Sunday, May 8, 2011

Sayur Lodeh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah resepi sayur lodeh yg saya masak utk di makan bersama nasi impit dan rendang TOK tadi. Kalau kawan2 nak rasa tu, bolehlah mencubanya.Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.



Bahan- Bahan Sayur
  • 10 btng kacang panjang - dipotong pendek/serong
  • 2 biji kentang - di potong dadu/kecil
  • 1 btng carrot - di potong 1" tapi tipis
  • 1/4 biji kobis - di hiris
  • 1/4 biji sengkuang- di potong 1 " tapi tipis
  • 2 keping tahu kering- di rendam dan potong kecil
  • 1 ikat kecil soo hoon- di rendam dan potong kecil
  • 2 keping tempe*
  • 2 keping tahu*(* di goreng, dah sejuk di potong kecil)

  • 2 btng cili merah- di potong serong
  • 2 btng serai- di titik
  • 3 cwn santan cair*
  • 3 cwn santan pekat*( saya guna 2 biji kelapa parut, kalau guna santan kotak, saya guna 2 kotak...200ml setiap satu kotak, selebihnya tambah air)
  • garam dan sedikit gula
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar udang kering
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar. Masukkan serai yg di titik.
  2. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan sedikit air dan masukkan kentang yg di potong dadu tadi. Masak hingga sedikit empuk
  3. Masukkan carrot, kcng panjang dan sengkuang. Gaul sebati.
  4. Masukkan soo hoon, tahu kering, tempe, tahu dan kobis.
  5. Masukkan santan cair dan biarkan sehingga mendidih sambil di kacau.
  6. Masukkan cili merah yg di potong serong tadi dan masukkan santan pekat.
  7. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Biarkan mendidih.
  8. Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan bolehlah di hidangkan.
  9. Hidangkan bersama nasi impit, lontong, ketupat ataupun bersama nasi putih.

3 comments:

  1. Assalamualaikum.. Kak suka nya saya ngan sayur ni. Dapat plak nasi impit confirm 3 mangkuk leh habis

    ReplyDelete
  2. yatie..kuah lodeh ada lagi tak?hehehhe

    ReplyDelete
  3. Assalamulaikum Yatie


    ada lodeh orang Johor ni...sedapnya. kecur lak dipagi hari. kalau rajin buat nasi impit ada pulak serunding memang kaw2 kalau makan. sedap lah kecur pulak pepagi ni :DD

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails