Monday, October 31, 2011

Talam Tokyo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu kembali dngn resepi Talam Tokyo kegemaran ramai. Resepi kali ni mmng benar2 menepati citarasa saya. Terasa kenyal2 lembut lapisan sagu tu di gabungkan dngn haruman pandan di lapisan atas kuih ni...membuatkan siapa yg memakannya begitu asyik hingga berangan2 sampai ke TOKYO... Alahai saje je gurau di petang isnin ni. Kalau tak percaya, cubalah sendiri...mmng sedap betul kuih ni. Terima kasih pada Chef Asma yg sudi berkongsi resepi talam tokyo yg sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Saya mmng dah minta izin pun semasa bertemu Chef Asma tempohari yg lepas. Sebelum ni saya juga pernah buat Talam Tokyo di SINI. Saya rekomen pada kawan2 semua supaya guna resepi Chef Asma ni, mmng gerenti menjadi dan yg penting ianya sedap. Apa lagiiiiii..jom semak bahan2 yg di perlukan. Pada penggemar kuih2 tradisional mcm ni bolehlah mencubanya.





Bahan Utk Lapisan Bawah (loyang 10x10x2")
  • 300 gm sago kecil warna putih
  • 60 gm sohoon
  • 100 gm kelapa parut putih
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1 sudu kecil garam.
Cara-Cara
  1. Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.
  2. Rendam sohoon dngn air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil2.
  3. Satukan bahan2 di atas dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak. Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak.
  4. Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.
Bahan Utk Lapisan Atas
  • 4 biji telur
  • 300 gm gula pasir
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air +3 helai daun pandan(blender dan tapiskan)
  • 100 gm tepung kastard
  • sedikit pewarna hijau
  • 1/8 sudu kecil alkaline water@air abu (takde, Yatie guna 1 sudu kecil air kapur)
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-Cara
  1. Campurkan semua bahan dan blend rata.
  2. Kacau sebati dan tapiskan. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
  3. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
  4. Padamkan api dan angkat kuih setelah masak. Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.
Tips Yatie= Saya tak bungkus dngn kain penutup kukusan tu semasa mengukus kuih, tapi saya buka penutup tu setiap 5 minit dan sentiasalah di lap dan sambung lagi mengukus.
Cara ini saya gunakan semasa guna pengukus biasa dan juga trio steamer.
Sekiranya terdapat sedikit air di atas permukaan kuih, sendengkan/sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu perlahan2.
Boleh juga gunakan kertas tisu dapur. Selepas itu, letakkan semula kuih di tempat rata dan biarkan benar2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan rata dan cantik. Selamat Mencuba...

41 comments:

  1. wow! glemernya nama kuih talam ni ;-)
    bawah dia tu sagu ye kak?

    ReplyDelete
  2. duh duh..ni yg buat daku sayang banget kat yatie...sedap ngonyel petang2 gini...fuhhh org first sampai..siap la korag yg kendian..mokcik nk pulun sensorang...hikhikhik...

    ReplyDelete
  3. salam dek yatie manis...
    mmg cung melecuunggg hijau dia..mesti sikecik yatie suka sgt... long ilah pun suka kuih2 kukusan..tapi pg tadi buat laksam kukus juga hehehe...resepi talam ni dah ada tapi lom cuba nak salin lagi sekali la yatie.. ngeh3x

    ReplyDelete
  4. kak..lia copy resepi..esok nak buat... :D terima kasih.

    ReplyDelete
  5. teruja nak tengok talam tokyo...bila tengok macam serimuka, sekali baca oooo.... bahannya ada sohoon dengan sagu pulak ye...

    ReplyDelete
  6. Akak saya pun ikut tips akak sapu air pada tudung pengukus . Kdg2 kalau bungkus pun ada air gak jatuh. Kak yatie mengguda tau. Tapi kan letak soohoon tu, ada rasa soohon tu tak? Tibe2 tekak tak berkenan kat pakcik sohon tu. Hahaha

    ReplyDelete
  7. Aiseymen...hari ni baru cadang nak buat Puding Roti Marble, Yatie dah ke Tokyo pulak. Lambat betul gerabak akak ni. Apa-apa pun akak kagum dgn Yatie yg rajin menalam ni. Good job...keep it up!

    ReplyDelete
  8. Salam Yatie. Along belum lagi cuba resepi ni. Tengok Yatie buat naik semangat pulak.

    ReplyDelete
  9. Asalamualaikum Yatie.. nampak cantik talam ni.. kalau free nak juga akak mencubanya.. terimakasih yer kerana berkongsi resepi talam ni..

    ReplyDelete
  10. Kak yatie..tentu sedap kan..sebab ada sago dan sohoon.Tak pernah lagi makan yg version ni.

    ReplyDelete
  11. cantik betol kejadiannya... solid!!

    ReplyDelete
  12. Aslmkum Yati

    dr jauh ingat serimuka tp talam tokyo...belum pernah rasa talam ni...

    ReplyDelete
  13. Assalam Yatie...amboii rajinnya wat talam ni..dah buat dulu kan...sungguhlah rajin adikku cayang sorang ni....kalau bagi kat akak 1/2 loyang ni alangkah bahagianya...hehe

    ReplyDelete
  14. apasal nama dia tokyo bukan Jb ke,kb ke hehe.Cantiknya kejadian talam tokyo ni.yatie ni mmg pakar dalam buat kuih talam.Tahniah.Insyallah nak cuba jugak lah resepi chef asma ni.

    ReplyDelete
  15. Kslau nak cari resepi kuih talam dan tgk kuih talam yg cantik dan kemas...wajib singgah kesini...he he...molek je potongan kuih Talam ni Yatie....nampak sedap je...nama pun glamour uuuu...tokyo mari...:D

    ReplyDelete
  16. @zarin
    glemer ke nama kuih ni...akak pun tak tau nape namanya talam tokyo, padahal orng jepun pun tak reti nak makan kuih mcm ni...hehehehe..

    ReplyDelete
  17. @Chah
    hah3..ni yg buat Yatie pun sayang kat Chah ni..nah yatie bagi 5 ketoi utk rasa, suka tak....

    ReplyDelete
  18. @ilahjy
    wkmsalah kak Ilah, mmng Hamka suka kuih yg kaler ijau mcm ni..tapi dia ngelat makan yg atasnya je..yg sagunya dia takmo...kuih ni mmng sedap sangat kak, cubalah..mesti lagi CUN kalau akak yg buat..

    ReplyDelete
  19. @Mamamya
    ok silakan mamaNya..akak tunggu niiii..

    ReplyDelete
  20. @Amie
    mmng mcm serimuka, cumma yg bawahnya guna sago, kelapa dan so'hoon...sedap sangat..cubalah.

    ReplyDelete
  21. @izahdaut
    betullah Izah, kdng2 dah bungkus penutup tu dngn kain pun still airnya menitik gak kan..tulah yg buat, lap penutup setiap 5 minit..

    mmng kuih ni letak so'hoon..tapi PERCAYALAHHHHH sikit pun tak rasa so'hoon tu...sedap sangat..Izah kalau nak buat, buatlah separuh adunan je sbb dpt banyak adunan ni..

    ReplyDelete
  22. @Junie Octovian
    tq sudi singgah sini, takpe buatlah yg mana berkenan dulu ya..selamat mencuba..

    ReplyDelete
  23. @HomeKreation
    wkmsalam, cubalah along..mmng sedap sangat kuih talam tokyo ni...

    ReplyDelete
  24. @Lina
    wkmsalam, mekaceh Lina...cubalah mmng sedap kuih ni...

    ReplyDelete
  25. @ibh
    mmng sedap sangat...gandingan yg mantap...cubalah..

    ReplyDelete
  26. @Gee®
    mekaceh Gee....Gee pun dah pernah buatkan..sedapkan..

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. @Mamasya
    wkmsalam, mmng mcm serimuka sekali pandang...tapi bila rasa..Ummmphhhh mmng sedap sangat..cubalah, baru tau rasanya...

    ReplyDelete
  29. @Ummi
    wkmsalam, mmng dulu dah buat kak, tapi resepinya lain sikit..resepi kali ni mmng best dan rasanya sedap sangat...cubalah..kalau dekat mmmng seloyang yatie bagi khas utk akak..

    ReplyDelete
  30. @cikmanggis
    tak taulah nape kuih ni namanya talam tokyo, padahal orng tokyo pun tak reti makan kuih ni agaknya...tq CM, mmng sedap kuih ni...cubalah kalau teringin nak rasa..

    ReplyDelete
  31. @cik cek
    mekaceh cik cek, yatie ni peminat setia kuih2 mcm ni...sbb tu suka buat dan suka makan...lehlah cuba kalau teringin...sedap tawww..

    ReplyDelete
  32. salam k.yatie.. menariknya tengok talam tokyo nie, sekali pandang mcm serimuka..resepinya mmg dah ade..tp lom sempat2 lae nak membuatnya.. :D

    ReplyDelete
  33. salam kak yatie...saya minat dgn kuih2 talam akak...saya ada try buat talam tokyo ni tp xjadila ...sagunya jd cair n bercampur dgn yg lapisan atas...maybe saya xpandai guna sukatan ml n gram...hehe boleh tak kak yatie berikan sukatan dlm cawan...tq..

    ReplyDelete
  34. nama saya aida...yg hantar komen td lupa pulak..tq..

    ReplyDelete
  35. salam, maaf nk bertanya... klu tgok dri resepi yg lapisan atas tu, cuma guna tpung kastad 100gm je...xde tepung lain ke?...x cair sgt ke adunan tu nanti?...

    ReplyDelete
  36. Talam ni nampak mcm best.. Blm pernah makan lg talam ni... So tak tau rasa dia camne.. Tapi nampak sedap..

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum Yatie..

    terasa nk buat talam ni tp mmg guna tepung kastad 100gm je ye?

    ReplyDelete
  38. maaf nak bertnya sebab tc kurang jelas pasal merenddam sagu tu
    sagu yang direndam selama 30 minit dalam air tak handcur ke sagu tu,
    tc pernh rendam tak sampai 10 minit, bila angkat ..berderai sagunya
    minta sedikit penjelasn kalau tak keberatan
    muga dapat membantu tc yang tak pndai nie
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdng2 sago tu pun memainkan peranan penting, sblm ni pun saya mengalami masaalah yg sama mcm tok-chik...rendam sekejap tapi dah hancur..bila saya guna sago yg ni rendam lama pun tak hancur...

      Delete
  39. As salam. tadi dah buat dan memang sedap sangat. Tapi kenapa saya mcm tak mahu berdiri tegak. Dan sagu melekat di loyang wp dah lumur minyak. Plastik tak ada. Dah potong guna pisau plastik dan dah sejuk berjam jam.

    ReplyDelete
  40. Assalam. Mohon share resepi ini. Kuih ini memang sedap sebab saya pernah makan . itu yang nak cuba ni....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails