Friday, June 1, 2012

Roti Naan Goreng

Assalamualaikum dan Selamat petang semua. Hari ni masak kari ayam gaya GOA. Pelik ke nama tu? Sebenarnya resepi asal menggunakan ikan dan saya dah pernah mencubanya. Kari Ikan Gaya GOA resepi Chef Wan mmng sedap sangat. Walau tak menggunakan rempah kari, rasa kuahnya sedap sangat. Kali ni saya tukar pada ayam pulak, fuhhhh mmng sedap betullah. Lepas makan je dah terfikir nak buat minum petang. Saya pun buatlah Roti Naan Goreng yg mudah ni dan cepat di makan. Alhamdulillah mmng sedap sangat. Roti ni lebih sedap di makan panas2.Kali ni saya buat 1/2 adunan je sebab nak merasa dulu. Rasanya boleh buat lagi lenkali. Terima kasih pada Kak Fida kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya.



Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 500 g tepung gandum/tepung roti
  • 2 sk baking powder-diayak
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk garam
  • 150 ml air
  • 3 sb susu manis
  • minyak masak untuk goreng terendam
Cara-cara
  1. Air dan susu manis dibancuh dan ketepikan dulu.
  2. Masukkan 4 bahan pertama di atas ke dalam sebuah mangkuk.Gaul dengan senduk hingga rata.
  3. Tuangkan air susu sedikit2 dan gaul hingga rata lagi dan dgn menggunakan tangan uli hingga doh tidak melekat di keliling mangkuk.Tutup doh dgn kain atau plastik dan dibiarkan 1/2 jam.
  4. Bahagi doh kepada 8 atau 10 bahagian dan canai membujur.Tabur tepung atas papan canai supaya doh tidak melekat.
  5. Panaskan secukup minyak masak di dalam kuali dan goreng doh yg telah dicanai sekeping2.
  6. Apabila doh mula timbul cepat2 balekkan supaya roti akan gelembung pada kedua2 belah.Goreng roti hingga keperangan.
  7. Angkat roti dan toskan diatas kertas serap minyak.
  8. Roti naan siap untuk disajikan dengan lauk pilihan dan sedap dimakan ketika panas.

6 comments:

  1. Asslamualaikum Kak Yatie.
    Mcm roti puri ya..Sedap tu, cicah kari. Emm..yummmy..petang2 ni, lapo pulak.

    ReplyDelete
  2. asalam kak.. rindu kat akak lama tak singgah sini..malam ni nak hilang mengantuk jalan2 jap.. menariknya resepi ni.. nanti boleh cuba.. kami suka roti nan

    ReplyDelete
  3. Salam kak yatie.. mcm roti puri ye. suka tun tengok kembung2 semuanya.

    ReplyDelete
  4. As'salam Kak Yatie ...

    Sedapp nyer kalau dapat makan sama roti nan tuuu cecah kuah kari ayam GOA .
    terliur nie~~~

    ReplyDelete
  5. Pagi Yatie,
    makan roti nan dengan kari ayam goa pulak ye... kita pun buat kari... karipap....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails