Friday, July 13, 2012

Gulai Ayam dan Pisang Muda Berempah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni saya masak sayur kampung lagi. Ini gara2 nak perabiskan stok sayur kampung. Lagipun takut pisang muda ni masak, tak sempat pulak nak digulaikan...terlopongggg nanti. Hari ni gigihkan juga diri ini utk menyiang pisang muda. Bukannya apa, hari ni jumaat...semua penghuni rumah balik cepat dari sekolah dan office. Biasanya menu ringkas2 je janji sedap dan cepat dimakan. Kali ni masak 2 in 1...mudah gak kan. Resepi asal dari Mat Gebu gulai pisang muda berempah, saya tambahkan sekali dngn ayam yg di potong kecil..waduhhhhh sedaplah. Biasanya kalau gulai nangka muda mmng kerap campur dngn ayam mcm ni. Hari ni cuba pisang pulak. Pada peminat sayur mcm ni, bolehlah mencubanya...makan dngn sambal belacan dan ikan masin..wallaweyyyyyyy enak bangettttt..


BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 1 sisir pisang sayur muda
  • 1/2 ekor ayam-potong kecil
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 helai daun kunyit, disiat
  • 300 ml pati santan
  • 1 liter santan cair
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam (jika perlu) dan gula secukup rasa
  • 1 camca besar penuh kerisik
  • 1 camca teh serbuk lada hitam kasar
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5 tangkai cili merah
  • 2 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan
  • Secubit belacan
  • 3 biji buah keras
  • 1 camca besar ketumbar biji
  • 1 camca teh jintan kasar
  • 1 camca teh jintan halus
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang dikupas sedikit kulitnya, hiris sederhana tebal dan rendam dalam air yang di letak 1 keping asam gelugor. Cuci dan toskan.
  2. Dalam periuk, masukkan pisang tadi dan rebus hingga empuk. Bila dah empuk toskan.
  3. Sementara itu dlm periuk lain panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar. Masukkan serai yg dititik.Tumis sehingga terbit minyak.
  4. Masukkan ayam yg dipotong kecil, santan cair dan masak hingga separuh masak.
  5. Masukkan pisang yg telah direbus tadi dan gaul rata.
  6. Masukkan asam keping, daun kunyit, kerisik, gula dan garam. Masukkan santan pekat dan gaul rata. Masak hingga mendidih guna api sederhana.
  7. Perasakan, jika dah cukup rasa tutup api, angkat dan bolehlah dihidangkan bersama lauk kegemaran.

12 comments:

  1. salam yatie..
    buat akak telan air liur aje tau bila tengok gulai pisang muda ni.. antara sayur kampong feberet akak juga ni... belum pernah cuba buat gulai berempah gini.. nnt leh la cuba... lauk 2 in 1 akak mmg suka...hehe

    ReplyDelete
  2. as-salam kak Yatie
    looks fabulous deliciously done!!!

    ReplyDelete
  3. sedapnye...kak yatie adik dtg bw pinggan! nak sikit..sob sob sob

    ReplyDelete
  4. Assalam yatie,
    sedap lauk ni ..lauk kampunglah lauk kegemaran ku..
    nasi boleh bertamabh2 samapi perut pun ketat..heheh

    ReplyDelete
  5. menu feberet la ni...nangka muda, pisang muda...
    menyelerakan sungguh!!

    ReplyDelete
  6. Kalau tengok bahan2 dalam Gulai ayam ni memang mengancam betul..dapat kubayangkan betapa sedapnya..

    ReplyDelete
  7. Kak Yatie, kita memang suka gulai pisang muda ni, tapi kalu kat umah pantang letak ayam sebab mak tak makan ayam, selalu letak ikan bilis jer ;-))))

    ReplyDelete
  8. Sedapnya! Yatie... kalau bondaku ada dekat denganku memang dia suka masak rempah-rempahan begini. Sambil masak sambil bonda pesan, jangan bubuh banyak-banyak... bubuh untuk bau aje, sebagai syarat katanya.

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Yatie...
    sesuaaai sangat dimakan dgn nasi panas,sambal belacan ,ulam, ikan goreng...pasti tambah berkali2...

    ReplyDelete
  10. Salam. wah sedapnya kak.. Memang mebuka selera.. :)

    ReplyDelete
  11. ala..susahnya nak jumpa pisang kapas kat sini yatie...kalau ada pun dah mengkal..tak sedap nak gulai sebab dah ada rasa manis sikit..Teringat pokok pisang kapas kat belakang umah mak yg tinggal sepokok aje..harap2 ada tunas baru.

    ReplyDelete
  12. lama dah mas tak makan...
    sedapnya tengok...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails