Thursday, July 19, 2012

Kek Cheese Bersalji @ Snow Cheseecake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ini menu terakhir sebelum menyambut Ramadhan Al Mubarak. Inilah kek yg saya buat masa hari ulangtahun kelahiran suami tempohari. Sebenarnya suami taklah suruh buat kek segala, dah ada pulut kuning pun dah syukur sangat. Macam biasalah bila anak2 memujuk mamaNya suruh buat kek utk ayahnya, mmng tak boleh tolak punya permintaan mereka. Fikir punya fikir, jadilah kek cheese bersalji. Lagipun suami saya mmng suka kek yg ada cheese, mmng bersesuaianlah kek ni. Bila rasa je kek ni, suami kata...fuhhhhhh sedapnya kek ni, mama letak apa dan apa ni..rasa mewah dan sedap sangat. Hah3..wat tergelak jek dibuatnya. Saya pun terangkanlah letak itu dan ini....padanlah sedapppp sangat kata c.abang saya. Tak caye ke...kalau tak percayaaaa tuu...anda cubalah sendiri, pasti tau rasanya mcmana.

Terima kasih pada Sherry@MyR berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, juga buat K.Zai yg rajin mencuba resepi2 kek yg sedap2. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Kalau kawan2 teringin tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya...




Bahan-Bahan-loyang 8x8 inci
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gm gula halus
  • 100 gm tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
  • 60 gm tepung jagung (maizena)
  • 50 ml air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu teh ovelet
  • 75 gm mentega (dicairkan)
UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
  • 1 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
  2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
  4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
  5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
  6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

18 comments:

  1. comelnye kek keju! nak makan pun sayang nih hehe

    ReplyDelete
  2. meriahnya ngan keju... saya suka keju..nanti boleh dicuba..selamat berpuasa yatie...

    ReplyDelete
  3. sedapnya kek...meriah dgn cheese...

    dikesempatan ini saya nak ucapkan selamat menyambut ramadhan almubarak buat kak yatie sekeluarga...:)

    ReplyDelete
  4. Siapanak buat...akak bagi duit,dah siap hantar rumah akak.

    ReplyDelete
  5. sedapnya kek keju.....
    sekali makan sure nak lagi........

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kek ada salji tu... Salam Ramadhan Yatie...

    ReplyDelete
  7. Salam ramadan Kak Yatie,

    nampak sedap sangat kek tu...nak cubalah nnt.
    Tq.

    ReplyDelete
  8. Ohh tidakk!!!..Kek yg penuh dgn limpahan keju.
    Sedapnya....

    Selamat berpuasa Kak Yatie. (^_^)

    ReplyDelete
  9. salam dek yatie manis kusss...selamat berpuasa dan menunaikan solat suant malam nanti ya..kak ilah mohon maaf jika selama ini kak ada menguris hatimu dek...

    ReplyDelete
  10. Assalam Yatie..Selamat menyambut Ramadhan dan semoga segala amalan kita diberkati Allah..

    ReplyDelete
  11. kak yatieeee.. i misss uuu. sorry lama tak jenguk ke sini.. sedap nya kek. lama tak membking. huhuhu

    ReplyDelete
  12. Kek ni mmg sgt sedap n simple. Sy guna tepung mix sponge cake jer..

    ReplyDelete
  13. ti nak cuba try skali lagi lah (entah bila la tu), cubaan pertama saya gagal di situ..tapik sebab dah guna banyak bahan, tayang gak la kat blog tak seberapa tu...haha..tapi saya disclosed lah kejadian kek yg tak jadi tu taw..hehe

    ReplyDelete
  14. boleh x klo kukus?

    ReplyDelete
  15. sy dah buat..jadi!! tq kak yati.. :)
    http://nadiasukamasak.blogspot.com/2013/11/snow-cheese-cake.html

    ReplyDelete
  16. dh try wat kek ni.siyes sdp...mak sy puji melangit...tq kak yatie

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails