ambil sekali buahnya
  • 1/2 cwn jus asam jawa, boleh juga guna asam keping
  • 2 tangkai daun kesum
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
Bahan Kisar
  • 5 tangkai cili merah
  • 10 tangkai cili padi merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1/2 cwn ikan bilis-buang kotoran, cuci dan toskan
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit belacan
Cara Memasak
  1. Siang batang keladi, cuci dan toskan. Rebus keladi dan batangnya hingga empuk.
  2. Setelah empuk, tutup api dan toskan airnya. Ketepikan dulu.
  3. Dalam periuk masukkan bahan2 kisar. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih.
  4. Tambahkan air secukupnya. Masukkan batang keladi tadi, jus asam jawa, gula dan garam.
  5. Masukkan daun kesum dan perasakan.
  6. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah tutupkan api dan hidangkan bersama lauk kegemaran.

9 comments:

  1. Salam. Kak Yatie, menu kita serupalah hari ni... Nur masak asam pedas batang keladi.. beli di Ayer Hitam.. :)

    ReplyDelete
  2. salam kak yatie...lama saya tak makan sayur keladi. tengok foto kat atas teringin pulak nak makan..

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Yatie cayangg.. waduhh waduhhh kecur amat dong! mana nak cari?? nak kena cari kat kedai makan ler jawabnya ni...:))

    ReplyDelete
  4. salam yatie..teringat akak masa kecik dulu pernah mkn sayur keladi pastu kena gatal2 mulut sehari suntukk..gatal2 pedih..camner tu? adoii pastu sampai la ni trauma nk mkn sayur keladi walaupun sedap..hehe!!

    ReplyDelete
  5. Assalam Kak Yatie, lama tak mkn sayur kg gini saya tak pandai lagi msk sayur mcm ni...tapi mak saya selalu juga masak gini.

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum Yatie, kat Sabah ni sayur keladi dah siap bersih, tinggal masak je. Itu pun tak trbeli dan termasak....nak emak juga yg buatkan...hehe

    ReplyDelete
  7. Assalam Yatie.
    Bila balik kg,mak selalu masak asam rebus batang keladi ni.sedap sgt makan dgn nasi panas2.

    ReplyDelete
  8. assalam yatie..
    aduh duh.. sedapnya sayur asam keladi.. feberet akak ni tau.. kalau mak akak masak kompem 1 mangkuk besar akak ratah duluan sebelum mkn nasi... nnt bila nk mkn nasi perut pun dah kenyang.. hihi... kat sini kalau nk msk btg keladi pun kena cari kat pasar tani juga... itupun kdg2 terkena btg keladi yg terasa gatal2 sikit.. tu yg jarang beli sbb tak reti nak pilih keladi mana yg tak gatal... terliurnyaa akak...

    ReplyDelete
  9. salam kak yatie

    tgk lauk ni teringat ke arwah mak, dia tiap kali bulan puasa mesti carik lauk ni kat pasar ramadhan, nak masak sendiri tak baloi sebab dia sorang je yg makan, hehe org lain tak reti nak makan pun =)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails