Saturday, June 9, 2012

Kaswi Durian Gula Merah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni layan kuih kaswi pulak. Biasanya buat yg gula merah je, kali ni tambah durian pulak. Kebetulan ada durian kat rumah ni, tambahkan jelah. Bubur durian sudah, serawa durian sudah, bingka durian sudah...kali ni kaswi durian pulak. Pada penggemar durian tu, mestilah suka apa2 yg berkaitan durian, pada yg tak suka tu...diam2 jelah ya..tengok je. Kalau nak komen lebih2 pun tak elok sebab ianya rezeki. Jadi dari berkata yg bukan2 tu, lebih baik diam jelah...itu sebaiknya.
Ok kali ni saya guna resepi ni, cuma tambahkan isi durian je. Kalau nak merasaa tu, bolehlah mencubanya. Jom semak bahan2 yg diperlukan.


Kaswi Durian Gula Merah-Yatie guna loyang bulat 9 inci

Bahan A
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1 cawan gula merah*
  • 1 1/2 cwn air*
  • 3 helai daun pandan*(*di masak, sejukkan dan tapiskan)
Bahan B
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung ubi
  • 1/2 cwn tepung beras
  • 1/2 cwn isi durian
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar air kapur
  • 3 cwn air
  • Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
  • Kelapa parut + garam
Cara-Cara :
  1. Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
  2. Masak hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu. Tapiskan..
  3. Ayak ke semua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
  4. Masukkan air kapur dan kacau sebati.
  5. Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(Blend semuanya pun senang..) Masukkan sekali isi durian.
  6. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat.
  7. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
  8. Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
  9. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah dipotong guna pisau plastik.
  10. Hidangkan bersama kelapa parut+ sedikit garam yg dikukus sekejap supaya tahan lama.
=>Kalau guna acuan lompang/acuan kecil, masa kukus adalah 15 minit.
Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit. Setelah kuih masak, angkat loyang, sengetkan loyang...buangkan air yg terdapat di permukaan kuih guna tisu atau buang guna sudu je. Lepastu kukus lagi dngn penutup terbuka selama 3 minit. Cara ini membuatkan kuih tahan lama dan kelihatan kering di permukaannya. Selamat Mencuba.

12 comments:

  1. Aslmkum kak!.
    Berdesup datang nak tumpang minum petang ni..hihihii..
    Tentu sedap ni..kaswi ada doyan..(^_^)

    ReplyDelete
  2. Salam kak Yati...alahai terliur saya nengok kaswi petang2 camni..bak sepiring

    ReplyDelete
  3. Kak Yatieeeeeeeeeeeeeeeee.......ini betul2 godaannnn........grrrr....

    ReplyDelete
  4. ai,yatie...
    wuuu...bez tapi klu buat xletak la durian kot sbb nor xmakan durian tapi xjadi lah nama kaswi durian...hehe

    ReplyDelete
  5. As'kum Kak Yatie sedapnyaa... cantik aje yaa.. bilalah nak mencuba ni yaa... :)) sedapnyyyyyyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  6. As salam Yatie, tiba tiba terpikat dg kaswi ni

    ReplyDelete
  7. oh durian! teringat kat dodol durian pulak... mesti sedap ni kaswi durian kan Yatie, cicah kelapa parut lagi! Waduh...

    ReplyDelete
  8. Salam Kak...wahhhh idea yang bagussss buh doyan kat dalam ni..pasti wangiiiiiii je baunya...simpan resipi dulu...

    ReplyDelete
  9. ishhh... ni kalau sorang adap ni pun boleh habis. suka beno.

    ReplyDelete
  10. any resepi yang ada durian i like...sedapnyaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  11. salam kak yatie, wah sedapnya, hihi skrg musim durian ye tak,semua pun boleh letak durian

    ReplyDelete
  12. Salam Kak Yatie..sekarang ni musim durian..ramai yang duk tayang resepi/menu berasaskan durian. teruja cikwan tengok ;))

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails