Bahan-Bahan-loyang 9x9 inci
- 1 cawan gula
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan pekat
- 2 cawan air
- 2 sudu besar mentega/minyak sapi
- 4 biji telor
- 1/2 sudu teh garam
- 1 tin kacang merah (red kidney beans)-buangkan airnya, cuci dan toskan
- bijan
- Satukan kesemua bahan kecuali kacang merah dan bijan. Kisar sampai sebati.
- Masukkan dlm periuk dan masak hingga pekat sedikit dan sentiasalah kacau guna whisk. Guna api sederhana je.
- Masukkan kacang merah dan gaul rata.
- Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega.
- Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
- Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit atau sehingga garing. Guna api atas dan bawah. Kalau nak garing lagi tambahkan masa dlm 5 minit guna api atas sahaja utk permukaan kuih yg garing.
hai..salam kak..
ReplyDeletecantik bingka tu dengan pertama kcang merah tu..menarik sangat dan pasti sedap..
salam kak...sedapnya tgk bingka akak ni...fiza ambik ye kak resepi ni...nanti nak try jugalah buat...nampak cam senang ja...t/kasih kak
ReplyDeleteSalam yatie...cantiknya bingka kacang merah tu..mmg betul2 nampak kacang tu macam permata kat dlm bingka...
ReplyDeletesuka tgk hasil kuih y cantik..nak try la.tq 4 resepi:-)
ReplyDeletesalam kak yatie..
ReplyDeleteKuih ni orang Kedah panggil bengkang..saya lum pernah makan yang ada kacang merah.
nampak sedap je bingka permata kacang merah ni kak yati..btol2 nampak kacang merah..kne try ni..:)
ReplyDeleteakak tak pernah guna kcg merah dlm tin tu... selalu dok rebus je kcg yg mentah tu.. tp tulah.. jenuh tunggu kacang empuk.. hehe..
ReplyDeletecantik potongan kuih tu bila ada dot2 kcg merah tu