Sunday, February 13, 2011

Kuih Sago Kukus

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Ini adalah menu ringkas tetapi sedap di tekak. Pada pengemar kuih sago tu bolehlah mencuba, pada yg tidak tu...tengok jelah ya....no komen. Biasalah kdng2 bila kita tak suka sesuatu makanan tu, ikut sedap hati je mengomen padahal itu kan makanan. Biarkan jelah...jngnlah di komen atau di rungutkan.... sekurang2nya kita kena bersyukur nikmat yg Allah berikan pada kita...kita tidak kekurangan makanan dan dpt hidup dngn selesa tidak seperti sesetengah orng yg bernasib malang. Ini adalah peringatan utk diri saya sendiri juga. Renung2kanlah...

Kuih sago ni mmng sedap. Lebih sedap lagi kalau di makan bersama kelapa parut muda.Resepi asal adalah dari Mama Kastam@ MyR dan saya kopipes dari Izah. Terima kasih pada penyumbang resepi yg mudah dan sedap ni. Mmng cantik je sago tu bila di kukus...cantik sekata je warna sago tu. Sebelum ni saya pernah buat, tapi tak kukus, ada juga warna sago yg tak sekata, masih putih2 lagi....so lenkali mmng saya guna resepi ni je...



Bahan-bahan ( Loyang 22 cm )
  • 1 gelas sagu biji kecil>> Kita guna sukatan cawan metrik
  • 3 gelas air>>yg ni pun sama
  • 3/4 gelas gula pasir
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose
Cara-caranya:-
  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang.
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji(yg ni kita kukus terlebih masa sampai dia betul2 jernih). Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.

7 comments:

  1. kak yatie..
    terliur betul mas tengok kuih sagu tu...
    peberet mas tau...sedapppnya....
    nak sepinggan kak..boleh abiss tau...

    ReplyDelete
  2. salam Yatie...
    wah mengukus lagi.... cantik lah warna dia... mmg sekata... selalu sagu ni susah kan nak sekata warna dia....?? ita pun suka kuih yg berasaskan sagu ni... lembut aje kan? yg paling suka abok2 ha ni dah sebut2 ni kan dah terasa2 kat anak tekak... senang tak nak potong dia Yatie..?

    ReplyDelete
  3. cuaca kat sini panas betul yatie.bila tgk kueh ni rasa sejuk je kat tekak kan?.

    ReplyDelete
  4. teringin nak wat kuih neh... tp takut tak menjadi jer.... lama tak kak nak tunggu dier jernih tuh? sejam? dua jam? hihihi

    ReplyDelete
  5. Sedapnya Yatie...akak memang suka kuih sagu ni...nanti kena cuba ni...

    ReplyDelete
  6. cantikkk......sedapkan kak yatie..saya pun suke amat dengan kuih sago ni,..alhamdulillahh..syukur dengan rezki nikmat yang Allah kurniakan,..

    uis..kak hana..mana ada lama pun nak tunggu jernih tu kan kak..rasa idak ler sampai berjam jam kan...tapi mmg saya suka buat cara kukus ni...

    ReplyDelete
  7. askum k.yatie..ni kuih breakfast zla kat opis.mmg sedap kan...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails