Tuesday, July 31, 2012

Onde-Onde Labu Manis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu berbuka yg digemari ramai. Biasanya buat onde2 hijau dan onde2 pancawarna, kali ni buat onde2 labu pulak. Sebelum ni buat onde2 keledek, mmng sedap kalau di letak keledek ataupun labu. Bila makan tu taklah liat sangat, anak2 pun suka. Biasanya kalau kuih liat2 ni suami dan anak2 tak suka, saya lagilahhhh...maunya ditenung je kuih tu. Sebab tulah bila buat onde2 ni saya suka campurkan sesuatu bahan supaya lembut dan sedap dimakan. Semua tu ikut selera masing2lah ya, kita buat dia...yg penting laku dan tiada pembaziran berlaku. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya...mmng sedap onde2 labu ni, tak payah letak pewarna pun dah cantik kaler kuning asli labu tu..jomlah semak resepinya.



Bahan-Bahan
  • 2 cawan labu- yg telah di kukus dan dilenyek
  • 2 1/4 cawan tepung pulut
  • 1 ketul gula melaka - dipotong kecil2
  • 1/2 biji kelapa - diparut putih sahaja dan digaul dgn secubit garam
  • Air secukupnya- utk merebus onde2
  • 2 helai daun pandan-di simpulkan
Cara-cara
  1. Lenyek labu yg di rebus hingga lumat dan digaul sebati dgn tepung pulut.
  2. Kemudian masukkan air sedikit2, jika perlu. Saya tak letak air pun.
  3. Seterusnya gaul rata dan uli hingga menjadi doh yg lembut.
  4. Kemudian buat bebola kecil, masukkan potongan gula melaka ditengah2nya, tutup dgn kemas dan kepalkan semula menjadi bebola .
  5. Golekkan supaya menjadi sebiji bebola kecil. Buat sehingga adunan habis.
  6. Jerang air dlm periuk bersama daun pandan hingga mendidih. Masukkan bebola tadi kedlm air mendidih. Angkat apabila ia sudah terapung (maknanya... dah masak la tu..)
  7. Akhir sekali golek2kan diatas parutan kelapa tadi.

Monday, July 30, 2012

Mee Udang Tomato

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Mee udang tomato ini adalah menu berbuka semalam. Mulanya nak buat mee bandung, tapi malas pulak nak rebus daging segala. Jalan mudah saya buatlah mee udang tomato resepi CMG. Rasanya tak jauh beza dngn mee bandung, mmng sedap betullah. Kalau menu berbuka puasa, suami dan anak2 mmng suka menu mee...manakala saya suka bubur ataupun sebarang pengat. Tapi tak kisahlah gilir2 layan selera keluarga, yg penting dimasak sendiri. Terima kasih CMG berkongsi resepi ringkas dan sedap ni, Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg teringin tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya.



Bahan-Bahannya :-)

  • Mee kuning secukupnya, cuci dan celur 30 saat, toskan
  • 300 g udang sederhana besar
  • 3 biji kentang (250 g), rebus dan lecek
  • 3/4 cawan sos tomato
  • 2 camca besar sos cili
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1 camca besar gula perang
  • 2 ketul kiub ayam "Maggi" atau
  • 1 liter stok ayam
  • 1 1/2 camca besar cili kisar
  • Garam secukup rasa
  • 5 biji telur
  • 2 pokok sawi putih, cuci dan kerat2
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 camca besar udang geragau, rendam 10 minit dan toskan*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 hirisan nipis halia*(*dikisar halus)
Bahan Lain :-)
  • Hirisan daun sup/daun bawang
  • Bawang goreng
  • Tauhu, digoreng dan hiris
  • Taugeh, dicelur (mat tak celur)
Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk (atau kuali), tumis bahan kisar halus hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili, gaul rata. Masak sekejap.
  2. Tuang air dan masukkan kuib ayam (kalau guna stok ayam, tak payah guna kiub), kacau rata dan biar mendidih. Tambah kentang lecek, tomato, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih.
  3. Perlahankan api, pecahkan telur satu perlahan dan masak atas api kecil hingga telur masak dan timbul. Tambah udang dan sawi, masak untuk 2 - 3 minit lagi, rasa kuahnya dan jika ok boleh matikan api. Jika suka kuah cair, boleh tambah air.
PENYEDIAAN MEE UDANG TOMATO :-
  1. Isi mee secukupnya dalam mangkuk, tambah taugeh, tuang kuah bersama isi2nya dan juga sebiji telur.
  2. Hias dengan hirisan tauhu, bawang goreng, daun sup dan daun bawang. Hidangkan panas2...
CATATAN MAT GEBU :-
  • Kalau rasa sukar, boleh cedok kuah ke dalam "non-stick pan" sebanyak 3/4 penuh jerang atas api kecil dan pecahkan telur sebiji, bila telur masak, alih ke dalam periuk yang berisi kuah tadi, buat hingga siap..

Sunday, July 29, 2012

Biskut Arab Susu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni tak kemana2 ke? Hari ni saya dok rumah je. Semalam dah jln2 pergi shopping, arini takleh keluar lagi...kalau keluar maunya fulussss pun keluar gak. So jln selamat dok diam2 sambil masak2 utk family tersayang. Malam tadi sajalah mencuba biskut arab susu ni. Tengok bahan2 pun ringkas je. Biskut ni seakan2 biskut suji pun iye. Terpulanglah pada kawan2 nak cuba resepi yg mana ya. Biskut ni mmng sedap, terasa lemak2 susu tepung tu. Kalau berkenan tu, bolehlah mencubanya. Resepi ni saya dapat dari teman di FB Siti Norhafizah, dan tak pastilah resepinya ataupun dari orang lain. Kat fb tu dah banyak sangat di tag...so saya tak pasti. Btw terima kasih pada penyumbang resepi asal, mmng sedap biskut ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.



Bahan-Bahan
  • 2 cwn Susu tepung ( biasa guna susu nespray)
  • 2 cwn minyk sapi-(tak perlu di cairkan dulu)
  • sedikit garam
  • 7 cwn tepung gandum(di ayak)
  • ceri merah secukupnya-potong kecil2
** Gula aising ( utk gaul biskut bila dah masak sahaja)

Cara-Cara
  1. Campurkan susu tepung+minyak sapi+sedikit garam, gaul sebati
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
  3. Bentukkan doh menjadi bulat2 kecil, hias dgn ceri dan bakar hingga masak ( 15-20min) pada suhu 180 C.
  4. Bila dah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan gula aising..siap!

Friday, July 27, 2012

Ikan Siakap Sambal Serai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Selamat berpuasa bagi semua umat Islam, moga hari2 yg kita lalui di bulan ramadhan ini mendapat keberkatan dariNYA. Menu apa ya utk berbuka puasa hari ni? Biasanya saya masak ringkas2 je. Ikan siakap ni lauk semalam sebenarnya. Bila bln puasa ni terpaksalah masukkan menu semalam utk hari ni supaya kita dpt tahu rasanya mcmana, barulah boleh dikongsikan bersama teman2 tersayang. Bila tuan rumah dah kata sedap, barulah boleh cakap sedap...dan kawan2 bolehlah mencubanya kalau teringin. Kalau tak sedap tu, takkanlah nak dikongsikan bersama...marah pulak teman2 nanti. Kadang2 pada kita ok, tapi lain pula selera orang..tu yg susah tu. Jadi pada kawan2 yg nak mencuba pelbagai resepi di blog Sinar Kehidupanku ini, silakanlah ya...resepi mmng utk dikongsi bersama. Jom semak resepi ni.



Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ikan siakap sederhana besar
  • 1 labu bawang besar- di mayang.
  • 2 batang serai dititik
  • 1/4 cwn jus asam jawa
  • sedikit tpng jagung- utk goreng ikan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun sup-hiris sebagai hiasan
Bahan untuk di kisar:
  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 btng serai
  • 1 cawan cili kisar
Cara Menyediakannya
  1. Ikan di bersihkan, cuci dan toskan. Kelar2kan sikit permukaannya.
  2. Lapkan dngn towel kitchen dan lumurkan sedikit garam. Lumurkan pula dngn sedikit tepung jagung dan goreng terendam dlm minyak.
  3. Setelah masak, angkat dan toskan. Ketepikan dulu.
  4. Panaskan minyak dlm 1/2 cwn dan tumiskan bawang besar yg di mayang hingga sedikit layu. Masukkan bahan2 yang telah di kisar dan tumis sehingga naik bau.
  5. Masukkan serai yg di titik tadi dan gaul lagi.(Tambahkan sedikit air sekiranya perlu)
  6. Masukkan jus asam jawa, garam dan gula...perasakan.
  7. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah matikan api dan siramkan kuahnya ke atas ikan tadi.
  8. Hidangkan bersama dengan nasi putih hangat.

Thursday, July 26, 2012

Asam Kari Ikan Kerachi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak ringkas je. Biasanya ikan kerachi ni saya masak asam pedas ataupun kari, kali ni masak asam kari pulak....ada rasa keduanya dlm masakan ni. Resepi macam biasalah ambil dari Che Mat Gebu yg pakar memasak tu. Kalau takde idea nak masak apa, mmng wajib singgah blog che mat ni...pasti jumpa macam2 resepi yg best kat sana. Terima kasih Mat Gebu berkongsi resepi ni, izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Resepi asal menggunakan ikan pari, saya pula guna ikan kerachi, terpulanglah pada selera masing2 ya. Jom semak resepinya.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 gram ikan pari (Yatie guna ikan kerachi)
  • 1 biji terung biru
  • 1 biji tomato
  • 1 genggam daun kesom
  • 2 batang serai
  • 1 kuntum bunga kantan, belah dua
  • 1 senduk nasi cili kisar
  • 1 1/2 camca besar rempah kari ikan (Baba's)
  • 1 cawan jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 7 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 biji buah keras
  • 1/2 inci belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dicuci bersih, toskan. Terung dibuang sedikit kulitnya, belah dua dan potong serong sederhana tebal, rendam. Tomato dibelah enam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus hingga wangi, tambah cili kisar dan tumis sekejap. Masukkan rempah kari dan gaul rata. Tambah sedikit air, kacau dan masak hingga rempah dan cili garing.
  3. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan pari dan terung (toskan), tambah jus asam jawa, daun kesom dan bunga kantan. Biar mendidih perlahan.
  4. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan belahan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...

Majalah Edisi Khas Inspirasi Blogger

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Syukur Alhamdulillah dah 6 hari kita berpuasa. Moga kita semua di berikan kesihatan yg baik dan berpanjangan supaya dapat berpuasa dan beramal soleh. Moga tiap amal ibadah kita mendapat keberkatan dan rahmatNya. Aamiin.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada editor majalah AROMA, Siti Dimiati Awe yg sudi melamar saya bagi menjayakan penghasilan buku khas Kuih Muih Inspirasi Blogger dan Agar2 & Puding Inspirasi Blogger. Syukur Alhamdulillah diberi kepercayaan utk menyumbangkan beberapa resepi bagi di kongsikan bersama. Dengan terhasilnya majalah edisi khas ini dapatlah kiranya teman2 di luar sana yg tidak dpt melayari internet memiliki majalah ini dan mencuba pelbagai resepi.

Pada 15 jun 2012 saya mendapat emel dari Siti Dimiati yg melamar utk saya menyumbangkan resepi di majalah. Alangkah terkejut dan terharu saat itu. Dalam hati dok terfikir, layak ke saya ni. Lagipun gambar2 kat blog tu sekadar biasa2 je. Rasa mcm tak percaya je, sehinggalah pada 18 jun Siti Dimiti selaku editor majalah Aroma menalipon saya sendiri utk kepastian samada saya setuju ataupun tidak.

Setelah difikirkan semula, saya pun bersetuju dan menyediakan bahan2 yg diminta.Bila dah selesai semuanya hanya menanti dngn penuh debar hasil buat pertama kalinya. Memang tak disangka tarikh 1 Ramadhan bersamaan 21 julai saya mendapat majalah edisi khas ni. Kebetulan hari yg sama juga saya pulang ke kampung utk berpuasa dan berbuka bersama ayah dan bonda di kampung. Alhamdulillah restu keluarga kini saya berjaya hingga ke tahap ini...secara tak langsung dapatlah beri majalah ni sebagai buah tangan buat ayahanda dan bonda...seronoknya saat itu, kegembiraan dpt dikongsikan bersama keluarga tercinta.

Saya difahamkan resepi2 ini akan dikongsikan di sebuah majalah khas. Tak sangka pulak ianya menjadi satu buku resepi istimewa dari blogger masakan. Di sini janganlah ada yg salah faham tentang kewujudan majalah ini ya. Saya anggap ini sebagai rezeki yg tidak di sangka2. Sebelum ni tak pernah terfikir pun saya akan berada dimajalah. Kini saya sudah pun berada di majalah dan ianya membuatkan saya semakin bersemangat utk mencipta pelbagai resepi lagi utk dikongsikan bersama. Moga dngn perkongsian ilmu yg sedikit ini mendapat keberkatan darinya.

Tahniah pada Kak Wan, Che CT, Reen Khan dan Nik Zamzurina juga. Terima kasih juga pada teman2 blogger masakan yg turut sama menyumbangkan resepi di blog dan membuat saya ingin mencuba dan hasilnya di kongsikan di blog selain dari resepi sendiri. Hasilnya menjadi tarikan pada pihak majalah hingga tercetusnya idea utk menerbitkan majalah khas Inspirasi Blogger ini. Pada yg berminat bolehlah dapatkannya di kedai2 majalah/buku. Bagi yg tinggal di Johor, boleh juga menghubungi saya utk mendapatkan majalah ini dngn harga yg berpatutan. Akhir kata terima kasih buat pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku. Anda semua adalah pemangkin semangat saya utk terus berblog dan menyumbangkan sesuatu. Terima kasih sekali lagi.

Kuih Muih Inspirasi Blogger






Agar2 & Puding Inspirasi Blogger




Wednesday, July 25, 2012

Mee Hoon Soto

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Mee Hoon Soto ni menu berbuka semalam. Kebetulan saya buat begedil ayam, tu yg buat mee hoon soto sekali. Kalau menu sup mcm ni mmng kegemaran kami sekeluarga. Makan bersama sambal kicap, mmng sedap sangat. Sebenarnya nak masak nasi impit semalam, tapi dah tak sempat, tu yg celur mee hoon dan jadilah mee hoon soto. Kalau makan dngn nasi impit pun sedap juga. Jomlah semak resepi ringkas ni.



Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam- di potong 4, 2 keping bahagian dada di goreng bersama sedikit garam
  • 2 btng serai- di titik
  • 1/2 inci lengkuas- di hiris
  • 2 sudu besar rempah sup adabi
  • 2 sudu besar rempah kurma adabi
  • 1 rempah sup bunjut adabi
  • 1 sudu besar lada putih- ditumbuk halus/lumat
  • minyak utk menumis
  • 6 cawan air atau secukupnya
  • garam dan sedikit gula
Bahan Kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
Bahan Tumis
  • 1 btng kayu manis, 1 kntm bunga lawang, 2 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang merah di mayang
  • 2 ulas bawang putih di hiris
Cara Memasak.
  1. Bersihkan ayam, potong 4 besar, 2 keping bahagian dada di goreng. Bila dah siap, sejukkan dan di siat2kan. Ketepikan dulu. Sementara ayam yg selebihnya di cincang kecil.
  2. Panaskan periuk dan masukkan 1/2 cwn minyak masak. Tumiskan bahan2 tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan2 kisar, kacau sebati dan masukkan serai dan lengkuas.
  3. Masukkan rempah sup dan rempah kurma yg di bancuh dngn sedikit air. Masukkan pula lada putih yg di tumbuk halus. Tumis lagi sehingga terbit minyak.
  4. Masukkan ayam dan masukkan sekali air secukupnya.
  5. Masak hingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit gula. Perasakan.
  6. Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama mee yg telah di celur.
Bahan2 Penyediaan Mee Sup
  • 1 bungkus mee hoon- direndam, di celur dan di toskan
  • 1 mangkuk taugeh- buang akar, cuci, celur dan toskan
  • daun sup, daun bawang-cuci, toskan dan dihiris halus
  • bawang goreng.
Cara Penyediaannya.
  1. Masukkan mee yg telah di celur ke dlm mangkuk. Taburkan daging ayam yg di goreng dan disiatkan tadi. Masukkan taugeh dan tuangkan kuah sup.
  2. Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng. Siap dan boleh di makan bersama sambal kicap.
Sambal Kicap
  • 10 tangkai cili padi merah
  • 15 tangkai cili padi hijau
  • 3 ulas bwng putih-bakar sebentar
  • 1/2 cwn kicap manis jalen atau secukupnya
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil minyak masak- supaya biji cili hancur
  • 2 biji limau kasturi-ambil jusnya.
Caranya
  1. Kisar cili padi merah dan cili padi hijau, minyak, bwng putih bersama kicap jalen tadi.
  2. Tuangkan dlm mangkuk dan campurkan jus limau kasturi tadi. Gaul sebati.
  3. Boleh di makan bersama mee hoon sup tadi. Sedap juga di makan bersama begedil ayam.

Begedil Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya buat begedil lagi gara2 sedap sangat masa makan kat rumah mak minggu lepas. Resepi ni ringkas je, tapi rasanya sungguh sedap sekali. Biasalah kalau resepi dari mak ni, walau seringkas mana pun ianya tetap sedap dan buat kita teringat2 je. Di sini saya nak kongsikan bersama resepi begedil yg sangat sedap dari bonda tersayang. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah cuba. Begedil ni sedap dimakan bersama soto ataupun mee sup. Lebih sedap lagi di makan begitu saja..mmng tak perasan berketul2 masuk mulut. Jomlah semak resepinya...



BAHAN BAHANNYA
  • 1/2 kg ubi kentang
  • 200 gm daging ayam kisar
  • 2 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat
  • 1 sudu besar bawang goreng
  • 2 tangkai daun sup dihiris halus
  • 1/2 labu bawang besar-di potong dadu
  • 2 biji telur ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya utk menggoreng
CARA MEMBUATNYA
  1. Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak,angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat. Ketepikan dulu.
  2. Sementara itu tumiskan bwng besar dan masukkan daging ayam kisar dan masak sehingga separuh masak.
  3. Satukan kesemua bahan2 kecuali telur di dalam satu bekas.
  4. Ambil sedikit adunan dan kepal2kan. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis.
  5. Dalam bekas lain,pecahkan telur dan kocak2kan. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak sehingga berwarna keemas2an.
  6. Guna api sederhana je. Bila dah masak, angkat & toskan. Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.

Tuesday, July 24, 2012

Kuih Tako Ros Merah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.Ini juga antara juadah berbuka puasa yg menjadi kegemaran kami sekeluarga. Hamka yg fanatik sangat warna hijau, jadi suka pulak bila kuih diwarnakan merah ni. Bila puasa ni, semuanya nampak sedap agaknya, tu yg dia tak kisah. Resepi ni mudah je, kalau sebelum ni tako pandan guna tpng jagung, kali ni guna tepung hoen kwee je. Tako jagung pula guna tepung beras dan tepung hoen kwee. Kalau kawan2 teringin nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya.




Lapisan Bawah :-
  • 1/2 tiub tepung hoen kwee putih (50gm)
  • 1/2 cawan gula
  • 3 cawan air
  • sedikit pewarna merah
  • 2 helai daun pandan-disimpul
  • sedikit perisa rose
  • 4 biji sengkuang cina- kupas kulitnya,cuci dan potong dadu kecil
Lapisan Atas
  • 1/2 tiub tepung hoen kwee putih (50gm)
  • 3 1/2 cawan santan pekat
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan- disimpul
Cara-cara
  1. Satukan bahan2 lapisan bawah dan masak hingga pekat, dlm 10 minit dan hendaklah sentiasa di kacau. Guna api sederhana je. Keluarkan daun pandan tadi.
  2. Masukkan sengkuang cina yg telah di dadu kecil dan gaul sebati. Matikan api.
  3. Sediakan mangkuk2 kecil atau kelongsong pandan dan tuangkan adunan merah hingga 1/2 paras mangkuk kecil atau kelongsong pandan tadi.Ketepikan.
  4. Satukan bahan2 utk lapisan atas dan masak hingga pekat, dlm 10 minit juga. Adunan hendaklah sentiasa di kacau guna whisk ya. Matikan api.
  5. Tuangkan adunan putih ke atas lapisan merah hingga memenuhi mangkuk/kelongsong pandan.Sejukkan
  6. Simpan tako ros di dalam peti ais untuk didinginkan.

Monday, July 23, 2012

Cucur Udang 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya ramai ibu2 sedang sibuk di dapur menyediakan juadah berbuka puasa. Biasanya saya masak nasi dan lauk kegemaran keluarga je. Di samping tu adalah sedikit kuih muih yg di buat utk cemil2an. Dua hari lepas berbuka puasa di rumah mak, mmng penuh meja dngn juadah di masak sendiri termasuklah juadah dari jiran tetangga. Kali ni saya buat cucur udang kegemaran keluarga. Resepi kali ni saya ambil dari Mat Gebu pula. Rasanya lebih kurang sama macam resepi diSINI. Cucur udang ni sedap dimakan bersama sos kegemaran. Pada yg pening kepala nak masak apa tu, bolehlah mencubanya..mudah je, yg penting cepat dan sedap..



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 camca teh instant yeast (mauripan)
  • 1 3/4 cawan air (Yatie letak 1 1/2 cwn air)
  • 1 mangkuk hirisan halus kobis bulat (mangkuk sup kecil)-Yatie ganti taugeh je
  • 5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 1/3 camca teh serbuk kunyit
  • 1 camca teh garam
  • 20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel
BAHAN SOS LADA :-)
  • 6 biji cili merah
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan cuka
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/4 camca teh garam
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata.
  2. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt).
  3. Masukkan hirisan kobis, kuchai dan bawang besar, gaul rata dan perap 30 minit.
UNTUK SOS LADA :-
  1. Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk.
  2. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat.
  3. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan
UNTUK CUCUR UDANG :-
  1. Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas.
  2. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas.
  3. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi).
  4. Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan.
  5. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel.
  6. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!..

Saturday, July 21, 2012

Bubur Candil Tepung Pulut Hitam

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua umat islam. Syukur alhamdulillah kita di temukan lagi dngn Ramadhan bulan yg penuh keberkatan. Moga kita sama2 dapat meningkatkan lagi amalan kita di bulan yg mulia ini selain menahan diri dari lapar dan dahaga.

Menu yg sesuai utk berbuka puasa. Sebenarnya bubur candil pulut hitam ni saya buat petang semalam. Lama dah teringin sangat nak merasa bubur ni, satu kelainan bila bubur candil di letak tpng pulut hitam. Sebelum ni pernah nampak Dr Ina dan Kak Madihah buat bubur ni. Nampak sungguh menyelerakan. Kali ni saya buat ikut kesesuaian sendiri. Pada kawan2 yg nak mencuba tu, bolehlah cuba..mmng sedap sangat..yg penting mudah menyediakannya. Pagi tadi sempat lagi saya bersahur dngn bubur candil pulut hitam ni..enak bangettt..


Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan tepung pulut hitam
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • 1 1/2 cawan air-utk uli tpng, tuang sikit2 masa menguli doh
  • Air secukupnya= utk merebus bubur candil

Bahan Kuah

  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan santan cair
  • 1/2 cwn gula pasir-ikut kemanisan yg di kehendaki
  • 1 ketul gula melaka=racik halus dan masak hingga hancur+1/2 cwn air= tapiskan
  • 2 helai daun pandan-di simpulkan
Cara-Cara
  1. Campurkan tpng pulut, tpng gandum, tpng pulut hitam dan garam ke dlm mangkuk.
  2. Campurkan air sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yg lembut.
  3. Didihkan air dlm periuk, bulat2kan adunan dan rebuslah ke dlm air yg mendidih.
  4. Apabila dah timbul bebola tu, bolehlah angkat dan tapiskan.
  5. Di dalam periuk yg lain, satukan santan cair dan santan pekat, masukkan sekali air gula melaka yg sudah di tapis tadi.
  6. Masukkan bebola candil tadi dan masukkan daun pandan...gaul sebati.
  7. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.

**Kalau suka boleh letak sagu biji sekali...

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan Al Mubarak 1433H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan yg mulia ini,moga amal ibadah kita di berkati dan mendapat keredhaan rahmat dan keampunan dariNya.
Saya juga manusia biasa yg tidak terlepas dari membuat kesilapan. Di sini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf pada teman2 semua andai selama ini ada kesalahan yg sengaja ataupun yg tidak di sengajakan. Moga kedatangan Ramadhan kali ini menjadikan kita insan yg lebih bersyukur atas nikmat yg di kurnikan. Ramadhan setahun sekali, rebutlah peluang yg ada dan tingkatkanlah amalan kita. Moga tibanya Syawal nanti kita tak akan sedih dngn kelalaian diri sendiri. Sama2lah kita berdoa moga di berikan kesihatan yg baik supaya dapat beramal soleh dngn sempurna di bulan yg penuh keberkatan ini. Aamiin..

Thursday, July 19, 2012

Kek Cheese Bersalji @ Snow Cheseecake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ini menu terakhir sebelum menyambut Ramadhan Al Mubarak. Inilah kek yg saya buat masa hari ulangtahun kelahiran suami tempohari. Sebenarnya suami taklah suruh buat kek segala, dah ada pulut kuning pun dah syukur sangat. Macam biasalah bila anak2 memujuk mamaNya suruh buat kek utk ayahnya, mmng tak boleh tolak punya permintaan mereka. Fikir punya fikir, jadilah kek cheese bersalji. Lagipun suami saya mmng suka kek yg ada cheese, mmng bersesuaianlah kek ni. Bila rasa je kek ni, suami kata...fuhhhhhh sedapnya kek ni, mama letak apa dan apa ni..rasa mewah dan sedap sangat. Hah3..wat tergelak jek dibuatnya. Saya pun terangkanlah letak itu dan ini....padanlah sedapppp sangat kata c.abang saya. Tak caye ke...kalau tak percayaaaa tuu...anda cubalah sendiri, pasti tau rasanya mcmana.

Terima kasih pada Sherry@MyR berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, juga buat K.Zai yg rajin mencuba resepi2 kek yg sedap2. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Kalau kawan2 teringin tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya...




Bahan-Bahan-loyang 8x8 inci
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gm gula halus
  • 100 gm tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
  • 60 gm tepung jagung (maizena)
  • 50 ml air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu teh ovelet
  • 75 gm mentega (dicairkan)
UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
  • 1 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
  2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
  4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
  5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
  6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

Wednesday, July 18, 2012

Pulut Kuning, Rendang Ayam dan Nasi Impit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah menu ringkas yg saya masak semalam sempena hari ulangtahun kelahiran suami yg ke 44thn. Terima kasih pada kawan2 yg ucap selamat semalam, gembira dan terharu dibuatnya. Suami saya senyum je masa baca komen2 dari kawan2 semua, terima kasih sekali lagi. Resepi pulut kuning seperti DISINI dan resepi rendang ayam saya guna resepi Kak Liza, tapi kali ni saya masak berkuah sikit sebab nak makan dengan nasi impit. Nasi impit pula masak yg segera punya je. Boleh juga buat sendiri seperti DISINI.



Tuesday, July 17, 2012

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Buat Suamiku



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni nak ucap Selamat Hari Jadi buat suami tersayang. Sebenarnya sejak semalam lagi dah ucap pun, lebih2 lagi anak2 mmng tak putus2 ucap happy birthday pada abahnya. Lepas tu siap tanya lagi, abah nak belanja kitaorang makan kat mana arini...mcm biasalah abahnya cuma senyum je sambil jeling isterinya tanda faham2lah ya. Saya pun dah set kat kepala nak masak sesuatu yg istimewa tapi ringkas je...yg penting sedap dan ianya menu kegemaran suami. Hari ni saya masak nasi impit makan dngn rendang dan buat pulut kuning sekali tanda kesyukuran. Kalau ditanya nak beri hadiah apa pada suami tu, rasanya tak perlulah citer kat sini...BIARLAHHHHH RAHSIAAAA....he3..

Di kesempatan ini daku ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat suamiku tersayang Mohd Khata Jabor, moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik berpanjangan dan semoga hidupmu sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT. Aamiin.

Terima kasih menyayangi dan mengasihi diri ini seadanya, daku amat2 menghargainya. Terima kasih juga membimbing diri ini ke jln yg diredhai juga terima kasih kerana sama2 mengharungi hidup yg penuh cabaran dan dugaan ini. Moga kita sama2 sabar dan tabah melayari alam rumahtangga juga dlm mendidik dan membesarkan permata hati kita. Akhir kata...Sayang Abang selamanya....muahhh...

Monday, July 16, 2012

Cucur @Cekodok Ikan Bilis Air Panas

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Menu ringkas tetapi sedap dan cepat laris kat rumah ni. Petang tadi hujan, terasa sejuk dan perut ni mcm biaslah nak makan sesuatu yg panas dan ringkas. Tanpa fikir panjang lagi saya pun buatlah cucur ikan bilis guna air panas ni. Sebelum ni pernah buat guna resepi mak. Macam biasalah kalau resepi mak, takde sukatan..semuanya main agak2 je. Kalau saya dah biasalah agak2 mak tu macamana, tapi bila kawan2 tanya nnti nak jawab macamana. Di sini saya kongsikan resepi yg lebih kurang sama dngn mak punya. Kali ni saya kopipes dari Cikgu Zana yg rajin memasak tu. Walaupun sentiasa sibuk, tapi cikgu sorang ni rajin sangat mencuba pelbagai resepi utk hidangan keluarga tersayang. Terima kasih K.Zana berkongsi resepi, izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Memang sedap cucur guna air panas ni, walau dah sejuk..tetap lembut.

yg ni Yatie bulat2kan dulu baru goreng, tu yg nampak bulat2 je

yg ni Yatie jemput2 je guna jari yg dibasahkan sikit, tu yg tak bulat2 sangat

yg ni tinggal nak makan je...he3...

Bahan-Bahan
  • 3 cawan tepung gandum*
  • segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)*
  • 1 biji bawang besar potong2 kecil*
  • 1 biji lada merah(dihiris)*
  • daun sup/bawang (hiris)*
  • garam secukup rasa*
  • 2 1/2 cwn air panas mendidih
  • minyak untuk menggoreng
Cara-Cara
  1. Satukan bahan bertanda* dan gaulkan kesemua bhn*
  2. Bulatkan lubang ditengah adunan.
  3. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat, adunan akan menjadi berat dan kental.
  4. Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera.
  5. Masa nak bulat2kan cucur, Yatie taburkan sedikit tepung di permukaan telapak tangan supaya mudah nak bentukkan bulat.
  6. Panaskan minnyak.. dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan..
  7. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos kegemaran.

Rich Oreo Choc Brownies

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang semalam saya buat brownies lagi utk anak2. Bila hari minggulah diaorang nak makan kek segala. Kalau malas nak buat kek tu, bolehlah tukar pada brownies, lagipun mudah je buatnya...godeh2 pastu tuang kat loyang dan bakar. Bila dah masak, bolehlah di makan. Kali ni saya cuba resepi dari AlongRoz lagi. Along ni rajin mencuba resepi2 yg baru dan semestinya sedap. Brownies ni adalah antara brownies yg paling sedap selain Chewy Gooey Yummy Brownies. Macam biasalah, kalau kawan2 nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Jom kita semak resepinya di bawah.



INGREDIENTS:
  • 225g/8oz Butter
  • 240g Cooking Chocolate
  • 3 Large Eggs
  • 1 tsp Coffee Powder
  • 1 tsp Essence Vanilla
  • 250g Castor Sugar
  • 60g Flour*
  • 40g Cocoa Powder*
  • 1/2 tbsp BP*
  • 1 tsp Salt* (* mixed together)
  • 1 1/2 packs Oreos Cookies - break & mix with 15g Flour
  • (1 pack = 137g but no need to be so accurate)
METHOD:
  1. Melt chocolate & add butter.
  2. Stir until smooth.
  3. Whisk eggs, coffee, EV & sugar until smooth.
  4. Add in chocolate mixture & stir well.
  5. Fold in flour mixture until well mixed.
  6. Finally fold in Oreos.
  7. Bake 170C for 45 min.

Sunday, July 15, 2012

Murtabak Maggie Mini

Assalamualaikum dan Selamat berhujung minggu semua. Hari ni tak kemana2 sebab hujan, jadi saya hidangkanlah menu minum petang dngn murtabak maggie. Murtabak maggie ni sedap dan mudah pula membuatnya. Rasanya ramai kawan2 yg dah mencubanya, pada yg belum tu...cepat2lah buat sbb mmng sedap sangat. Makan panas2 berama sos kegemaran, mmng asyik gitewww. Terima kasih Kak Ummi berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, juga buat penyumbang resepi asal Chef Zaidah dari majalah SEDAP....mmng betul2 sedaplah. Jom semak resepinya..pastu bolehlah cuba..



Bahan:- (utk 4 - 5 kpg saiz gambar di atas)
  • 2 bungkus maggie - dipatah-patahkan
  • 1 paket perencah maggie kari-Yatie letak 2
  • 4 biji telor
  • 1/2 biji bawang besar - didadu
  • sedikit daun bawang - dihiris halus
  • 1 tangkai cili merah -buang biji dan cincang/hiris halus
  • 3 sudu besar daging kisar-Yatie tambah sbb dah siap utk buat inti, so guna jelah..
  • garam secukup rasa-tak perlu
  • sedikit minyak masak
Cara Membuat:-
  1. Didihkan air dalam periuk, masukkan maggie dan masak hingga lembut. Toskan. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan semua bahan lain kecuali minyak masak.
  3. Masukkan maggie tadi dan gaul sekata.
  4. Panaskan beberapa titis minyak dalam non-stick pan mini (*atau boleh jek guna kuali, ikut suka laahh), tuangkan adunan maggie tadi dan masak dengan api perlahan. Balikkan kedua-dua belah dan masak hingga kuning keemasan.
  5. Angkat dan hidangkan dengan sos cili kegemaran.

Saturday, July 14, 2012

Kuih Tako Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Semalam teringin sangat nak makan kuih tako pandan tapi takde daun pandan yg besar2 utk buat kelongsongnya. Fikir punya fikir saya pun buatlah guna bekas2 kecil je, lagipun senang nak simpan dlm petiais dan bertutup. Kalau ada daun pandan besar nnti saya buatlah guna kelongsong pandan pula ya. Banyak resepi tako pandan, ini salah satu resepi mudah yg biasanya saya buat. Rasanya yg lemak manis membuatkan siapa yg memakannya tak cukup sebekas, lebih2 lagi bila tergigit sengkuang cina yg rangup tu..fuhhhh best betul. Kalau teringin tu, bolehlah mencubanya..jom semak resepi mudah ni.




Lapisan Bawah :-
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • sedikit pewarna hijau
  • 2 helai daun pandan-disimpul
  • 4 biji sengkuang cina- kupas kulitnya,cuci dan potong kecil
Lapisan Atas
  • 4 1/2 cawan santan pekat
  • 3/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-cara
  1. Satukan bahan2 lapisan bawah dan masak hingga pekat, dlm 15 minit dan hendaklah sentiasa di kacau. Guna api sederhana je. Keluarkan daun pandan tadi.
  2. Masukkan sengkuang cina yg telah di dadu kecil dan gaul sebati. Matikan api.
  3. Sediakan mangkuk2 kecil atau kelongsong pandan dan tuangkan adunan hijau hingga 1/2 paras mangkuk kecil atau kelongsong pandan tadi.Ketepikan.
  4. Satukan bahan2 utk lapisan atas dan masak hingga pekat, dlm 15 minit juga. Adunan hendaklah sentiasa di kacau guna whisk ya. Matikan api.
  5. Tuangkan adunan putih ke atas lapisan hijau hingga memenuhi mangkuk/kelongsong pandan.Sejukkan
  6. Simpan tako pandan di dalam peti ais untuk didinginkan.

Friday, July 13, 2012

Gulai Ayam dan Pisang Muda Berempah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni saya masak sayur kampung lagi. Ini gara2 nak perabiskan stok sayur kampung. Lagipun takut pisang muda ni masak, tak sempat pulak nak digulaikan...terlopongggg nanti. Hari ni gigihkan juga diri ini utk menyiang pisang muda. Bukannya apa, hari ni jumaat...semua penghuni rumah balik cepat dari sekolah dan office. Biasanya menu ringkas2 je janji sedap dan cepat dimakan. Kali ni masak 2 in 1...mudah gak kan. Resepi asal dari Mat Gebu gulai pisang muda berempah, saya tambahkan sekali dngn ayam yg di potong kecil..waduhhhhh sedaplah. Biasanya kalau gulai nangka muda mmng kerap campur dngn ayam mcm ni. Hari ni cuba pisang pulak. Pada peminat sayur mcm ni, bolehlah mencubanya...makan dngn sambal belacan dan ikan masin..wallaweyyyyyyy enak bangettttt..


BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 1 sisir pisang sayur muda
  • 1/2 ekor ayam-potong kecil
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 helai daun kunyit, disiat
  • 300 ml pati santan
  • 1 liter santan cair
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam (jika perlu) dan gula secukup rasa
  • 1 camca besar penuh kerisik
  • 1 camca teh serbuk lada hitam kasar
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5 tangkai cili merah
  • 2 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan
  • Secubit belacan
  • 3 biji buah keras
  • 1 camca besar ketumbar biji
  • 1 camca teh jintan kasar
  • 1 camca teh jintan halus
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang dikupas sedikit kulitnya, hiris sederhana tebal dan rendam dalam air yang di letak 1 keping asam gelugor. Cuci dan toskan.
  2. Dalam periuk, masukkan pisang tadi dan rebus hingga empuk. Bila dah empuk toskan.
  3. Sementara itu dlm periuk lain panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar. Masukkan serai yg dititik.Tumis sehingga terbit minyak.
  4. Masukkan ayam yg dipotong kecil, santan cair dan masak hingga separuh masak.
  5. Masukkan pisang yg telah direbus tadi dan gaul rata.
  6. Masukkan asam keping, daun kunyit, kerisik, gula dan garam. Masukkan santan pekat dan gaul rata. Masak hingga mendidih guna api sederhana.
  7. Perasakan, jika dah cukup rasa tutup api, angkat dan bolehlah dihidangkan bersama lauk kegemaran.

Wednesday, July 11, 2012

Chewy Gooey Yummy Brownies

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Lama dah teringin nak buat Chewy Gooey Yummy Brownies ni, tapi asyik tertangguh je. Kebetulan Seri teringin sangat nak makan brownies, so dia pun suruh mamaNya buatkan resepi yg bunyinya ada chewy gooey...dia kata sedap sangat agaknya rasa brownies ni. Maklumlah kita ni kdng2 mood ok, kdng2 mood malas tu dtng bila2 masa je. Kena pulak ada permintaan, kdng2 tu teruja terus nak buat, kdng2 makin malaslah pulak..adoyaiiii.

Malam tadi saya pun buatlah brownies yg diidamkan Seri ni. Tak sangkalah mmng sedap sangat seindah namanya yg chewy gooey gitewwww. Ini pun dah tinggal sikit je. Lenkali bolehlah buat guna resepi ni lagi. Rasanya ramai kawan2 yg dah mencubanya, pada kawan2 yg belum tu, bolehlah mencubanya..mmng berbaloi....Resepi ni saya kopipes dari Wani, boleh juga lihat yg setengah adunan di blog AlongRoz dan Dr Inahar. Rata2 mengatakan sedap, jom semak resepinya..



Ingredients

(A)
- to be melted
  • 250 grams butter - cut into cubes
  • 400 grams chocolate - cut into cubes or grate them
(B)
  • 5 large (i used A sized) eggs
  • 1 teaspoon vanilla essence
  • 1 tablespoon chocolate emulco
  • 290 grams brown sugar
(C) - to be sifted together
  • 90 grams all-purpose flour (i used Hong Kong Flour)
  • 50 grams cocoa powder
  • 100 grams nuts (it's optional. toast them first and mix them with flour and cocoa powder)
Instructions
  1. Preheat the oven to 160C. prepare a 9x12 inch baking tin with parchment or paper. set aside.
  2. Double boil the butter and cooking chocolate. or u may also place them in microwave for 30 seconds. after that, take it out from microwave and stir until they are completely melted. set aside, let it cool
  3. In another bowl, beat the eggs, vanilla essence, chocolate emulco and brown sugar using whisk. whisk them together until sugar is ressolved.
  4. Combine the (A) ingredients and (B). stir them well. quickly proceed to step no. 5 as this mixture easily get harden that will cause you a little bit difficult to fold in the flour.
  5. Gradually add the (C) ingredients into the (A) and (B) mixture. this time, use your wooden or plastic spatula to fold in the flour. avoid overmixing the ingredients in this step.
  6. Spoon over the batter into the baking tin, spread them well.
  7. Bake at 160C for 45 minutes or until skewer inserted comes out clean.
  8. Take it out from the oven, let it cool for 10 minutes. quickly cut the brownie into pieces. notice that this type of brownie can get harden easily. once it is cooled, it'll be difficult for you to cut them.

Tuesday, July 10, 2012

Gulai Kuning Nangka Muda

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Petang ni nak kongsikan bersama resepi yg mudah sekali. Hari ni saya masak gulai kuning nangka muda. Minggu ni mmng menu sayur kampung je, maklumlah sayur2 mcm ni bukannya boleh di simpan lama, tu yg berturut je masak sayur kampung. Lagipun lama tak makan sayur mcm ni, tu yg bertambah selera di buatnya. Resepi kali ni paling mudah, rebus je rencahnya takyah tumis segala..mudahkan..jom semak resepinya



Bahan-Bahan
  • 1 kg nangka muda, potong kecil, cuci dan rebuskan bersama sedikit garam
  • 3 cwn santan cair
  • 1 cwn santan pekat
  • 1 btng serai-dititik
  • 1 helai daun kunyit-disiat
  • Garam secukup rasa
  • sedikit gula
  • 1 keping asam gelugor
  • Air secukupnya utk merebus nangka

Bahan Kisar

  • 1/2 cwn ikan bilis, buang kotoran dan cuci
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 6 tangkai cili padi
  • 1/2 sudu kecil lada hitam, tumbuk halus
Cara Memasak
  1. Rebus nangka muda bersama air dan sedikit garam sehingga empuk.
  2. Bila dah empuk, toskan airnya. Ketepikan dulu.
  3. Sementara itu masukkan bahan2 kisar kedlm periuk. Masukkan 1 cwn air dan biarkan mendidih. Masukkan santan cair dan masukkan nangka yg telah direbus tadi.
  4. Masukkan serai, daun kunyit, asam gelugor, garam, gula dan gaul rata.
  5. Masukkan santan pekat dan gaul rata. Masak hingga mendidih guna api sederhana.
  6. Rasakan, kalau dah cukup rasa tutupkan api dan bolehlah diangkat dan hidangkan.
  7. Sedap dimakan bersama sambal belacan, ikan goreng dan ikan masin.