Wednesday, May 26, 2010

Puding Berkuah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke sini lagi. Sekarang cuaca di US dah mula panas, jadi saya pun mulalah membuat dessert utk sejukkan tekak ni. Biasanya masa bulan puasa mmng wajib buat dessert seperti ini, dan ianya memang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Mari kita lihat bahan2 yg di perlukan..mudah je..



Bahan2 Utk Puding
  • 1 cwn tepung kastard
  • 5 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1/2 cwn gula
Cara-Cara
  1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.
  3. Biarkan sejuk sebentar dan simpan dlm peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan.
Bahan Utk Kuah
  • 1 tin mix fruits ( Boleh ganti buah laici, peach dan nanas..)
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air biasa (air masak)
  • 1 cwn gula( terpulang pd masing2 ya..)
Cara-Cara
  1. Masak gula bersama air(sekadar gula hancur je..). Setelah itu biarkan sejuk.
  2. Setelah air gula sejuk, bolehlah tuang mix fruit dan susu.
  3. Ambil puding tadi dan masukkan kedlm mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur mix fruit.
  4. Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais.
**Biasanya saya guna air masak biasa campur dngn susu cair dan gula saja. Lepas tu tuang mix fruit tadi.Gaul sebati dan letak sedikit ketulan ais. Barulah di hidangkan bersama puding kastard

18 comments:

  1. Salam kak yatie! alahaiii kita lama sgt tak buat puding gini, suke sgt! nak2 berkuah.. masuk listlah nak buat jugak nanti kalau rajin, semalam tu bingung2 jd kek cipon jerr hihihi

    ReplyDelete
  2. wah, sedapnya puding berkuah ni, memang sejuk tekak kalau makan....rasa secawan kak..

    ReplyDelete
  3. huuuuu terliur jijah dibuatnyerr ... wawaaa .. mana nak cari nii ?? ...

    ReplyDelete
  4. salam..
    kak yatie...sajer hidangkan puding nie yer

    ayu terliur...
    nak pi jauh sangat.............

    ReplyDelete
  5. Love pun minat sangat puding berkuah ni kak! Sll gak buatnye...

    Terliur tgk akak punye! uwaaaa! ;)

    ReplyDelete
  6. cantik berwarna warni..semuga yatie sekeluarga sihat sejahtera sentiasa..

    ReplyDelete
  7. Bestnya dpt mkn puding waktu cuaca pns.. Blh menyejukkn badan. K.yatie ni salah sorg ibu / isteri yg pandai dn rajin msk.

    ReplyDelete
  8. puding ni mmg kesukaan anak2. tak lama lg cuti sek, mesti nak kena buat puding kuah ni.

    ReplyDelete
  9. kk yatie....cantik warne warni..mmg peberet saya ni..nk semangkuk..besar punye!!

    ReplyDelete
  10. salam k.yatie...ni wajib buat nih weekend nih...antara puding feveret nih (mcm suma makanan feveret zla jer ni...)

    ReplyDelete
  11. sedapnyer puding tuuuuuuuuuu.. musim2 panas mmg menyentuh perasaan sungguh dpt menikmati puding camtu..

    ReplyDelete
  12. Jijahh=> buat sendiri je..puas hati...letaklah mix fruit banyak2...manyak sodap woo...

    Siti Ruhayu=> wkmsalam, alahai buat sendiri je Ayu...kalau dekat akak dah bagi semangkuk...hi3.

    ReplyDelete
  13. Love2Cook=> mmng sedapkan puding ni...akak punya biasa2 je...nak gak rasa puding Love tu..

    Datin El=> terima kasih atas doamu itu..moga datin sekeluarga juga begitu..

    ReplyDelete
  14. AdryDaud=> terima kasih,akak cuma menjalankan tugas dan tanggungjawab je...memasak utk keluarga ni mmng suatu keseronokkan pd akak..

    Ain=> mmng sedap puding ni...lagi2 ada mix fruit,mmng anak2 suka....buatlah kak...mesti anak2 suka..

    ReplyDelete
  15. IzahDaut=> boleh je...ni akak bagi semangkuk besar khas utk Izah..abeskan tau....hi3..

    Azura=> memang sedap puding ni...kena pulak cuaca panas....terasa sejuk je tekak...yatie mkn berulang2 je...

    ReplyDelete
  16. Azila=> buatlah,pastu masukkan kat blog,akak nak tengok gak....akak tau Zla dtng, mestilah masak menu kegemaran Zla....kalau dekat dapatlah rasa betul2....hi3..

    ReplyDelete
  17. wahh sedapnyer.rasa nak buat terus bila nampak pudding yang terliur mulut dibuatnya....kan bagus kalau mak saya tolong buatkan.nak buat sendiri takut tak jadi.........

    ReplyDelete
  18. sedapnya... kte pun nk buat jugak ... -Lara lara

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails