Monday, September 19, 2011

Lepat Serimuka Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu sekali lagi, harap kawan2 semuanya sihat dan ceria di samping keluarga tersayang. Hari ni nak kongsikan bersama resepi kuih serimuka yg sangat sedap. Saya mmng peminat setia kuih serimuka...suka betul bau pandan yg harum tu, kena pula pulut yg lemak2 masin tu..betul2 buat kuih serimuka ni sedap sangat. Resepi asal kuih ni adalah dari K.Liza dan kali ni saya tambah sedikit kelapa parut putih...waduh sedap betul seakan2 mcm makan lepat pula.....sbb tu tukar namanya lepat serimuka pandan supaya senang buat rujukan. Terima kasih K.Liza resepi yg mudah dan sedap ni.

Saya buat kuih ni gunakan loyang 8", jadi saya kurangkan sedikit pulut tu menjadi 1 1/2 cwn. Kuih ni kelihatan cantik dan seimbang pulut dan serikayanya. Kalau anak saya Hamka yg makan kuih ni, bahagian pulut tu di tinggalkan....dia suka yg bahagian hijaunya saja. Dina pula suka bahagian pulutnya je..hai macam2 perangai anak2 ni. Kalau nak adil dan tak membazir, sayalah orangnya sbb suka kedua2nya....hehehehe.....Petang2 mcm ni layan kuih serimuka bersama teh O panas..wallaaaaahhhh sedapnya...jom lihat resepinya..



Lapisan Bawah:
  • 1 1/2 cawan pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan kelapa parut putih
  • sedikit garam
  • (kalau suka boleh letak sedikit kcng lepat yg telah direbus dan gaulkan rata, Yatie tak letak sbb tak berapa suka)
Cara- Caranya
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa 4 jam sebelum dimasak.
  2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak. Saya kukus dlm 20 minit.
  3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci.
  4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan Atas:
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cwn jus pandan( Yatie kisar 4 helai daun pandan bersama air dan jadikan jumlahnya 1 cawan)
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kastad
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna hijau
Cara-Cara
  1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
**Utk adunan ni Yatie masak sebentar di atas api sederhana sehingga naik wap sahaja dan tuangkan di atas lapisan pulut tadi. Kukus lagi selama 20 minit dngn api sederhana.
Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.

15 comments:

  1. Salam yatie.Dah habis penat raya ya. Nampak sedapnya dan ada satu kelainan dengan menambah kelapa.Nanti nak cuba.

    ReplyDelete
  2. Salam cantik kuih seri muka yatie tu..menjadi kalau saya buat ada je kurang nya telembik..apa pun nak sikit buat rasa hehhh

    ReplyDelete
  3. salam yatie,cantik je akak tengok serimuka yatie ni.halus je tekstur nya..:)

    ReplyDelete
  4. mulus je kejadiaan nya.. kagum dengan akak bab2 kuih kukus ni

    ReplyDelete
  5. beatnya kalau jadi jiran Yatie..hari2 dpt rasa kuih talam ;)

    ReplyDelete
  6. Assalam yatie selamat hari raya ,wah sy pun peminat serimuka lamanya tak mengukus kuih muih ni

    ReplyDelete
  7. kak yati, nur suka seri muka..mesti sedap kan..semua org puji...

    ReplyDelete
  8. kak yatie...mak lapisan atas jela yer..pulut lom boleh mkn lg ni..hihi

    ReplyDelete
  9. Assalam Yatie cayangg...sori lama x jenguk dapur Yatie..bz ntah apa2...tp diri mu tetap dlm ingatan..hehee... Mintak kuih 4 potong... :)

    ReplyDelete
  10. Ku serupa dgn Anna Qawina..klu makan seri muka..amik bhg atas aje..heheheh

    ReplyDelete
  11. Wahhh sedapnyeee... tp kalau lia, lia makan ijonya aje. Pulutnya tolak tepi...

    ReplyDelete
  12. sama jer dgn anak saya yatie.. dua2 tinggalkan pulut.. siap pesan tak letak pulut tak boleh ke ibu..

    ReplyDelete
  13. sgt cantik dan kemas aje Yatie nyer seri muka nie.. zura ada buat aritu.. huhuhu.. x berseri langsung.. tp mmg peberet.. nk cuba lg nnti..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails