Thursday, February 3, 2011

Sticky Caramel Chicken Wings

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni ramai yg bercuti sempena CNY. Jadi saya pun tidak ketinggalan utk mengucapkan Happy New Year pada kawan2 berbangsa Cina. Malam nanti pun saya akan bertolak pulang ke kampung utk bertemu ayah dan bonda serta keluarga tercinta. Peluang yg ada ni jangan di lepaskan begitu saja....gunakan dngn sebaiknya. Hai tak sabar rasanya, ini pun tengah menunggu 2 biji kek yg saya masak utk di bawa pulang bersama. Moga kami sekeluarga selamat sampai ke kampung. Dalam pada bersiap2 tu, saya masak sticky caramel chiken wings yg sangat mudah dan sedap. Ratah2 gitew je pun sedap. Resepi ni saya ambil dari Ayu Singapore. Ayu pula ambil dari Mutiarazura@ MyR. Terima kasih pada penyumbang resepi yg sedap ini, saya kopipes kat sini pulak ya.



Bahan-bahan ( 24 keping )
  • 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
  • 1 sudu besar halia dicincang
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam (saya tambah..)
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/4 cawan (60ml) madu-(Ayu gunakan dalam 7-8 sudu besar, saya pun sama..)
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
  2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
  3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!

11 comments:

  1. Wah sedap ni kak yatie...boleh cuba ni..slalu beli kat pasar jer..kekdg terrentung lebih...


    Chicken wing ni mmg ratah gitu jer..mmg sedap!

    Hepi balik kg..drive safely!!

    ReplyDelete
  2. assalam yatie...

    amboi sedapnya sticky caramel chicken wings yatie buat ni...terliur betul ima tengok...nak simpanlah resepi ni..nanti leh cuba..

    ReplyDelete
  3. mkn ngan nasi ayam sedap ni... ratah lg la sedap!!!

    ReplyDelete
  4. woww..sedappnya...nak gak sikittt...

    ReplyDelete
  5. Sedapnye chicken wings tu kak!!! Wish U all a safe journey back to kampung dear! Take care...

    ReplyDelete
  6. assalam kak...wah sedapnya nengok ayam ni mlm2 ni...terasa lapar pulak...hehe btw selamat bercuti dan blk kg yer kak...semoga selamat pergi dan blk....tumpang gumbira jer dgr org blk kg ni...huhuhu

    ReplyDelete
  7. dulu gian betol makan ayam nih... tak cukup kepak semua kita bantai masak.... mmg best gler!

    ReplyDelete
  8. balik kg, yeayyy!drive baik2 ya..bestnyer ayam tuh :p~

    ReplyDelete
  9. kak yatie...ade lagi x ayam tuuu?bak sikit..emmm sedapnye....

    ReplyDelete
  10. Assalam yatie,
    sorry kita datang lambatlah..
    holiday kita masuk jb..itu yang tak dapat bertenet..
    ayam confirm dah habis ni..yatie pun balik kampung dah balik rumah balik dah kita baru tiba..hehe..apa2 thanks sudi cuba ayam sticky ni..
    hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails