Hari in terlebih rajin sikit rasanya.Lepas masak tengahari saya terus berangan nak buat kuih apa untuk minum petang.Rasanya dari semalam nak buat kuih koci keledek. Semuanya gara2 inti kelapa yang masih ada tu.Dalam kepala macam2 nak di gayakan,nak buat paulah,kuih bomlah...tapi lebih sesuai buat kuih koci je,lagipun ada daun pisang yg ku beli dari Vietnam market tempohari.Daun pisang ni sebenarnya dari Thailand... frozen lagi...tapi jadi gak kuih kociku....Rasanya semua tahu buat kuih ini kan...takpelah saya saje nak berkongsi bersama kawan2 semua.
Kita lihat bahan-bahannya ya..
Bahan-bahan
3 cawan keledek lecek(anggaran 4 biji yg sedang)
2 cawan tepung pulut
sedikit garam
secukupnya daun pisang yg di layurkan
minyak secukupnya
Bahan inti
1/2 biji kelapa parut(putihnya je)
1 cwn gula merah/melaka
3 sb gula pasir
2 helai daun pandan
sedikit air
Cara-Cara.
1. Keledek di rebus dan toskan.Lecek halus dan jadikan 3 cawan.
2. Campurkan tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga sebati.
3. Bulatkan ikut suka dan isikan inti dan bulatkan semula.
4. Ambil daun pisang yg telah dilayurkan dan sapu minyak.
5. Letak adunan doh yg telah siap tadi kedalam daun pisang dan bungkus semula.
6. Setelah siap kukus selama 30 minit.
7. Angkat dan biarkan sejuk.
assalamualaikum yatie. sedapnya kuih koci ni...!!! terliur dah ni... nak le 3,4 biji!
ReplyDeletewaalaikumsalam kak ita...kuih ni memang sedap...yatie suka sangat...kat sini keledek jenis oren je yg ada...klau kat msia ada yg kuning...nak boleh je,ada lagi ni,yatie wat breakfast pagi ni ...akak buat sendirik ye,lagi sodap...dapat banyak....
ReplyDeleteAduhhh..ujan kat sini yati....dapat koci..Ya Allah...tak bleh nak cakap apa dahhh....
ReplyDeleteAkak linkkan la...senang nak refer...kat bhg periuk belanga di blog akak...
wahh sedapnyer.pasti sgt lembut kan sis.
ReplyDeletesis duk area mana ye..klu dekat blh kita jmp berbual2.
salam kak yatie..
ReplyDeletewaduh!sedap ni kak..huhu
salam yatie,
ReplyDeletekita tak pernah buat koci keledek. boleh masuk senarai berbuka ni. tq.