Thursday, November 24, 2011

Kek Span Pandan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan bersama kek span pandan yg saya buat petang semalam. Kalau setakat kek biasa2 ni bolehlah saya buat, kalau yg canggih2 tu mmng tak retilah. Lagi2 bab mendeco tu, tak ada kemahiran langsung. Tak kisahlah, asalkan kek yg saya buat ni hasil air tangan sendiri dan di berikan pada suami dan anak2 yg menghargainya dan menikmatinya dngn penuh selera. Syukur Alhamdulillah....

Sebelum ni nampak Kak CT buat kek span perisa strawberry. Kali ni saya buat perisa pandan sebab Hamka tu mmng suka sangat kek/kuih warna hijau. Kalau kek warna hijau..hai tak sabar2 dia nak rasa, sampaikan mangkuk adunan tu pun di ambil dan dirasa lebihan adunan yg belum masak tu. Pastu tunggu je depan oven, tanya bilalah nak masak kek ni..hehehehe..klakorlah Hamka ni. Takpelah, inilah masa seronoknya bila anak2 masih kecil, ada yg menanti masakan mamaNya. Bila semuanya dah besar dan tinggal jauh dari kita, takdelah yg menunggu kek depan oven lagi. Masa tu barulah terasa sunyi je.. Btw hargailah kegembiraan hari ini dan jangan selalu mengeluh bila sesuatu tu berlaku.

Ok, resepi ni saya kopipes dari Sweet4ever@my resepi.com. Terima kasih pada penyumbang resepi. Jom kita lihat bahan2 yg di perlukan. Kalau nak buat tu terpulanglah pada selera masing2 ya. Boleh di ubah ikut perisa kegemaran. Kek ni mmng sedap dan lembut sangat. Rasanya seakan2 kek chiffon.



Bahan-bahan : (loyang 4 segi 8 inci)
  • 150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum
  • 150 gm gula kastor
  • 5 biji telor A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80 ml susu segar/air pandan
  • 80 ml minyak masak / mentega cair
  • 1 sudu teh pes pandan
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Sedikit pewarna hijau
Cara-cara :
  1. Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing). Yatie pkl telur bersama gula hingga kembang dulu. Lepas tu baru masukkan ovalette dan pukul lagi hingga kembang.
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar/air pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau... pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 8 icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
  5. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.

16 comments:

  1. Assalam Kak Yatie, sedapnya tgk kek span ni kak...lembut jer kan.suka sgtlah Hamka tu maknya rajin buat kek colour hijau jer:)

    ReplyDelete
  2. sedapnya kek ni...nmpk gebu jer

    ReplyDelete
  3. hehehe..samalah anak kita pun..suka colek-colek adunan yang belum dimasak..sedap katanya

    ReplyDelete
  4. as-salam kek yati
    warna yg cantik kek span pandan tu kak yati..npk gebu kek ni..

    ReplyDelete
  5. Assalam kak,mmg nmpak gebu gebas kek pandan tuh kak..KLAKAR la hamka eks,peminat fanatik ijo lah nih eks..A"ah mmg toi cam akak kata,kena hargai setiap masa yg ada ngan anak2 ,depa nih kejab jer besar kan kak,tgk2 dah sek,pastu msk u,tgk2 dah dpt menantu n cucu,Uishhh melalut lak sy nih,hihi..

    ReplyDelete
  6. assalam yatie, nmpk gebus jer kek span yatie ni.Suka kaler dia lembutt jerr

    ReplyDelete
  7. Salam kak yatie,
    cantik hijaunya tu..mesti sedap nih... =)

    ReplyDelete
  8. salam kak...sy datang bawak aam pedas ni..hehe/...jomler tuko2 ngan kek sepan gebus akak nih..sodap nampaknye.....kompom masuk mulut ilang je ni kan.... :)

    samela kite..sy pun mmg suke sangat sangat ngan asam pedas... x blh ingat bape kali menambah klo makan asam pedas.. hmm..tp kene gaye masaknye la, kene pedas2 n masam2 sket...hihih...kalo kat kedai susah nak cari yg kene ngan selera kan...salu jumpe yg paras kepekatan yg x sama...selalu dpt yg cair bair jer....pastu x masam..haish...cerewet tul sy klo bab asam pedas..hehe..tu pasal kene wat sdr br puas ati :)

    ReplyDelete
  9. salam rindu k.yatie..heheh.termengindam nak buat kek plak zla rasa bila tgk kegebuan kek pandan k.yatie ni,maklumlah org cuti masuk dapur 5 bulan ni..macam2 nak buat..nak nak tgk resepinya mudah plak..heheh

    ReplyDelete
  10. salam kak yati,
    nampak sgt gebu kek span tu...kelakar baca gelagat hamka...comel

    ReplyDelete
  11. aslmkum yatie.. sedap ni.. suke bau harum pandan.. klau kt rmh saya ni kuar oven terus jer kene terkam.. cantik warna hijaunya..

    ReplyDelete
  12. Auchh...mmg sedap tul kek span pandan....gebus n sgt tertib kejadiannya tuu..

    ReplyDelete
  13. gebunya kek...geram tengok...lama betul saya tak buat kek pandan...ni kalau sebut depan makcik mesti dia suh buat serta merta sebab dah bertahun dia tak makan...hehhehe

    ReplyDelete
  14. assalam yatie, nampak gebu je kek tu, kelakar hamka, sama gak mcm anak akk suka sume kuih2 kaler ijau hehe

    ReplyDelete
  15. salam yatie - sama la yatie my lil darwisy akan sentiasa tunggu bekas lebih adunan cake utk di rasa...kelakar tp pada lina sgt menarik melihat telatah anak2. Lepas tu tak sabar pi check kat dapur tengok kan...seronok kan.

    ReplyDelete
  16. Аhaa, its gοod conversation about this artіcle at this place at thіs
    ωeblog, I haνe read all that, ѕo
    at thіs time me alѕο commenting at this plаce.


    Mу ωeb blog; Chemietoilette

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails